Cerita Lawak Kisah Suami Isteri Tak Bayar Bil TNB |
SUASANA bahagia di rumah pasangan suami isteri yang baru sahaja mendirikan
rumahtangga empat bulan yang lalu. Si isteri berbisik kepada suaminya.
Isteri: Abang sayang dah dua bulan lewat tau rasanya
sayang mengandunglah abang
Suami: Eh yeke? Tapi kita kena pastikan betul-betul, tak
mengapa besok abang bawak sayang jumpa doktor.
Mereka berpakat untuk menyimpan rahsia dan tidak
memberitahu sesiapa. Petang itu ketika si suami tiada di rumah, datang seorang
pekerja TNB ke rumah pasangan itu kerana sudah dua bulan bil elektrik rumah
mereka tertunggak.
Pekerja TNB: Kak saya dapat tahu akak dah dua bulan lewat
jadi pihak TNB dah tak boleh tunggu lagi ni kak.
Menyangkakan pekerja TNB tersebut bercakap mengenai
haidnya yang sudah dua bulan lewat, si isteri mengherdik pekerja TNB itu.
Isteri: Apa? Saya dah dua bulan lewat pun awak tahu? Ini
mesti suami saya yang bagi tahu! Dia kata tak mahu bagitau orang lain.
Pekerja TNB: Eh, mana ada kak, suami akak tak bagitahu
pun. Sekarang zaman internet kak, semua boleh check online je. Ada yang lebih
teruk dari akak sampai lima enam bulan lewat pun ada. Kami ada rekod check
internet je.
Isteri: Awak jangan tipu, nanti suami saya balik saya
tanya dia.
Pekerja TNB: Oklah kalau macam tu kak, saya balik dulu,
saya pun banyak kerja ni.
Malam itu, pasangan itu bergaduh besar. Si suami
mati-mati tak mengaku dia telah memberitahu pekerja TNB itu tentang haid
isterinya yang sudah dua bulan lewat.
Esoknya si suami terus pergi ke pejabat TNB kerana berang
dengan kejadian itu. Tanpa memberi salam apa lagi memberi salam, si suami terus
mengamuk dan memarahi staff TNB yang ada di situ.
Suami: Korang semua ni buat kerja apa ha? Orang dua tiga
bulan lewat pun korang boleh tahu, aku tak pernah pun bagitau kat korang!
Fahamlah mereka bahawa lelaki yang sedang mengamuk itu
berang dengan tunggakan bil elektriknya. Tambah lagi memang selalu orang datang
di situ mengamuk pasal bil elektrik tertunggak.
Staff TNB: Eh kami tak perlu makluman daripada encik,
kami boleh check di internet, berapa bulan lewat pun kami tahu. Ini memang
kerja kami.
Suami: Woi! Apa celaka korang ni orang dua bulan lewat
pun sampai nak masukkan dalam internet, korang nak kena saman ke?
Kebetulan pekerja TNB yang datang ke rumahnya semalam ada
di situ, cuba menenangkan keadaan.
Pekerja TNB: Sabar encik, sabar, beginilah encik bayar je
senang habis cerita.
Suami: Eh, aku pulak kena bayar? Jangan harap!
Pekerja TNB: Kalau encik taknak bayar kami terpaksa
potonglah encik.
Suami: Amboi banyak cantik! Ko nak potong apa? Nak potong
aku punya? Habis isteri aku kat rumah nak pakai apa?
Pekerja TNB: Pakai lah LILIN.
No comments:
Post a Comment