Perjalanan pulang dari showroom dengan memandu kereta
baru memberi satu pengalaman sangat menguja. Bau dalaman dan bungkusan plastik
masih ada., sudah cukup menceritakan bahawa impian bertahun-tahun untuk
memiliki sebuah kereta hebat telah menjadi kenyataan.
Sesampai di rumah, kereta diparkir di garaj dengan
berhati-hati, sudah tentu sedikit calar akan mengguris kegembiraan yang sedang
dinikmati kini. Isteri, anak termasuk pembantu rumahnya entah berapa kali
berkeliling melihat dari pelbagai sudut dan memuji serta menyebut hal-hal yang
sama berulang kali. Anak kecilnya berumur tiga tahun nampak lebih teruja dengan
tak habis-habis keluar masuk kereta.
Malam itu, sebelum tidur juga duduk-duduk di tempat
pemandu dan melihat lagi keretanya sebelum ke katil. Mungkin tidurnya juga
bermimpikan kereta baru dengan warna merelit.
Hari esok, dia bangun penuh ceria, bergegas menghadap
sarapan lalu mencapai beg bimbit untuk ke pejabat. Kawan-kawan sudah maklum,
dan hari ini: Surprise! Begitu rancangannya.
Tetapi apabila dia menghampiri keretanya ada sesuatu yang
sungguh memeranjatkan. Dia mendapati sekeliling keretanya terdapat calar-calar
dengan goresan yang ketara. Beberapa saat terpinga dia hanya terpaku berdiri
kekejangan.
Beg bimbit terlepas daripada genggaman kemudian muka
terasa panas tersimbah dan kem
arahan membakar dada. Spontan datang dalam mindanya wajah
anak kecil yang memang suka menconteng serata dinding. Baru kelmarin dia
belikan kotak pensil warna dan kertas lukisan bagi mengatasi tabiat menconteng
tersebut.
"Adik, mari sini!" Jeritnya kuat memanggil
anaknya, nafasnya tertahan-tahan dalam membuak api kemarahan."Budak ini
kena ajar," getus hatinya, berani benar anaknya menggores kereta barunya.
Si anak penuh ketakutan seperti seekor burung ciak yang
menggigil dibasahi hujan. Tanpa berlengah bersama arus kemarahan yang sukar
dibendung si ayah memukul anaknya di serata badan sambil mulutnya tak
sudah-sudah menghamburkan kemarahan. Anak kecil ini hanya meraung dan menangis
tetapi dalam hati rasa bersalah atas apa yang dia telah lakukan.
Kemarahan ayah masih belum reda lantas mengambil pembaris
besi nipis dan dipegangnya tangan anak. Pembaris tersebut diracik-racikkan ke
tangan si anak sambil ayahnya berkata, "Ini ayah nak ajar kamu!"
Ia terus mengherdiknya berulang kali. Kalaulah tidak
disabarkan oleh isterinya mungkin jadi lebih teruk lagi anaknya. Anaknya
tersepuk dalam dakapan pembantu rumah dengan sedu-sedan serta air mata terurai.
"Mana pensel warna yang ayah belikan semalam?"
bentak ayah sambil mencari pensel warna yang baru dibelikan itu. Si ayah
merampasnya dan mencampakkannya ke dalam kereta.
Pagi tersebut sangat murung buat anak, sangat perit buat
ayah. Ayah masuk ke dalam kereta, menghempas pintu, menekan pedal minyak dan
berlalu pergi tanpa menoleh. Ibunya pula hanya punya masa sebentar kerana
terpaksa bergegas untuk urusan jauh ke luar daerah.
Tinggallah anak ini dengan air mata berlinangan, sedu,
tangis dan kesakitan. Ayah yang masih marah dan tidak dapat memaafkan anaknya
terus menghantar kereta ke bengkel dan dia hanya di luar sepanjang hari. Buat
sementara tertutup hati untuk balik ke rumah.
Lewat petang, telefon bimbitnya berbunyi, dengan malas
dia mengangkat kerana dia tahu itu panggilan dari rumahnya.
"Bapak, apa saya perlu buat? Adik asyik menangis dan
demamnya kuat sekali." Adu pembantu rumah di hujung talian dalam butir
bicara keliru.
'Biarkan dia, saya nak ajar dia cukup-cukup!" Dengan
marah dia terus mematikan telefon bimbitnya.
Malam itu, ayah tidak pulang ke rumah. Namun ketika lewat
malam telefon bimbit berbunyi bertalu-talu daripada nombor yang dia tidak tahu.
Dia mengangkatnya. Amat mengejutkan panggilan tersebut dari sebuah hospital
meminta dia datang dengan segera. Tanpa berlengah, dia terus ke hospital.
Dia mendapati isterinya turut berada di sana. Pembantu
rumah yang bergegas membawa anak ini ke hospital juga turut bersama dengan
wajah sugul bercampur rasa bersalah. Dia terus meluru masuk berjumpa doktor
bagi mengetahui kondisi anaknya. Alangkah pilunya apabila ia diminta
menandatangani akuan bagi melakukan pembedahan bagi memotong pergelangan tangan
anaknya..
"Seluruh sarafnya telah rosak dan bakteria telah
masuk ke dalam sum-sum tulang, kami tidak ada pilihan melainkan terpaksa
memotongnya untuk menyelamatkan nyawa anak ini." Jelas doktor dengan
gambar x-ray dan analisis lain penuh di atas meja. Dengan hati yang berat dia
menurunkan tandatangannya.
"Hari malang apakah ini..." tangis hatinya
dengan rasa sesal yang tidak dapat dibendung mengenang nasib anaknya.
Si ayah melihat dengan penuh simpati pada wajah comel
anaknya yang telah terbaring setelah melalui pembedahan yang panjang. Dia tidak
pasti apa perasaan sepatutnya ketika itu. Berulang-alik rasa bersalah,
kasihankan si kecil, bodohnya tindakan, menyesal, simpati dan semuanya tidak
jelas tapi satu yang jelas ialah tangan anaknya telah kudung.
Apabila si anak sedar, dia melihat ayah dan ibunya berada
di sisi. Dia menangis sambil memohon kemaafan.
"Ayah... Maafkan adik, adik janji tidak akan gores
kereta ayah lagi."
"Ayah tolong pulangkan pensel warna adik ... Adik
nak melukis," rayu anak kecil itu dalam esakan meninggi mengemis simpati
ayahnya.
Kelu lidah ayahnya, hanya air mata hangat mengalir dan di
dalam dada sarat tergumpal rasa sesal. Dia hanya mampu menatap wajah anaknya
yang masih menangis.
Tapi kemudian apabila anak ini tersedar tentang tangannya
yang kudung, saat itu dia berkata dalam kesayuan, "Ayah, tangan adik dah
tak ada, adik dah tak boleh melukis lagi, kalau adik dah besar nanti macamana
nak jaga ayah..macamana adik nak mandikan ayah. Tangan adik dah tak ada
lagi...Ayah, pulangkan tangan adik."
Tangisan adik terlalu kuat, sangat menyayat hati. Ayah
hanya mampu menangis semahu-mahunya. Apakah yang mampu dia perbetulkan kini?
Dia merangkul anaknya dengan pandangan kosong melihat anak bersama cita-citanya
yang berkecai dan berderai.
Marilah kita meneroka ke dalam hati si ayah dan bertanya
terus kepada keyakinannya:
"Bukankah anak ini harta yang paling berharga?"
Ya
"Bukankah anak permata hati?"
Benar.
"Bukankah anak ini ditunggu sejak kelahirannya,
digomol penuh manja masa kecilnya, apabila berjauhan anda merinduinya, dia
memanggil ayah dan menjadikan hidup anda bahagia?"
Benar, benar dan benar.
"Kalau begitu, samakah nilainya dengan warna kereta
baru anda?
Tidak sama sekali.
"Jadi, kenapa anda sanggup memusnahkan cita-citanya
dengan amarahmu itu?"
Errr.. (tiada jawapan).
Sampai di sini kita sedar ada perselisihan ketara antara
keyakinannya dengan apa yang dia buat. Dia mungkin tidak dapai mencari jawapan
kenapa, tetapi telah mengetahui akibatnya.
Justeru itu bagi kita, sekiranya keyakinan tidak dapat
memperkuat amal, tambahkan satu lagi kayakinan bahawa:
Kebinasaan pasti menunggu mereka yang gagal beramal
mengikut keyakinannya!
"May our songs be true to what we see on the
horizon."
Cerita yang bagus.. teruskan..
ReplyDeleteTumpang Iklan
Nakal lah abang ni..
Seronok lah tu..
>>>Baca Sini Kalau Berani!<<<