10 Cara untuk mengekalkan tenaga
Hari ini Dr.Fuh nak kongsikan mengenai cara untuk mengekalkan tenaga dalam
badan. Bagaimana kita nak kekalkn tenaga itu? Untuk mengekalkan tenaga itu kita
perlu mengamalkan langkah-langkah di bawah. InsyaAllah tenaga dalam badan kita
akan meningkat dan mudah untuk melakukan perkerjaan seharian yang semestinya
sangat mermelukan tenaga yang banyak.
1. Sentiasa makan sarapan pagi
Percaya atau tidak, hidangan
yang pertama untuk sesuatu hari adalah yang paling penting, yang menyediakan
bahan api yang diperlukan oleh badan untuk memastikan anda dapat menjalani hari
anda. Jangan sekali-kali terlepas sarapan pagi; jika tidak sempat makan
kepingan sarapan (breakfast bar), pisang atau epal, atau minum segelas jus.
2. Makan sedikit tetapi lebih
kerap
Kajian telah membuktikan bahawa
makan lebih sedikit dan makanan yang lebih menyihatkan sebenarnya memberi anda
lebih banyak tenaga berbanding makan dengan kuantiti yang lebih banyak, yang
sering membuat anda merasa
letih dan mengantuk! Cuba makan
makanan ringan yang sihat setiap empat jam untuk mengekalkan tahap tenaga anda.
3. Bersenam
Berjalan, berjoging atau
berbasikal sekurang-kurangnya lima belas minit setiap hari. Mana-mana jenis
aktiviti fizikal akan meningkatkan tahap tenaga anda. Cari masa di antara waktu
rehat, kelas, sebelum atau selepas kerja. Rancang dan wujudkan jadual untuk
bersenam. Anda akan melihat peningkatan segera pada tahap tenaga anda.
4. Beri sel anda makan
Jika anda sering atau hanya
kadang-kadang merasa penat dan keletihan yang melampau, ini mungkin tanda pasti
yang sel-sel dalam badan anda tidak menerima nutrien secukupnya. Apabila badan
kita tidak mendapat cukup nutrien dari pemakanan kita, kita menjadi letih
dengan lebih cepat. Cara yang ampuh untuk merasa lebih bertenaga adalah untuk
menambah diet kita dengan pemakanan tambahan yang dapat mempertingkatkan
kesihatan sel kita.
5. Makan makanan tinggi tenaga
Pertimbangkan untuk menambah
makanan yang mempunyai tenaga yang tinggi kepada diet anda seperti susu, keju,
yogurt, kacang, telur, ikan, ayam, dan daging tanpa lemak.
6. Minum air
Minum air dengan kerap.
7. Minum jus
Minum segelas jus epal atau jus
oren tulen. Kedua-dua akan membekalkan anda dengan tenaga yang banyak,
terutamanya apabila anda sudah mula keletihan.
8. Kurangkan penggambilan kafein
Cara yang hebat untuk membantu
mengekalkan tahap tenaga anda adalah untuk mengurangkan atau menghapuskan
kafein dari diet anda. Ingat: kafein adalah sejenis perangsang dan akan membuat
anda gelisah.
9. Vitamin
Ambil vitamin C, dan
multi-vitamin (yang mengandungi B6, B12 dan asik folik). Atau, makan makanan
yang kaya dengan vitamin ini seperti oren, badam, kacang tanah, anggur merah,
delima, dan berry (Acai berry, elderberry).
10. Galian/Mineral
Ambil pemakanan tambahan yang
mengandungi galian besi, ia akan meningkatkan tenaga keseluruhan anda..
Cerita yang bagus.. teruskan..
ReplyDeleteTumpang Iklan
Nakal lah abang ni..
Seronok lah tu..
>>>Baca Sini Kalau Berani!<<<