Jenazah Salmiah di bawa ke dalam bilik untuk di mandikan
. Ahli keluarga arwah dan bilal jenazah wanita masuk mengiring. Saya berehat di
ruang tamu, membaca ayat-ayat suci al-Quran. Bunyi jirusan air mencurah,
kemudian jatuh ke dalam bekas mandian kedengaran jelas.
Habis
sekali Yasin, saya bersandar ke dinding ruang tamu banglo cantik itu untuk
melegakan urat belakang yang tegang. Saya picit-picit tengkuk, belakang lutut
dan pergelangan kaki yang terasa sengal dan
kebas. Ahhh,…baru lega.
Saya
pandang sekeliling, jiran-jiran yang duduk di sisi serta yang yang baru sampai.
Tapi secara puratanya, kalau nak di bandingkan dengan kematian di tempat lain,
saya dapati tidak ramai yang datang melawat ke sini. Mungkin kerana arwah dan
suaminya, Pahamin, tidak bercampur sangat dengan masyarakat.
Arwah
lebih banyak menghabiskan masa di dalam rumah, tidak gemar menghadiri
majlis-majlis dan kenduri kendara di tempat kediamannya manakala si suami
jarang pulang ke rumah. Maklumlah, arwah adalah isteri mudanya.
Saya
memerhati sekeliling, mencari kalau-kalau ada kenalan yang datang. Di ketika
meninjau-ninjau itulah saya ternampak suami allahyarham, Pahamin sedang duduk
di tepi tingkap sambil meriba anak bongsunya. Umur budak perempuan itu baru dua
tahun. Abang dan kakaknya pula duduk dengan datuk mereka, bapa arwah Salmiah di
dalam bilik.
Sudah
lama saya kenal Pahamin, yang saya panggil Bang Min. Pahamin pernah meminta
pertolongan saya untuk ‘memulihkan’ anak gadisnya yang di dakwa terkena buatan
orang.
Menurut
Pahamin, anak gadisnya dengan isteri tua beliau itu bekerja sebagai peramugari.
Rupa parasnya menawan, potongan badan pun anggun. Masalah bermula apabila gadis
berusia 20 tahun itu menghina seorang lelaki Indonesia yang mengusiknya ketika
pulang dari bekerja. Kata gadis itu, dia lebih rela berkahwin dengan kambing
daripada dengan lelaki Indonesia tersebut yang Cuma bekerja sebagai buruh
binaan.
Namun
seminggu kemudian, dia mula teringatkan lelaki itu. Rindu dendamnya makin
menjadi-jadi menjelang senja. Kalau sehari tidak melihat lelaki berkenaan, anak
gadis Pahamin akan meracau, menyebut-nyebut namanya. Alhamdulillah beberapa
minggu selepas di rawat, gadis tersebut berjaya melupakan lelaki berkenaan.
Nyata sekali, dia telah didengki dengan sihir.
Dari situlah
saya mula kenal lebih rapat dengannya. Bila sudah kenal, Pahamin menceritakan
pula latar belakang keluarganya, tentang isteri tua dan isteri muda. Saya
pernah ke banglo itu, tapi tidak berbual sangat dengan arwah kerana saya lihat
dia agak pendiam.
Saya
tutup surah Yasin dan berjalan ke arah Pahamin yang sedang membelai rambut
anaknya itu.
“
Assalamualikum, Bang Min.”
“
Waalaikumsalam. Oooo…ustaz, bila datang ?” dia bertanya.
“ Dah
10 minit. Saya duduk di sana, dekat tepi almari.”
“
Maaflah, tak perasan,” balas Pahamin.
“ Bila
arwah meninggal, Bang Min ? “
“
Semalam, Maghrib. Di hospital,” kata Pahamin.
Menurut
Pahamin, dia sendiri tidak menyangka Salmiah akan meninggal kerana menurut
doktor, Cuma demam panas sahaja. Namun demamnya tidak pulih walaupun seminggu
di tahan di wad, Salmiah meninggal dunia.
“ Kami
bawa mayatnya malam tadi. Sampai sini pukul 9.00 malam,” kata Pahamin.
“ Tapi…
umur dia belum masuk 40 lagi kan, Bang Min ?”
“
Belum, baru 37. Kira muda lagi. Saya kahwin dengan dia 12 tahun lepas, masa tu
umur dia 25 tahun. Entahlah ustaz, patutnya saya yang pergi dulu…dah dekat 65
ni. Sakit jantung lagi…” kata Pahamin. Suaranya bergetar kerana terlalu sedih.
“
Sabarlah…redhakan dia pergi, Bang Min,”
Di
sebabkan ada seorang saudara Pahamin datang, saya meminta diri. Saya kembali
duduk di tepi almari dan membaca zikir serta ayat-ayat suci. Seorang demi
seorang jiran datang. Sedang khusyuk membaca, tiba-tiba terdengar nama saya di
panggil.
“ Hah…,
awak. Kenapa Wan ?” saya bertanya kepada bilal jenazah wanita. Wan yang
tiba-tiba muncul dan bertinggung di depan saya.
“
Ustaz…” bisiknya, “ ada hal sikitlah “ sambungnya sambil memberi isyarat
mengajak saya ke tempat lain.
“
Kenapa ? Di sini kan boleh,” tanya saya. Surah Yasin saya tutup dan masukkan ke
dalam poket.
Wan
menggeleng. Dia memandang sekeliling saya, memberi isyarat bahawa ‘di sini
ramai orang’ Dari raut wajah dan kerutan dahinya, saya pasti ada sesuatu yang
tidak kena semasa dia menguruskan jenazah.
“
Ustaz…kita ke sana, ya,” bisik Wan.
Dia
perlahan-lahan berjalan menuju ke sudut rumah yang agak jauh sedikit daripada
orang ramai yang menziarah. Saya bangun dan mengekorinya.
“
Kenapa ni ? Berkerut aja muka awak,” kata saya.
Anak
murid saya tu menggaru kepala. Dia menoleh ke kiri dan kanan. Ada perkara yang
hendak di luahkannya, tapi masih tak mampu di luahkannya.
“
Cakaplah…ada masalah apa ?” saya bertanya.
“ Macam
ni ustaz,” kata Wan. “ Alaaa..ni …apa tu…” dia tergagap-gagap.
“ Tak
apa…beritau saya, mungkin saya boleh Bantu,” kata saya.
Dengan
suara berbisik Wan berkata; “Ustaz bahagian sulit arwah bengkak, keluar nanah
tak henti-henti.”
Nanah ?
Saya terkejut. Tadi, Pahamin tidak pula memberitahu saya apa-apa akan keadaan
arwah. Malah penyakit arwah tiada kaitan dengan alat kelaminnya.
“
Bengkak macam mana ? Nanah macam mana ? “ tanya saya.
Menurut
Wan, sewaktu meratakan air ke tubuh jenazah, dia menggosok bahagian alat sulit
arwah, tiba-tiba dia merasa ada sesuatu yang pelik. Kemaluan jenazah bengkak
seperti belon. Ia merening merah seperti jambu air yang sedang ranum.
Seolah-olahnya bahagian itu baru di sengat binatang berbisa, hanya menunggu
masa untuk pecah dan menyemburkan isinya.
Lebih
mengejutkan Wan, bila gosok ke celahan bahagian alat sulit itu, mengalir pula
nanah yang amat busuk baunya. Ia berwarna kuning kehijauan, seperti nanah atau
darah yang bercampur-aduk dengan kotoran pekat. Likat, meleleh dari farajnya.
“
Baunya…ya Allah, busuk. Saya mencucinya dengan air dan kapas, tapi kemudian
mengalir semula. Ia tak berhenti-henti meleleh walaupun puas di cuci,” tambah
Wan.
Anak
murid saya itu memberitahu, kawan-kawan yang menggantikannya untuk membersihkan
bahagian sulit arwah juga merasa pelik melihat bengkak yang lebam merening
serta nanah pekat yang terus-terusan mengalir. Hendak di bincangkan di situ,
bimbang nanti tersinggung pula ahli keluarga arwah yang turut ada di dalam bilik.
“ Sebab
tulah saya datang jumpa ustaz ni. Saya teringat ustaz ada di luar, mungkin
boleh tolong sikit, beritau kami apa nak buat. Saya tak maulah benda ni jadi
heboh. Aib jenazah, ustaz,” kata Wan.
Mendengar cerita itu, saya menasihatkan Wan supaya terus memandikan
jenazah tersebut. Apabila di rasakan sudah cukup bersih, cepat-cepatlah di lap,
kemudian letakkan kapas bahagian tersebut. Lekapkan agak tebal sedikit supaya
nanah tidak menembusinya.
Kata
saya, buat sepantas yang boleh supaya bau tersebut tidak tersebar, kelak akan
memalukan jenazah. Kepada orang yang memandikannya, bukan rahsia, tapi kepada
keluarga dan jiran-jiran, tentulah mereka nanti tertanya-tanya. Dari situ,
timbul pula fitnah dan cakap-cakap yang tidak elok.
“
Terima kasih ustaz,” kata Wan.” Saya pergi dulu “
Dia
bergegas masuk semula ke dalam bilik. Tidak lama kemudian , bunyi jirusan
berhenti. Lebih setengah jam kemudian, Wan memberitahu saya, jenazah sudah pun
di kapankan. Seperti lazimnya, ahli keluarga arwah merapati mayat untuk mencium
dan membacakan ayat-ayat suci untuknya. Mayat di kebumikan tidak lama kemudian.
Selesai
urusan, saya mendekati Wan, dan bertanya lebih lanjut kepadanya. Maklumlah, dia
baru beberapa tahun terlibat dengan pengurusan jenazah dan tidak ada pengalaman
menyempurnakan mayat yang sebegitu sifatnya. Nyata, Wan masih terkejut dengan
apa yang di alaminya tadi.
“
Ustaz,” kata murid saya itu, “ bukan aja kemaluan arwah bengkak merening,
bernanah, tapi buah dada dia pun jadi..jadi…macam mana saya nak cakap ya…”
katanya tanpa menghabiskan kata-kata.
“ Jadi
macam mana pulak, Wan ?” saya bertanya.
“
Hmmm…jadi kecut. Macam mana ustaz tengok buah pinang kering, kecut, berkedut,
macam tu lah buah dada jenazah. Macam peria kecut. Saya bukan nak aibkan
jenazah, tapi nak beritau ustaz aja. Saya tak pernah tengok benda-benda macam
ni, jadi saya beritau supaya ustaz yang dah berpuluh tahun urs jenazah dapat
membantu,” katanya.
Saya
termenung. Aneh benar keadaan si mati. Bukannya hendak mengada-adakan sesuatu
yang buruk, bukan….tapi terfikir saya,
kenapa hanya di bahagian-bahagian sulitnya saja yang jadi jelik. Badannya macam
biasa saja, tapi pelik sungguh…yang bawah merening, yang atas mengecut ?
Kalau
dia sakit teruk, tak makan tak minum hingga badan tinggal tulang, mungkin juga.
Itulah logiknya hingga buah dada arwah mengecut. Tapi arwah tidak macam tu. Dia
Cuma terlantar seminggu di hospital. Makan minumnya terjaga.
“ Tak
apalah, Wan. Serahkan lah sahaja pada Allah. Kita ni tak boleh nak syak
wasangka tanpa bukti. Mungkin dia ada penyakit di bahagian itu, mana kita tau.
“
Anggaplah ini pengalaman yang baik, yang akan mengajar awak bagaimana untuk
menguruskan jenazah-jenazah lain pada masa-masa akan datang.” Tambah saya lalu
meminta diri.
Hendak
di jadikan cerita, dua minggu kemudian Pahamin datang ke rumah saya. Dia
mengadu tidak dapat tidur lena kerana selalu di ganggu bayangan arwah.
“
Kadang-kadang nampak kelibat dia dalam bilik tidur. Ada kalanya berbau wangi, macam
perfume yang dia selalu guna. Anak-anak pula beritahu, pernah mereka terdengar
bunyi tapak kaki berjalan dalam bilik arwah. Tapi bila buka, tak ada,” katanya.
Lama
juga kami berbual, hinggalah masuk kepada bab keluarga. Tanpa sedar , dan tanpa di minta Pahamin membuka rahsia hubungan beliau dengan arwah.
Langsung, tersingkaplah rahsia mengapa
bahagian-bahagian sulit arwah menjadi demikian jelik.
“
Ustaz,” kata Pahamin, “ saya rasa, mungkin ia berlaku sebab arwah nusyuk dan melanggar
sumpah.”
“
Sumpah ? Saya tak faham, Bang Min.”
“ Ya,
sumpah. Saya akui, saya ni bukan baik sangat. Arwah pula bila jiran-jiran
beritahu saya ada perempuan lain, dia mula naik angin. Dia kata, tak cukup dua,
nak menggatal lagi. Tua tak sedar diri, katanya.
“
Hubungan kami jadi renggang. Kami selalu berselisih faham. Saya makin jarang
balik ke rumah arwah. Kalau balik pun, tak ada lain…. Bertengkar, bertengkar,
bertengkar.
“ Dalam
masa yang sama , saya di maklumkan oleh kawan-kawan, arwah ada buat hbungan
sulit dengan lelaki lain. Saya tanya dia, betul ke ? Dia tak mengaku.
Macam-macam dia berdalih. Tapi saya tak percaya. Bagi saya, kalau tak ada
angin, masakan pokok bergoyang. Hubungan kami makin hari makin teruk.
“
Kemuncaknya kami bertengkar hebat. Saya kata, ‘ Salmiah, cakap terus terang,
awak ada buat hubungan dengan lelaki lain tak ? Awak ada buat benda tak senonoh
tak ?
“ Dia
tak mengaku. Saya kata, saya tak percaya. Lama kami bertengkar. Akhirnya dia
kata, kalau suami boleh buat, boleh cari perempuan lain, kenapa isteri tidak ?
Kata arwah dia masih muda, masih bergetah, bukannya susah sangat nak cari
pasangan.
“ Bila
saya kata, ‘ awak mesti dah buat benda terkutuk dengan lelaki lain’ arwah
marah. Dia marah betul. Dia kata,’ saya bersumpah , kalau saya buat dengan
orang lain, alat sulit saya ni akan di binasakan Tuhan.’
“ Lebih
kurang tiga bulan lepas bersumpah, arwah sakit. Badan panas, tak boleh bangun,
sampailah meninggal. Yang saya pelik, dan menyebabkan saya kata mayat dia jadi
macam tu sebab derhaka dan melanggar sumpah ialah alat sulitnya merening
manakala buah dada mengecut sebaik sampai ke rumah.
“ Kami
perasan benda tu masa nak salin pakaiannya. Mula-mula nampak buah dadanya
mengecut. Kemudian nampak pula bahagian alat sulitnya mengelembung, merening
macam belon. Makin lama, makin besar dan keluar nanah,” kata Pahamin.
Saya
termangu mendengarnya. “ Mungkin dia ada sakit di bahagian itu tak, Bang Min ?”
“ Tak
…tak ada. Yang itu saya tau benar. Lagi pun saya tengok dia di hospital, buah
dada dan alat kelaminnya normal,” tegas Pahamin.
Saya termenung. Ini sudah kes berat. Dalam hati saya berkata, mungkin
ini lah balasan Tuhan pada isteri yang menderhaka, curang, nusyuk kepada suami.
No comments:
Post a Comment