Orgasme pada kaum wanita telah menjadi perbicaraan yang
menarik perhatian, bahkan banyak dibahas dalam buku-buku seks ilmiah. Sejak
terbitnya karya Masters and Johnson sekitar tahun 1960-an maka dongeng dan
rahsia sekitar persoalan orgasme telah lenyap dan terungkap.
Sekarang telah diketahui bahawa meskipun pengalaman
orgasme itu terpulang pada setiap individu namun proses jasmaniah orgasme itu
sentiasa sama.
Bagaimana Wanita Mencapai Orgasme
Kaum wanita mempunyai cara yang berbeza-beza reaksi
terhadap rangsangan hubungan kelamin. Walaupun begitu bukit di mana rambut
kemaluan terletak(tundun), bibir kecil dan kelentit, serta liang faraj itu
merupakan alat-alat kelamin yang memegang peranan penting. Clitoris atau
kelentit merupakan alat-alat kelamin yang memainkan peranan penting. Clitoris
atau kelentit itu merupakan bahagian yang paling peka kepada syahwat tubuh wanita.
Itulah sebabnya terdapat wanita yang menghendaki rangsangan yang terus-menerus
pada kelentit untuk mencapai orgasme. Pada hujung kelentit itu, deria rasanya
sangatlah halus dan peka. Sentuhan yang terus-menerus dapat menimbulkan rasa
kurang senang atau sakit.
Sebab itu sebahagian wanita menganggap belaian terhadap
bahagian yang peka syahwat di sekitar tundun, baik dengan tangan, lidah atau
alat penggetar menyeronokkan. Selama berlangsungnya persetubuhan, gerakan zakar
yang keluar masuk liang faraj itu boleh menimbulkan rangsangan terus-menerus
terhadap kelentit. Ini kerana ia dapat menggerakkan labia minora atau bibir
kecil ke atas kelentit.
Merasakan Kemuncak Tahap Orgasme
Jangka waktu untuk mencapai orgasme itu berlainan pada
setiap wanita. Begitu juga berbeza menurut keadaan dan suasana. Sesaat sebelum
terjadinya orgasme maka akan terasa ketegangan selama 2-4 detik pada saat
otot-otot kecil pada sekeliling faraj dan rahim itu mulai mengendur. Ini
diikuti oleh orgasme itu sendiri yang biasa berlaku selama 10-15 detik. Ia
terasa seperti suatu pengenduran otot secara berirama dan berturut-turut yang
terjadi tiap 0.8 detik tiap gelombangnya. Mula-mula terasa sekeliling satu
pertiga hujung luar faraj dan menjalar sampai dalam rahim. Rahim dan dubur pun
ikut kempat-kempot.
Suatu orgasme yang lunak terjadi 3-5 kempotan. Orgasme
yang kuat terjadi 8-12 kempotan. Ketika berlakunya orasme itu otot-otot perut, betis, lengan,
wajah, kaki dan leher ikut menegang. Selepas itu semua keadaan badan wanita itu
kembali lagi pada keadan normal diikuti rasa lega, santai dan penuh kedamaian.
Orgasme Berganda
Berbeza dengan kaum lelaki, kaum wanita mampu mencapai
orgasme berganda. Maksudnya orgasme yang berlaku kali kedua tidak lama setelah
orgasme pertama. Sekiranya wanita itu dapat mempertahankan nafsu berahinya pada
tingkat memuncaknya ia dapat melanjutkan orgasme pada kali kedua bila terus
dirangsang. Ada wanita mengalami orgasme sampai 3-5 kali hanya dalam waktu
beberapa minit. Bahkan ada yang boleh mencapai 12 kali orgasme dalam satu jam.
Diantara sebab hubungan seks antara suami-isteri yang
sangat dihajatkan adalah kepuasan orgasme kedua-dua pihak. Ini adalah tujuan
utama orang mengikatkan diri dalam perkahwinan. Tanpa adanya orgasme dalam
setiap hubungan seks tentu akan menimbulkan berbagai akibat kejiwaan yang boleh
merosakkan hubungan
Kenyataan menerangkan ramai suami-isteri yang terpaksa
berpisah atau melakukan penyelewengan seksual kerana tiadanya kepuasan dalam
hubungan seks. Kepuasan itu ditandai dengan orgasme atau difahami sebagai
kemuncak kenikmatan.
Baik orgasme itu secara beruntun, dari pihak lelaki
dahulu dan kemudian disusuli isterinya atau secara serentak bersama. Orgasme
yang dapat dicapai secara bersama adalah yang paling baik dan ideal. Hampir
semua lelaki mengalami orgasme setelah mengalami rangsangan seks. Pada wanita
pula tidak ramai yang dapat mengalami orgasme.
Orgasme adalah puncak syahwat persetubuhan dan merupakan
respons yang menyenangkan dan melegakan. Ia adalah puncak dari kepuasan fisiks
dan emosi dalam aktiviti seksual. Kemuncak kenikmatan ini ditandai dengan
terjadinya pancaran mani yang sangat kuat pada pihak lelaki.
Orgasme pada lelaki adalah ejakulasi sperma. Vas
Deferens, Vesikula Seminalis dan kelenjar prostat berkonstraksi dengan hebatnya
seraya memancarkan isinya ke dalam urethra yang kemudian memancutkan sperma. Selama
orgasme cecairan ini dipancarkan melalui zakar oleh konstraksi-konstraksi
berirama dari otot-otot sekitarnya. Jumlah konstraksi-konstraksi itu berbeza
pada setiap individu, tetapi lazimnya antara 10-12 konstraksi. Sejumlah sperma
kira-kira satu sudu kecil atau menurut penyelidikan moden 5cc.
Tanda orgasme pada wanita yang merupakan puncak
seksualnya adalah gerakan-gerakan berirama dan tak sengaja dari alat
kelaminnya. Reaksi-reaksi banyak bergantung pada bilangan vulva terutama di
sekitar faraj dan kelentit. Faraj pada waktu itu berkerut dan kadang-kadang
otot-otot lain ikut mengejang. Dalam pada itu terjadi getaran seluruh tubuh dan
sensasi-sensasi menghisap dari lubang faraj.
Mencapai orgasme yang ideal tidaklah semudah yang
dibayangkan. Tugas ini ditanggung oleh pihak suami. Biasanya di dalam proses
bersetubuh suamilah yang terlebih dahulu mencapai orgasme sedangkan isterinya
mungkin belum apa-apa. Oleh sebab itu keperihatinan suami di dalam menahan air
mani sangat diperlukan. Jika mereka tidak mahir dalam hal ini suami akan
menyebabkan isteri mengalami gangguan emosi seperti murung.
Dr. Robie dalam bukunya The Art of Love yang dikutip dari
buku Percintaan Suami Isteri karangan A. Rifa'ie Ali menulis: "Terlampau
cepat keluar air mani selain memberi malu kepada suami, bahayanya tiada kurang
pada isteri kerana dia telah meninggalkan isteri itu sebelum mendapat kepuasan
yang biasa. Ada lelaki yang beberapa kali keluar air mani sebelum isteri cukup
terbangkit keberahiannya. Dan yang terjadi ialah sebelum dia tercapai orgasme.
Maka tinggallah dia dalam keadaan resah-gelisah belum kunjung puas yang
akhirnya membawa bermacam-macam penyakit antara lain lain, tidak boleh tidur,
pemarah, histeria, sakit saraf yang berkaitan penyakit orang perempuan".
Ellis dalam bukunya Sex in Relation to Society telah
mengutip pendapat seorang pakar sakit puan (gynaecologist) berbangsa Austria,
dia mengatakan bahawa di dalam setiap 100 orang perempuan yang menderita sakit
dalam rahim, daripada yang berubat kepadanya didapati 70 orang menderita
lantaran sakit rahimnya terlalu penuh berisi darah. Keadaan rahim yang begini
menurut pengetahuan ilmiahnya adalah hasil daripada persetubuhan yang tidak
disempurnakan.
Dari keterangan-keterangan di atas maka benarlah
sabda-sabda Rasulullah s.a.w. yang menganjurkan agar memerhatikan keadaan
isteri sewaktu diajak bersetubuh.
Janganlah lekas terburu-buru mengakhiri persetubuhan
selagi isteri belum berhasil mencapai orgasme.
Sabda Rasulullah s.a.w:
"Apabila seseorang dari kalian bersetubuh dengan
isterinya, maka hendaklah ia menyempurnakan (isterinya).Jikalau ia mendahului
isterinya, maka janganlah ia
mempercepat (meninggalkan) isterinya itu".
(Hadis riwayat Abu Yaqla dari Anas)
Sabda Rasulullah s.a.w:
"Apabila seorang dari kalian bersetubuh dengan
isterinya maka hendaklah ia menyempurnakannya. Kemudian bila ia telah selesai
telah selesai hajatnya (orgasme) sebelum selesai hajat isterinya maka janganlah
ia mempercepatkan (meninggalkan) isterinya itu hingga selesai pula hajat
isterinya itu".
(Hadis riwayat Abdul Razak & Abu Yala dari Anas)
Sabda Rasulullah s.a.w.:
" Apabila seorang dari kalian bersetubuh dengan
isterinya maka janganlah ia menyingkir hingga selesai hajatnya selesai hajatnya
sebagaimana ia mendapat nikmat dari hajatnya".
(Hadis riwayat Ibnu Adiy dari Ibnu Abas)
Dari hadis Rasulullah s.a.w.
tersebut maka seharusnya suami berusaha agar mencapai
orgasme yang ideal samaada secara bersama-sama, ataupun secara meruntun saling
susul-menyusul sewaktu bersetubuh. Itulah sebabnya imam Ghazali di dalam
kitabnya ihyaa'ulumiddin, menasihati
suami muslim agar kalau bersetubuh selalu memerhatikan isterinya ataupun
menahan ejakulasinya sehingga isterinya dapat mencapai orgasme.
Berapa lamakah persetubuhan yang boleh mendatangkan
kepuasan? Banyak pendapat mengenai hal ini diketengahkan. Ada orang lelaki yang
boleh bertahan lama sewaktu persetubuhannya. Contohnya selama 15 minit, 20
minit bahkan ada yang lebih lama lagi tanpa ejakulasi. Tetapi yang jelas faktor
faktor seperti lama seseorang lelaki dapat mengawal reaksinya tanpa disusuli
ejakulasi; sukar atau tidaknya wanita mencapai orgasme; kehebatan nafsu seksual
mereka masing-masing; kekerapan melakukan hubungan kelamin dan lain-lain faktor
banyak mempengaruhi tempoh lamanya sesuatu persetubuhan boleh berpanjangan.
Biasanya persetubuhan berlangsung selama 3-5 minit.
Menurut Stekel jarang sekali seseorang lelaki dapat mempertahankan
persetubuhannya lebih lama dari 5 minit. Sedang menurut Dickinson kebanyakan
lelaki mempertahankan ereksinya tanpa disusli ejakulasi selama 5-10 minit.
Sedangkan wanita pula boleh mencapai 10-20 minit. Akan tetapi dengan rangsangan
tangan dengan vibrator atau dengan oral genital stimulation seseorang wanita
biasanya dapat mencapai orgasme dalam masa empat minit.
Untuk memanjangkan waktu persetubuhan supaya kedua-dua
suami-isteri dapat mencapai kepuasan orgasme pihak suami perlu mengambil
langkah-langkah tertentu. Alternatif pertama ialah mereka boleh mendapat
pertolongan doktor untuk memberikan ubat-ubatan yang diminum atau ubat
pemati-rasa. Akan tetapi cara ini ada kesan sampingan dan bersifat sementara.
Kesan sampingan adalah kemungkinan berlakunya impoten seandainya kerap
menggunakan ubat-ubatan.
Alternatif kedua pula lebih menitikberatkan kemampuan
semulajadi seperti cara-cara berikut. Menahan cepatnya keluar air mani dapat
dilakukan dengan memerhatikan langkah-langkah berikut:
1. Setelah zakar dimasukkan ke liang faraj, maka buatlah
gerakan turun-naik secara perlahan-lahan dengan diselangi istirehat.
2. Alihkan perhatian kepada soal-soal lain sewaktu sampai
masanya air mani dirasakan akan keluar. Umpamanya cuba ingatkan tentang urusan
serius sewaktu pejabat. Tegasnya isikanlah benak dengan hal-hal yang dapat
mengalihkan pandangan dari tumpuan untuk mengeluarkan air-mani. Ini secara
tidak langsung akan menyebabkan kekenduran pada batang zakar,dan apabila ini
berlaku bolehlah disambung lagi pada gerakan untuk merangsang balik zakar.
Demikian seterusnya sehinggalah isterinya mencapai orgasme. Kalau cara ini
dapat dilaksanakan pasti suami dapat bersetubuh dalam waktu yang lama di mana
isterinya beruntung kerana dapat mencapai orgasme dan nikmat sepuas-puasnya.
Sehubungan dengan itu Stoppes berkata "Selamanya tak
boleh dilupakan bahawa dengan tidak mendisiplinkan fikiran dan badan sendiri
tidaklah akan dikecap kenikmatan di dalam pengalaman nafsu berahi. Kesedapan
yang penuh biarpun hanya jasmani semata-mata cuma boleh direbut oleh orang yang
pandai memotong tujuh perjalanan nafsunya".
3. Menahan nafas sewaktu merasakan akan keluarnya
air-mani akan melambatkan pengeluarannya kerana zakar akan menjadi keras.
Perlu diketahui bahawa mani itu mudah keluar kalau
keadaan zakar adalah tidak cukup keras.
Tetapi kalau sempurna keras dan tegangnya, sukarlah air mani berlalu. Dengan
menahan nafas dengan sendirinya zakar yang sedang dalam keadaan ereksi menjadi
semakin tegang. Ini disebabkan oleh kerana udara yang masuk berkumpul ke dalam
dada dan perut agak banyak. Apabila ditahan di dalam perut maka pengaruhnya
mendesak darah menuju ke zakar sehinggakan zakar akan menjadi semakin keras dan
kembung. Kekembungan ini menekan lubang zakar tadi serapat-rapatnya sehingga
Aliran tempat lalunya air mani terhambat dan tidak dapat keluar.
Alternatif ketiga adalah dengan memakai kondom sewaktu
bersetubuh. Dengan demikian rasa pergeseran batang zakar di dalam liang faraj
tidak begitu merangsang. Walau bagaimanapun cara ini tidak begitu disenangi
baik dari pihak suami mahupun isteri.
Alternatif keempat ialah melakukan latihan-latihan guna
menguatkan dan mengetatkan otot-otot pada dubur dan pada otot-otot yang
membentang dari dubur sampai ke scrotum (kantung pelir) lelaki.
Alternatif kelima pula merupakan mengambil posisi duduk
atau posisi lelaki di bawah dan dan perempuan diatas. Kedua teknik di atas
memungkin tekanan pada kelentit yang merupakan pusat rangsangan yang dapat
dikemudikan oleh pihak wanita. Cara ini merupakan cara yang terbaik untuk
wanita mencapai orgasme.
Cara-cara di atas yang telah dibentangkan merupakan
kaedah-kaedah untuk mencapai orgasme yang ideal. Akan tetapi berjaya atau
tidaknya mempraktikkan cara-cara ini bergantung pada individu itu sendiri. Yang
lebih baik adalah sifat saling bantu-membantu dan faham-memahami. Seperti
halnya seorang suami boleh bertanya pada isterinya, apakah ia sudah mencapai
orgasme atau masih lama lagi? Seandainya masih lama. Maka suami bolehlah
mengatur pergerakannya agar zakarnya tidak begitu terangsang yang mengakibatkan
cepatnya keluar air mani. Jadi sifat terbuka suami-isteri sangat diperlukan
untuk membantu keberhasilan keduanya untuk mencapai orgasme yang ideal.
Perkara yang patut diperhatikan oleh suami sewaktu
melakukan persetubuhan ialah jangan lekas-lekas mencabut zakarnya setelah
ejakulasi. Perbuatan seperti ini sering diabaikan oleh suami-suami yang kurang
mengerti seni dan erti persetubuhan dalam perkahwinan.
Persetubuhan dalam perkahwinan itu dimaksudkan untuk
mendapat kepuasan antara suami dan isteri. Berbeza pula dengan persetubuhan
luar nikah atau dalam pelacuran. Di dalam persetubuhan jenis ini salah satu
pihak menghendaki kepuasan seksual sedang di lain pihak menghendaki bayaran.
Jadi wanita pelacur didalam melakukan persetubuhan sudah merasa puas walaupun
belum mencapai orgasme asalkan dirinya telah diberi wang sebagai imbalannya.
Sedangkan persetubuhan yang dilakukan berlandaskan atas dasar cinta-mencintai
keduanya menghendaki objektif yang sama iaitu kepuasan yang saksama.
Seorang suami yang bijaksana yang mengerti hal ini
ternyata dalam persetubuhannya dengan isterinya jika lebih dahulu cepat keluar
air mani, maka dia boleh menangguhkan zakarnya agak lama di dalam liang faraj.
Hal ini dimaksudkan agar pihak isteri mempunyai waktu untuk menaikkan suhu
berahinya hingga mencapai orgasme.
Cara seperti ini memungkinkan batang zakar walaupun telah
ejakulasi akan tetapi ia tetap berereksi sampai beberapa lama. Pada kesempatan
ini harus dimanfaatkan oleh suami untuk merangsang isterinya hingga mencapai
orgasme.
Betapa bahagianya bila persetubuhan dimana kedua-duanya
telah mencapai orgasme dan tidak diputus atau dihentikan seketika itu sahaja.
Tapi usahakanlah suami tetap menahan batang zakarnya di dalam liang faraj
hingga kendur dengan sendirinya. Dalam keadaan begitu keduanya boleh saling
berpelukan dan berdakapan.
Pihak suami perlu mengetahui bahawa membiarkan zakar di
dalam liang fajar sesudah ejakulasi bukan hanya menimbulkan rasa kasih sayang
yang mendalam antara suami-isteri, malahan mengandungi faedah yang lebih besar
dari segi kesihatan terutama bagi suami.
Perlu diingatkan bahawa bahawa setiap kali suami
melakukan hubungan seks pasti ia akan keluar air mani. Mani itu adalah sari
tubuhnya yang mulia yang terbentuk dari sari-sari makanan yang dimakannnya
setiap hari. Jadi setiap kali ia bersetubuh, jadi berkuranglah zat hidup yang
sangat berguna bagi kesihatan tubuhnya. Walaupun ganti boleh diperoleh dari
dalam tubuhnya ada satu zat yang bersifat "Alkalin" yang boleh
digantikan dengan membiarkan ia didalam liang faraj wanita. Mani wanita penuh
berisi dengan zat ini. Para suami yang terdedah kepada pegetahuan ini tidak
akan mahu mencabut batang zakarnya sehabis ereksi dari liang faraj isterinya.
Mereka akan membiarkan saja batang zakarnya untuk beberapa lama sehinggga ia
kendur dan keluar dengan sendirinya. Tindakan ini bagus dan bermanfaat untuk
memelihara kondisi badan dan kesihatannya. Ini oleh kerana kulit zakar yang
tipis itu akan mudah menyerap zat-zat yang sangat berharga dari badan
isterinya, terutama zat alkali. Sehingga habis bersetubuh badannya bukan semakin
mundur, sebaliknya semakin sihat kerana kegiatan kerjanya meningkat dan yang
lebih penting lagi wajahnya bertambah tampan jauh lebih muda kelihatan dari
umurnya yang sebenarnya.
Selain itu Stopes ada menyatakan pendapatnya bahawa
didalam zat-zat yang sama dihisap oleh tubuh kedua pihak dari sari-sari badan
pasangan masing-masing, terdapat kuman-kuman hidup yang oleh Prof. Ernest
Starling bernama hormon. Pada masa akhir-akhir ini telah diketahui bahawa
hormon-hormon itu memiliki dan menjalankan pengaruh yang kuat dalam penentuan
sifat dan corak perasaan-perasaan manusia serta tabiatnya. Kesempatan untuk
saling bertukaran kuman hormon yang berlangsung dalam perbincangan di atas
dianggap akan boleh mengumpulkan sudut-sudut runcing dari budi pekerti kedua
suami-isteri. Sehingga jalan pemikiran dan gerak semangat mereka berdua menjadi
serasi. Keserasian inilah yang membuat suami-isteri awet muda.
If you'd like an alternative to casually dating girls and trying to find out the right thing to say...
ReplyDeleteIf you'd prefer to have women hit on YOU, instead of spending your nights prowling around in crowded bars and night clubs...
Then I encourage you to view this eye-opening video to uncover a shocking secret that might get you your own harem of beautiful women just 24 hours from now:
Facebook Seduction System...