Seperti juga kaum lelaki yang mengahadapai masalah impotensi
wanita juga mengalami yang seumpama sedemikian yang dikenali sebagai frigiditi
atau nafsu seks dingin. Kalau impotensi pada pihak lelaki merupakan musibah
seks mereka begitu pula frigiditi pada kaum wanita merupakan musibah seks kaum
hawa. Frigiditi adalah sesuatu keadaan di mana seorang wanita bersikap dingin
dan tak acuh terhadap hubungan seks.
Tugas seorang wanita dalam perkahwinan antara lain memupuk
rasa cinta dan kasih sayang di antara kedua mereka untuk mencapai kerukunan dan
kedamaian rumah-tangga. Tugas seperti itu boleh berhasil bilamana seorang
isteri sanggup dan pandai melayani keperluan suaminya baik dari segi zahir
mahupun batin.
Keperluan zahir isteri bukan menjadi persoalan bila suami
dapat memberi perbelanjaan yang cukup. Akan tetapi persoalannya merupakan aspek
batiniah isteri. Mengapa demikian? Ketahuilah bahawa keperluan batiniah ini
merupakan keperluan seks dan isteri memainkan peranan penting sebagai faktor
yang mempengaruhinya.
Seorang suami perlu menyalurkan libido seksnya dengan wajar
dan tenang. Sebab itulah lelaki mengikatkan diri hidup dalam perkahwinan dan
dengan itu mahu menaanggung risiko menyara kesemua keperluan isterinya. Sebagai
imbalannya, pihak isteri patutlah melayani dan berusaha memberi keperluan seks
kepada suaminya dengan baik dan memuaskan. Ini merupakan tugasnya dan dia tidak
patut mengabaikannnya.
Timbul pula tanda tanya samaada tugas itu dapat dilaksanakan
bila seorang isteri itu frigid atau nafsu seknya dingin. Seorang wanita yang
frigid dia tentu tidak dapat melaksanakan tugas seksnya dengan baik. Bahkan dia
menganggap hubungan seks sebagai jijik dan tidak menyelerakan lantas tidak
dapat melaksanakan tugasnya dengan baik. Bahkan dia menganggap hubungan seks
sebagai perkara yang memuakkan dirinya.. Dia tidak boleh menikmati hubungan
seks dan tidak dapat menghargai belaian dan pujuk rayu suaminya. Dia juga tidak
mampu mencapai orgasme. Tegasnya kehidupan seknya sudah menjadi tidak normal
seperti orang lain. Dia mengalami masalah frigiditi.
Menurut bentuk dan sifatnya frigiditi pada wanita itu ada
dua kemungkinan. Pertama, frigiditi sementara sedangkan yang kemungkinan kedua
frigiditinya bersifat mutlak. Frigiditi mutlak jarang sekali berlaku. Jenis ini
merupakan yang lumrah menimpa para wanita. Frigiditi ini bersifat sementara.
Untuk lebih mengetahui masalah frigiditi ini kita perlu
mengkaji satu per satu kedua bentuk dan sifat frigiditi itu. Kerana dengan
mengetahui selok-belok frigiditi itu, sedikit sebanyak ia akan membantu
pasangan suami-isteri mengatasinya.
Terdapat pelbagai sebab serta bentuk frigiditi sementara
iaitu:
I. I. Frigiditi Semu.
Frigiditi semu atau pseudo frigiditi ini banyak menimpa para
wanita kerana mereka belum pernah dirangsang dengan baik nafsu seksnya.
Jadi, tidak ada sebab utama yang serius. Mereka tidak
sungguh-sungguh frigid, hanya mereka tidak dapat mencapai orgasme sewaktu
bersetubuh.
Untuk mengatasi frigiditi semu mudah, asal suami pandai
melayani perasaan isteri dan melaksanakan peranan seksnya dengan baik. Suami
dalam soal ini mempunyai kewajipan untuk merangsang isteri sebelum melakukan
seks. Cumbu rayu memainkan peranan yang penting. Kealpaan suami dalam hal ini
sudah tentu akan menyebabkan isterinya merasa semakin dingin untuk mengadakan
hubungan seks. Pihak suami perlu membangkitkan nafsu isteri dengan belaian,
ciuman, rayuan dan kasih sayang. Usahakan pelbagai cara untuk menaikkan ghairah
seks isterinya. Carilah tempat-tempat yang erotis di bahagian tubuhnya.
Kemudian bangkitlah nafsunya melalui tempat-tempat erotisnya. Mulut, muka,
pangkal tengkok, daun telinga, leher, puting buah dada, pinggang, pangkal peha,
tumit atau lain-lain merupakan tempat-tempat yang mempunyai saraf yang mudah
dirangsang. Bila kelihatan kemerah-merahan pada pipinya bererti ghairah seksnya
sudah mulai bangkit. Pada saat itulah suami harus berusaha meningkatkan
ghairahnya sehingga kalau boleh, mencapai orgasme dalam persetubuhan. Bila
sekali ia telah merasakan nikmat orgasme pastilah kedinginan seksnya akan cair
lantaran keperihatinan suaminya terhadap kehendak seksnya. Ia akan menyambut
dengan hangat setiap kali diajak bersetubuh, bahkan lebih agresif daripada
sebelumnya sewaktu mengalami frigiditi semu. Demikian seterusnya sehingga
fenomena frigiditi semu itu akan pupus langsung.
Jadi di dalam usaha menyembuhkan wanita yang mengalami
frigiditi semu ini suami perlu mengamalkan kaedah Nabi s. a. w. iaitu didahului
dengan ciuman dan rayuan terlebih dahulu. Ia merupakan petua yang sangat
mujarab.
II. II. Frigiditi Sepintas Lalu.
Frigiditi ini umumnya berpunca dari gangguan jiwa disebabkan
perilaku suami yang tidak perihatin. Wanita yang sedemikian biasanya mempunyai
keinginan seks yang sedang walaupun sudah dibangkitkan keghairahannya. Akan
tetapi di lain waktu ghairahnya akan padam kembali. Dia boleh mencapai orgasme
pada tingkat yang rendah dan lemah. Malahan kadang-kadang dia sama sekali tidak
dapat merasakan orgasme. Sebagaimana yang telah diperkatakan frigiditi jenis
ini terjadi kerana perilaku suami. Suaminya memuakkan perasaannya menurut
penilaiannya, sehingga ia menjadi tertekan jiwa dan mentalnya. Walaupun
demikian ada sebab-sebab lain yang juga boleh menyebabkan frigiditi jenis ini.
Kehidupan yang terlalu aktif dan memerlukan tenaga yang banyak; keletihan
jasmani dan pekerjaan yang bersifat tekanan yang tinggi dan yang meletihkan
otak. Sebab-sebab tersebut ini merupakan pengaruh terbesar yang menyumbang
kepada keletihan jasmaniah. Keadan yang demikian boleh diatasi dengan suami
meningkatkan jatidirinya supaya tidak terlalu egoistik dalam pergaulannya
hari-hari. Pihak suami perlu perlu menjaga kesihatan badan/jasmaniah dan mental
isterinya. Dia juga wajib memperlihatkan kasih-sayang secara terang dan
menyatakannnya, seterusnya dia patut mem beri kesenangan hati pada isterinya .
Ini akan membuat isterinya merasa jinak untuk bersenggama . Ini mungkin akan
memulihkan perhubungan seksual mereka. Seperti frigiditi semu, frigiditi jenis
ini memerlukan keperhatinan suaminya terutama terhadap perasaannya. Pihak suami
boleh melegakan isterinya daripada tugas mencari nafkah dan juga memberi
semangat dan dorongan untuk menawan hatinya kembali kepada suasana
kasih-sayang.
III. III. Frigiditi Relatif
Wanita yang mengalami fenomena ini sebenarnya tidaklah
frigid. Hanya mungkin kerana dia merasa tidak sesuai dengan pasangannya lantas
dia merasa dingin setiap kali diajak untuk bersenggama. Hal ini terjadi
disebabkan dia kena kahwin paksa. Pihak isteri yang didesak mengahwini lelaki
yang tidak disetujuinya menyebabkan dia merasa beci terhadap suaminya. Maka
dalam soal ini tidak ada kaedah perubatan sebagai jalan penyelesaian. Jalan
terbaik adalah untuk suami membebaskan isterinya daripada ikatan perkahwinan.
Sekiranya bekas isteri itu berkahwin dengan jejaka lain yang disenanginya pula,
secara otomatik frigiditinya hilang dengan sendirinya.
IV. IV. Frigiditi Pathologi
Frigiditi seumpama ini dikategorikan sebagai penyakit dari
aspek perubatan. Pesakit frigiditi pathologi mempunyai keinginan seks yang
kuat. Dia boleh melibatkan dirnya secara aktif dan agresif dalam bercumbu rayu.
Namun dia sukar mencapai orgasme. Kecacatan ini dikenali sebagai anorgasme
dalam istilah saintifik.. Setiap kali ia akan mencapai orgasme, tiba-tiba ia
lenyap. Pendekata wanita penghidap fenomena ini tidak pernah mencapai orgasme,
kerana walaupun orgasmenya di ambang waktu pencapaiannya sewaktu coitus, ia
lenyap sebelum ia dapat dicapai. Sebab lain wanita mengalami frigiditi
pathologi ialah kerana sering melakukan masturbasi untuk memenuhi keperluan
seksnya. Ia tidak disalurkan secara coitus yang normal. Cara mengatasi
frigiditi jenis ini agak sukar berbanding dengan yang lain.. Akan tetapi
menghentikan hubungan kelamin semasa melakukan usaha rawatan adalah langkah
yang baik dan tepat.
Mengenai frigiditi mutlak atau frigiditi sejati pula ia juga
tetap perlu diketahui, walaupun ini jarang menimpa kaum wanita terutama di
zaman sekarang kerana mereka sudah terdedah kepada perbincangan terbuka
berkenaan seks.
Wanita yang mengalami frigiditi jenis ini biasanya
bertanggapan salah terhadap alat kelaminnya. Seakan-akan dia kecewa dilahirkan
sebagai seorang wanita. Dia menyifatkan kewanitaannya hina kerana dia tidak
mempunyai hak dan pengiktirafan masyarakat. Ada pula yang beranggapan bahawa
hubungan seks adalah perbuatan haiwan yang tidak patut dilakukan oleh manusia.
Anggapan sedemikian mengakibatkan seorang wanita terlalu apatisi terhadap seks.
Akhirnya ia mengalami frigiditi mutlak.
Dari keterangan di atas dapatlah digariskan sebab-sebab
frigiditi atau nafsu seks dingin adalah seperti yang berikut, yang diakibatkan
oleh gangguan mental:
Kecurigaan terhadap kaum lelaki. Curiga kerana ketiadaan
perasaan cinta terhadap suaminya.
Takut hamil merupakan sebab seorang wanita takut dan benci
bersetubuh.
Takut mendapat luka pada alat-alat kelamin.
Adanya kegoncangan mental dan jiwa.
Perasaan benci terhadap suami.
Tanggapan negatif mengenai seks.
Semakin banyak kemajuan dan pandangan dalam permasalahan
kehidupan seks, semakin banyak pula persoalan-persoalan seks timbul di antara
suami-isteri. Bila persoalan-persoalan ini tidak diambil perhatian oleh
suami-isteri ia akan memberi kesan mental terhadap hak dan kewajipan isteri di
dalam hubungan antara mereka berdua. Timbulah kepincangan dari aspeks
komunikasi seks yang tidak sihat yang mengakibatkan isteri menjadi bersifat
acuh tak acuh dalam menangani kehendak suaminya. Masalah frigiditi dapat
diatasi sekiranya suami-isteri ada persefahaman yang baik bersangkutan masalah
peribadi atau masalah rumahtangga.
If you would like an alternative to randomly dating girls and trying to figure out the right thing to do...
ReplyDeleteIf you would prefer to have women chase YOU, instead of spending your nights prowling around in crowded bars and nightclubs...
Then I urge you to view this short video to find out a amazing little secret that has the potential to get you your very own harem of hot women:
FACEBOOK SEDUCTION SYSTEM!!!