1. Bagi seorang isteri, anda perlulah menjamu mata suami
anda. Lelaki
mudah terangsang oleh penglihatan matanya. Pakailah
pakaian yang menarik perhatiannya. Lemparkan senyuman yang bermakna.
Berdandanlah dengan sempurna.. selitkan jelingan-jelingan manja.
2. Sambutlah kepulangan suami anda dengan gembira dan
hantarlah
pemergiannya dengan hati yang sedih dan mengharapkan
kesetiaan. Jangan lupa untuk bersalaman dan berciuman apabila dia pulang dan
apabila dia mahu meninggalkan rumah. Uruskan perihal suami anda dari segi
makanan dan pakaiannya. Isteri yang bijak menjaga suami akan mengambil berat
mengenai dua perkara penting, pertama zakar suaminya dan kedua perut suaminya.
3. Banyak membantu suami anda. Terutamanya apabila suami
anda
bermasaalah. Jangan banyak meminta-minta kerana ini akan
menyebabkan suami anda berdukacita. Walaupun anda bekerja, usah boros dalam
berbelanja, sama-samalah merancang masa depan bersama suami anda. Rujuklah
kepada suami anda dalam hal-hal yang mana anda sendiri kurang yakin atau
perkara yang melibatkan kesan terhadap ekonomi rumahtangga.
4. Nyatakan sayang anda kepada suami anda. Ia patut
dilakukan setiap
hari,walaupun setelah anda beranak cucu. Jangan anggap
diri anda terlalu tua untuk itu semua.
5. Apabila berkesempatan, sentuh dan belailah suami anda
selalu. Anda boleh mencuri-curi menciumnya ketika tidak dilihat oleh orang
lain. Anda
boleh memegang tangannya atau bahunya bila
berjalan-jalan.
6. Jadikan amalan untuk menidurkan anak-anak anda lebih
awal dari
masa anda hendak masuk tidur. Amalkan juga masuk tidur
bersama suami anda. Inilah antara masa yang paling manis dalam kehidupan
berumahtangga.
7. Jika anda meminta pertolongan dari suami anda dan
suami anda
membantu tetapi tidak sempuna perbuatannya, jauhilah dari
berleter atau marah kepadanya. Ini akan hanya menyebabkannya berjauh hati dan
merajuk.
8. Jagalah anak-anak anda dengan baik dari segala segi.
Elakkan dari
sentiasa memarahi anak-anak anda, gunakan strategi
memujuk dan
mendorong. Jika anda selalu marahkan anak-anak anda di
depan suami anda, suami anda mungkin merasa kurang senang, lagipun anak anda
adalah anaknya yang disayanginnya.
9. Selalulah memicit-micit dan mengurut suami anda.
Amalkan mandi
bersamanya dan menggosok-gosok badannya. Jangan sekali
mengatakan,busuk,pengotor,selekeh atau kata2 yg tidak sepatutnya dilemparkan,
kerana hati suami akan tersentuh apabila isteri berkata2 demikian.
10. Apabila anda masuk tidur bersama suami anda, bukalah
segala
pakaian anda dan berselimut bersama suami anda. Ciumlah
dengan ciuman yang hangat, iaitu ciuman yang memberikan pengertian bahawa
"hanya kaulah satu-satunya kekasihku".
11. Bila anda tidur, sentiasalah mengadap suami anda.
Jika pun anda
hendak membelakanginya minta izin darinya atau anda
berpusing sambil menyentuhnya. Cubalah tidur berbantalkan bahu suami anda, anda
akan merasakan kenikmatannya.
12. Elakkan bercerita mengenai suami anda kepada orang
lain, terutama sekali perkara yg boleh menjatuhkan air muka suami anda. Jika
perlu pun, ceritalah perkara-perkara yang baik sahaja. Itulah tanda anda
benar-benar mengasihi suami anda.
13. Sekiranya suami anda berhajat untuk
"bersama" anda, layanilah ia
dengan baik walau bagaimanapun kesibukan dan keletihan
anda. Banyak perceraian atau kes poligami berpunca dari isteri yang kurang
faham dengan keperluan suaminya di sudut seks. Kurangnya layanan dan banyaknya
alasan menyebabkan suami berasa bosan terhadap anda.
14. Sesekali, ajaklah pula suami anda berjima'. Jika anda
merasa malu
untuk menyatakannya, lakukan godaan dengan halus.
Biasanya seorang lelaki akan memahami tanda-tanda anda memerlukan jima'. Ini
akan membuatkan suami anda merasa bahawa dia diperlukan.
15. Apabila anda bersetubuh dengan suami anda, janganlah
biarkan dia
bersendirian melayarkan bahtera, sedangkan anda cuma
menyuakan tubuh anda untuk disetubuhi dalam keadaan mahu tidak mahu. Hal ini
akan sungguh mengecewakan suami anda. Dia akan merasa bahawa dirinya tidak
dihargai, sedangkan pada fikirannya persetubuhan itu ialah jalinan kasih dua
jiwa yang memanisfitasikan cintanya.
16. Ketika suami anda sakit, tunjukkanlah kesungguhan
anda untuk
merawatnya dan membangkitkan semula semangatnya,
melahirkan kesedihan anda dan harapan anda agar dia lekas sembuh. Dia akan
ingat kepada anda dan begitu mengasihi anda kerana dia tahu bahawa anda bukan
saja mengasihinya sewaktu dia sihat. Ingat wahai isteri jgn biarkan suami anda
kesakitan sendiri, sesungguhnya dalam keadaannya sakit dan anda pula tidak
sikit pun menghiraukannya, hati
lelaki mudah berkata'inginkan seseorang yg dapat
membantu', jgn la
hanya ingin senang bersama, bila susah tidak hiraukan. Pemikiran
lelaki tak dapat di baca apabila umurnya 40 an.
17. Selalu la memasak utk suami terutama bagi wanita yg
berkerjaya.
Elakkan suami anda dari selalu makan di luar, kerana air
tangan seorang isteri juga dapat mengeratkan kasih sayang terhadap sesebuah
keluarga.
No comments:
Post a Comment