Sepasang pengantin yang baru berkahwin 4 bulan. pada
suatu malam si
isteri memeluk leher suami dengan nada manja seraya
berkata, " ayang,
period i dah lewat sebulan, tapi i tak boleh nak pastikan
lagi sebab kita
kena gi check kat doktor."
Si suami yang teramat gembira tu pun berpakat dengan
isterinya untuk
tidak memberitahu sesiapa pun tentang perkhabaran gumbira
ini sehingga
ianya benar2 pasti.
Pada suatu hari, pasangan ini di datangi oleh pegawai
dari TNB kerana
terdapat tunggakkan dalam pembayaran bill elektrik rumah
mereka. Pegawai
TNB tu pun berkata " ini rumah En. Mahpus ker?"
"iya, saya ni isterinya.
ada apa encik"
Pegawai TNB tu pun berkata, " Puan, ni dah sebulan
lewat, saya dah tak
boleh tunggu ni, nanti boss saya marah."
Dengan nada terkejut, si isteri itu pun membalas balik
cakap pegawai TNB
tu." APA??? Macam mana pulak encik tahu yg saya ni
sebulan lewat???"
Pegawai TNB tu pun dengan selamba menjawab " ala
puan, ni kan zaman IT,
semua tu ada dalam komputer dan kita boleh check
Online"
Kata-kata pegawai TNB tu membuatkan si isteri tu lagi
terkejut.
"APAAA????Saya lewat sebulan pun awak semua boleh
tahuuu??? "
Pegawai TNB tu pun mententeramkan keadaan" Relek
puan, puan ni baru lewat
sebulan, ada yg lagi teruk, lewat 5-6 bulan"
Si isteri yg terperanjat beruk dengan kenyataan pegawai
tu pun berkata,
nanti saya bincang dengan suami saya..lalau pegawai TNB
tu pun beredar
dari situ..
Keesokkan harinya, selepas si Mahphus ini di beritahu
oleh isterinya, dia
pun naik berang dan terus ambik cuti dan pergi ke kedai
TNB yg
berdekatan..
Dengan tanpa menghiraukan pegawai-pegawai TNB yg ramai di
situ, dia pun
memekik seraya berkata "Apa korang ni, isteri saya
sebulan lewat pun nak
heboh2 ke dalam internet. awak ni semua yg berkeluarga
tak pernah lewat
sebulan kerrrr????!! bisness apa korang buat niii?? nak
kena saman kerr???
Lalu pegawai yg datang kerumah si Mahphus ni berdiri dan
mententeramkan
keadaan. "sabar encik, sabar encik. apa susah, kalau
cik nak settlekan
perkara ni, bayar je..." kata-kata pegawai TNB tu
membuatkan si mahphus
naik berang.
"APAAA?? nak bayar korang? belahhhh lahh...."
Lalu pegawai TNB tu pun cakap " kalau macam tu, Kita
terpaksa potong encik
punya..........."
Si Mahpus mencelah " apa??? potong??? abih tu isteri
saya di rumah nak pakai
apaaaaaa???
Pegawai TNB tu pun cakap " nampak gayanye..ISTERI
ENCIK KENA PAKAI LILIN
AJERRRLAAAAAAAA"
No comments:
Post a Comment