Kisah suami isteri


“Betul ke saudara ingin menceraikan isteri saudara?” tanya qadhi Leman pada Khairi.
‘Ya saya’ . Jawab Khairi.
“boleh beritahu mengapa?”
‘Kami sudah tidak serasi. Setiap yang dibuat, ada sahaja kesalahan yang ingin dilihat. Masing-masing seolah-olah orang lain pada yang lain. Bagi saya, lebih elok kami tinggal berasingan berbanding sekali yang macam neraka gamaknya’ hujah Khairi.
“pernah kamu lafazkan cerai pada Isteri kamu?”
‘Tidak, saya bercadang ingin lafazkan dihadapan Tuan qadhi’
“ok..sebelum tu, saya mahu kamu panggil anak-anak kamu kemari, sebelum kamu ucapkan lafaz cerai pada Isteri kamu” ..
“Tuan, ini masalah saya dan isteri saya , tolong jangan libatkan anak-anak saya”
‘Tapi bukankah mereka juga akan mendapat kesan hasil dari penceraian kamu?”…soal Qadhi Leman dengan lembut. Baginya tiada guna berkasar dengan Khairi. Seorang yang tahu hukum hakam, tetapi entah mengapa saat ini, seolah-olah diketepikan soal perasaan anak-anak yang masih dibangku sekolah. Seolah-olah penceraian mereka tidak akan menjejaskan anak-anak mereka. Seolah-olah dunia ini hanya mereka berdua sahaja.
Khairi terdiam. Tidak tahu mahu membalas. Di fikirannya tika itu, sangat serabut. Serabut kerana masalah yang dihadapi. Sebelum perkahwinan dulu, sudah ada yang menegur mengapa mahu dikahwini seorang yang sudah pasti akan sibuk sepertinya, juga doktor. Ketika itu,dia tidak banyak berfikir. Hanya mengikut naluri sahaja. “Bukan semua perkahwinan antara doktor ni hancur, ada je yang elok. Dan aku akan pastikan yang keluarga yang aku ingin bina ini keluarga contoh buat orang lain.”
Kini, setelah hampir 10 tahun dia berumah tangga, hampir dilihat semakin hari semakin tiada keserasian antara dia dan isterinya. Tidak tahu di mana silapnya. Tapi yang pasti, dihadapannya kini sama ada kehancuran atau pembinaan semula keluarganya.
“Tuan Qadhi, ini anak kami.” lembut kata-kata Zahrah.
” Adik, meh sini, duduk kat sebelah pakcik , pakcik nak tanya sikit.” tiba-tiba Qadhi Leman berubah menjadi peramah dan mesra sedangkan ketika berurusan dengan Khairi dan Zahrah tadi, ucapannya tidak selembut ini.
“Adik ni nama siapa” soal Qadhi Leman .
” Nama saya Umar.”
“Umar sekolah darjah berapa?”
“Sekarang ni darjah 3.”
“Umar, pakcik nak tanya, kalau mama dan abah umar bercerai, umar nak tinggal dengan siapa?Dengan abah ke dengan mama?” …
‘Abah, cerai tu ape?’ umar bertanya pada ayahnya. Khairi tertunduk diajukan soalan tersebut oleh anaknya yang masih tidak tahu apa-apa. Hampir hancur perasaannya bila diajukan soalan tersebut oleh anaknya sendiri.Setelah tiada respon dari ayahnya, umar terus mengajukan soalan tersebut kepada ibunya pula.
“Mama, pakcik ni cakap abah dan mama nak cerai. Cerai tu apa ma?” diajukan soalan yang sama kepada ibunya.
Zahrah juga tertunduk. Sebak dadanya ditanyakan soalan itu dari anaknya sendiri. Dalam masa yang sama, mengalir air dari matanya, tidak tahan menanggung kesedihan yang akan ditanggungnya. Suasana menjadi suram. Masing-masing hanyut dengan perasaan sendiri. Khairi , tanpa sedar, setitis demi setitis air mengalir dari matanya. Hatinya tersentuh dengan soalan anaknya. Sungguh, ‘inilah satu-satunya jantung hatiku, penyeri keluargaku selama ini. ‘ gumam hatinya.
Melihatkan ibu dan ayahnya menangis, Umar berpaling semula pada Qadhi Leman.
“Pakcik, kenapa mama dengan abah menangis?..apa maksud cerai tu pakcik?.kenapa mama dengan abah tak jawab?”
Qadhi Leman mengurut dadanya. Sungguh mentah lagi budak ini. Apakah nasibnya jika ibu bapanya bercerai. Pasti akan hancur perasaannya, dan yang lebih menakutkan, pasti akan menghancurkan mindanya. Selalunya, anak-anak yang paling mendapat kesan hasil perceraian ibu bapa. Dan masalah-masalah remaja yang membelenggu masyarakat hari ini, banyak berpunca dari hancurnya instiusi kekeluargaan. Ini analisa Qadhi Leman yang sudah hampir 25 tahun bekerja sebagai Qadhi.
Qadhi Leman menarik nafas perlahan-lahan dan menghembusnya perlahan-lahan.
“Macam ni lah khairi dan Zahrah, saya lihat , dari respon kamu berdua, kamu sangat sayang pada anak kamu ni. Dan saya juga dapat rasakan , masih ada lagi ruang kasih sayang antara kamu berdua. Juga terus terang saya katakan, bahawa saya nampak kamu ,Khairi , masih punya perasaan pada isteri kamu walaupun kamu cuba nafikan, tapi saya nampak. Dan Zahrah pun, kamu lebih faham situasi kamu. sekarang ni, bincanglah baik-baik. Kamu boleh bina hidup baru. Ketepikan ego masing-masing. Cuba terima pasangan seadanya. Terima kelemahan satu pihak seadanya. Kamu ni Khairi, kamu lelaki, dan Zahrah kamu perempuan. Kamu memang berbeza sifat, perangai dan tindakan. Tetapi, kamu ada persamaan. Iaitu sifat kasih sayang dan cinta.”
“Cuba lupakan perkara lalu, terima seadanya satu sama lain. Khairi, kamu lelaki, bukan semua kamu boleh buat. Jadi, kelemahan kamu ditampung oleh isteri kamu. Begitu juga kamu Zahrah, setiap kelemahan kamu ditampung oleh kelebihan suami kamu, jadi terimalah seadanya dia. Apa-apa perkara selepas ni, bawaklah berbincang. Jangan dipendam-pendam. Ingat , api yang membakar rumah bermula dari api yang kecil. Jadi, cuba sedaya mungkin kamu hilangkan api-api kecil tu dengan perbincangan dan penerimaan seadanya pasangan kamu. Anak kamu ni perlukan perhatian dan kasih sayang kamu berdua. Mindanya akan terganggu jika kamu bercerai. Fikirlah sebaiknya.”
Sedari itu juga, Khairi berpaling pada isterinya.
“Zahrah, abang minta maaf atas segala kesilapan dan kesalahan abang selama ni. Abang banyak buat salah. Maafkan abang”
“saya pun minta maaf pada abang untuk semua yang berlaku. zah rasa berdosa atas apa yang berlaku selama ni.”
Zahrah mencium tangan suaminya, dan ketika itu, Khairi terus memeluk isterinya sebagai tanda kemaafan diterima dan sebagai tanda kasih sayangnya yang berputik semula. Khairi bersyukur, rumahtangganya tidak runtuh. Syukurnya kerana dikekalkan rumahtangganya, dan dikurniakan anak seperti umar.
Benar, anak sebagai pengikat kasih sayang antara suami dan isteri.
Credit to: http://umaralfateh.wordpress.com 

No comments:

Post a Comment

Please Visit