Struktur kelintit/kelentit. Sumber dari wikipedia |
Kelentit adalah sama dengan bahagian berhomolog zakar , iaitu secara embriologi , organ ini berasal daripada tisu yang sama dengan zakar. Pencetus untuk membentuk zakar dan bukannya kelentit ialah tindakan hormon testosteron in utero (sila lihat klitoromegali ). Organ ini terbentuk daripada korpus kavernosum , sekumpulan tisu kapilari yang mengandungi banyak tisu saraf . Kelentit mengandungi dua kali lebih banyak penghujung saraf , berbanding dengan zakar, [1] dan adalah amat sesuai untuk perangsangan seks .
Bahagian-bahagian kelentit yang boleh dinampak terbentang dari komisur anterior — temuan pinggir kedua-dua bibir luar (labia majora ) di pangkal bonggol pubik — sehingga furset (fourchette), dan termasuk glans, tukup, serta bibir dalam (labia minora ). [2] Labia majora tidak dianggap sebagai sebahagian kelentit. Glans klitoris dilitupi pada keseluruhan atau sebahagiannya oleh tukup klitoris (atau prepus ), tisu yang berhomolog dengan kulit khatan jantan. Untuk manusia, jasad klitoris terbentang beberapa sentimeter ke arah atas serta ke belakang sebelum berpisah menjadi dua cabang yang dikenali sebagai krura klitoris . Dibentuk seakan-akan "V" songsang, krura-krura ini terbentang ke sekeliling dan ke bahagian dalaman labia majora . Bersama dengan komponen-komponen luaran serta dalamannya, kelentit dianggap sebagai sama saiznya dengan zakar.
Kebanyakan bahagian kelentit terselindung, dan perangsangan luaran ke atas seluruh kelentit boleh menghasilkan kebangkitan nafsu berahi yang amat kuat. Terdapat banyak perbezaan di kalangan wanita tentang betapa banyak kelentitnya terjulur dari tukup dan betapa banyaknya terselinding; ada yang dilitupi pada keseluruhannya sehingga langsung tidak dapat dinampak dan ada juga yang terdedah pada keseluruhannya. Selain itu, saiz syaf kelentit luaran mereka juga amat berbeza; ada yang sekecil seperti pemadam pensil, dan ada yang sebesar seperti sebiji anggur .
Baru-baru ini, Dr. Helen O'Connell, ahli urologi , menemui tisu erektil yang terletak di bawah glans luaran. Tisu erektil itu berpisah menjadi dua cabang 11 sentimeter , dengan lebih banyak cabang yang terletak berhampiran dengan mulut faraj. [3] Salah satu penjelasan yang dikemukakan untuk orgasma vagina adalah bahawa ia dihasilkan oleh perangsangan bahagian-bahagian dalaman kelentit semasa penembusan faraj. Bagaimanapun, sesetengah wanita mengalami kedua-dua orgasma kelentit serta orgasma faraj dan dapat membezakan antara kedua-dua ini dari segi deria rasa fizikal dan deria rasa umum yang berkait dengan setiapnya. Struktur titik G yang terletak di dalam faraj juga harus diambil kira.
Semasa kebangkitan nafsu berahi, kelentit menjadi besar apabila tisu erektilnya diisi dengan darah . Sejurus sebelum orgasma , ereksi ini sering bertambah lagi dan menarik kelentit ke atas sehingga kelentit itu kelihatan susut apabila dilihat dari luar.
Reference : http://ms.wikipedia.org/wiki/Kelentit
No comments:
Post a Comment