Kenali bentuk zakar

Keadaan dan bentuk zakar tidak sama untuk semua lelaki. Memandangkan zakar tidak bertulang, ia mudah dibentuk atau diluruskan secara sederhana tanpa menyakitkan.
Zakar yang kedudukannya tidak sehala ketika ereksi, seperti melengkung ke kiri, kanan, atas atau bawah secara sederhana, ia boleh diluruskan sama ada oleh lelaki itu atau pasangannya untuk dimasukkan ke dalam faraj dengan mudah.

Lain pula jika proses meluruskan zakar yang ereksi itu menyakitkan. Mustahak untuk lelaki itu berjumpa doktor untuk membetulkan kedudukan zakar.

Jika pasangan wanita terasa sakit atau tidak selesa disebabkan ereksi berbentuk luar biasa dan sukar disalurkan ke dalamnya, tentu persetubuhan penetratif jadi hambar.

Bentuk dan keadaan zakar ketika tidak ereksi ialah melentuk dan tergantung. Bagi lelaki yang mempunyai zakar ‘mengembang’, ketika tidak ereksi ia kecil dan terbenam.



Dalam keadaan ereksi, zakar mendongak dan bahagian depan melengkung seperti huruf ‘S’. Sebahagian besar lelaki akan mendapati ereksi mereka sedikit ke kiri dan ini kerana sifat aktif otot bulbocavernosus (otot yang menampung pangkal zakar) kiri yang tegang dan membuatkan ereksi menghala sedikit ke kiri.

Posisi, kedudukan dan bentuk zakar berubah apabila ada parutan dalam otot zakar atau selaput tisu pengembang zakar menebal dan situasi ini dikenali sebagai penyakit Peyronie.



Jika zakar berbentuk luar biasa itu yang disebabkan parutan atau tisu pembalut otot menebal diurut, ia akan memudaratkan masalah sedia ada.

Kaedah mengurut atau menarik zakar tanpa kawalan dan pengawasan boleh merosakkan zakar. Tiada ubat, minyak atau krim urutan dapat membetulkannya. Anda perlu rujuk doktor untuk pemeriksaan.

Ada bermacam-macam bentuk zakar itu, ada yang tetap besar walau ia lembik dan dipanggil sebagai Zakar Jerung dan ada juga yang kecil semasa lembik dan dipanggil Zakar Lintah. Kedua-dua jenis ini sama sahaja baiknya kerana yang penting ialah ketika ia tegang. Zakar lintah ini lebih sihat kerana ia berfungsi dengan cara yang normal dan pembuluhnya tidak menyekat aliran darah.

Apabila tegang pula ada zakar yang mendongak ke atas, ada zakar yang tunduk ke bawah, ada yang lurus betul dan ada juga yang bengkok ke kiri atau ke kanan. Yang lurus betul adalah yang paling baik kerana ketegangannya seimbang.




Bentuk batang zakar dan kepalanya juga berbeza-beza, ada yang batangnya besar di pangkal dan kecil tirus di hujung dan ada pula yang kecil di pangkal dan besar di hujung seperti ular tedung. Zakar Ular Tedung ini adalah lebih baik.

Begitulah keadaan zakar dan bentuk-bentuknya. Apa yang penting ialah bahawa zakar itu boleh menegang. Dengan mengamalkan pelbagai posisi senggama, isteri anda akan merasakan seolah-olah zakar anda itu berbagai bentuknya.

Anggota kelamin lelaki ketika biasa, ia berkedudukan di depan. Ketika erek, kedudukannya berbeza sama ada hala ke depan, melengkung ke depan, ke kiri atau ke kanan dan jarang kali ia bengkok serta kelihatan cacat.




Jika ereksi lelaki itu bengkok sedikit, baik ke kiri atau ke kanan yang tidak sakit jika cuba diluruskan, itu menandakan ereksi lelaki itu tidak memberi masalah ketika bersama kelak.

Jika bengkok itu ketara dan menyukarkan lelaki itu apabila cuba melurus atau menghalakan ereksi ke depan, lelaki itu mengalami masalah kebengkokan zakar dan keadaan ini dikenali sebagai penyakit ‘peyronie’.

Kedudukan zakar yang melengkung ke kiri atau ke kanan mungkin akibat amalan memposisikan zakar sebegitu. Jadi, apabila zakar itu dibiarkan kedudukan begitu, ia akan berbentuk begitu.

Jarang kecederaan zakar berlaku ketika lelaki itu tidur dan zakar yang erek tertindih badan atau terhentak ke tilam dan jika kecederaan itu ketara, bahagian yang kena hentak atau bengkok itu akan membengkak dan radang dan lama-kelamaan parut timbul dan zakar kelihatan bengkok.

Masalah ini tidak dapat diatasi secara urutan kerana boleh memudaratkan lagi.

Jika anda tidak pasti keadaan zakar anda ketika erek, elok jumpa doktor untuk menjalani pemeriksaan. Jika keadaan tidak serius, anda tidak perlu buat apa-apa.

Memang posisi ereksi tidak selalu sehala, memang ada sedikit kebengkokan dan apabila anda padatkan ereksi dengan ‘mengemut’, iaitu mencengkam otot lubang najis dan lubang kencing, ereksi yang kendur atau melengkung itu kelihatan sehala.


BENTUK ZAKAR LAIN


Cendawan / Kepala Singa : bentuk zakar yang paling baik untuk memuaskan wanita ialah jenis cendawan. Kepala zakar yang jauh lebih lebar dari batang apabila betul-betul keras kelihatan garang seperti singa akan sangat memberahikan wanita yang melihatnya. Ia juga paling berkesan mengurut liang faraj dan menggesel batu merian atau titik-G dengan baik sekali. Wanita yang disetubuhi oleh zakar jenis ini selalunya cepat mencapai klimaks dan merasakan nikmat kepuasan orgasm yang maksima! Bertuahlah anda jika mempunyai zakar jenis ini.

Pensil / Kepala Tikus : jenis ini kelihatan seperti pensil dengan ujung zakar menyempit dan membentuk tiga segi. Dari segi visual, zakar jenis ini kelihatan seperti tikus dan tidak memberahikan wanita apabila melihatnya.

Jika anda punyai zakar jenis ini, jangan khuatir kerana masih boleh diperbetulkan dengan 3 latihan berikut. Lakukan setiap latihan selama 5-minit setiap malam sebelum masuk tidur.:

Latihan # 1 : 
temukan hujung ibujari dan jari telunjuk untuk membentuk satu bulatan O. Setelah itu tempatkan zakar anda di dalam bulatan tadi. Sempitkan bulatan dan lurutkan zakar satu arah, bermula dari pangkal ke ujung zakar seolah-olah anda memerah susu. Apabila sampai ke takok zakar berhenti seketika (3 saat) sebelum meneruskan lurutan. Dengan cara ini anda menghantar darah ke ujung zakar untuk mengembangkan kepala zakar. Anda juga boleh gunakan kedua-dua belah tangan untuk lakukan latihan ini. Sapukan minyak kelapa hijau atau Minyak Lintah untuk kesan terbaik.

Latihan #2 : 
genggam dan ramas batang zakar sebelum tidur dan bila bangun pagi.

Latihan #3 : 
setelah melakukan dua latihan di atas, duduk di atas kerusi atau ujung katil dengan kaki terbuka. Pegang pangkal zakar anda dan hayun zakar anda ke kiri dan ke kanan sambil menamparkan kepala zakar anda pada bahagian dalam paha anda. Lakukan dengan tegas, tapi jangan sampai menyakitkan. Ini akan menguatkan kepala zakar, menambahkan saiz dan lama-kelamaan akan membentuk zakar jenis Cendawan / Kepala Singa. Latihan ini juga akan membuat permukaan kepala zakar lebih tahan dan tebal serta tidak mudah ngilu/geli. Dengan latihan ini anda dapat bertahan lama bila bersetubuh.



1 comment:

Please Visit