Vagina dan Dunianya : Luar dan Dalam Vagina


vagina
Wanita perlu peka terhadap kesihatan tubuh badan mereka. Untuk itu, wanita yang tua atau muda, bekerja atau suri rumah, semuanya mahukan maklumat lanjut mengenai tubuh mereka. Apabila belajar mengenai tubuh, ia melibatkan pengumpulan maklumat mengenai struktur yang unik terhadap wanita. Ini termasuklah maklumat mengenai organ seks seperti vagina, ovari dan uterus serta isu-isu seperti kehamilan, perawatan doktor dan pemeriksaan tertentu. Semua wanita sedar jika mereka sihat, ia akan memberikan kesan positif terhadap kehidupan. Mengetahui lebih lanjut mengenai tubuhnya dan kesihatannya membuatkan seseorang wanita itu lebih peka dan aktif. Ini merupakan formula penting untuk berjaya dan memenuhi segala objektif dalam hidup.
Apa itu vagina?
Vagina kamu tu sebenarnya merupakan tiub yang terhasil daripada dinding yang bergabung bersama. Dalam wanita dewasa, ia tiub sepanjang 9cm. Ia merupakan tiub berotot yang dilapisi membran nipis. Otot terdapat pada ruangan paling dalam dinding dan memberikan sokongan yang diperlukan pada dinding. Sebahagian daripada vagina melekat pada bahagian uterus yang dipanggil serviks. Serviks merupakan bahagian pembukaan uterus yang mempunyai struktur seakan buah pear, yang berfungsi menampung bayi ketika dalam kandungan.
Mana letaknya vagina?
Vagina bukannya merupakan anggota badan yang boleh kita nampak dan bersihkan semasa mandi. Kawasan tiga segi terbalik yang kamu bersihkan setiap pagi tu sebenarnya mons daripada vulva. Vagina ni kedudukannya agak tersorok daripada pandangan. Ia merupakan tiub yang memanjang ke belakang dan ke atas, yang dikelilingi oleh dinding yang memisahkan vagina daripada struktur lain berdekatan.
Apa fungsinya vagina?
Vagina menghubungkan bahagian luaran badan dan uterus. Vagina merupakan ruang yang memegang penis, iaitu organ seks lelaki semasa persetubuhan dilakukan. Apabila kamu period, darah akan keluar melalui vagina. Ia juga merupakan tempat keluarnya bayi semasa bersalin.
Bagaimana vagina terbentuk semasa dalam kandungan?
Vagina terbentuk awal semasa dalam kandungan. Sekitar kandungan berusia 7 minggu, fetus mula membentuk struktur yang menghasilkan bahan kimia. Struktur awal ini dipengaruhi oleh kromosom atau jenis genetik yang terhasil daripada ibu bapa. Bahan kimia yang dikeluarkan oleh struktur ini menentukan jenis organ seks yang akan terbentuk. Dua kromosom X akan menyebabkan tiub-tiub kecil ini membentuk organ seks wanita seperti uterus, tiub fallopio dan vagina. Sekiranya terdapat kromosom Y, organ seks lelakilah yang akan terbentuk. Sepanjang kehamilan, tiub-tiub kecil dan duktus tertutup dan terbuka sehinggalah ia menjadi organ seks dalaman. Apabila hormon seks seperti estrogen dibebaskan, struktur lain seperti kelentit mula terbentuk.
Adakah vagina diselaputi oleh kulit?
Vagina juga perlu dilindungi tapi ia taklah dilapisi oleh kulit. Kulit tu terlalu tebal dan tak sesuai. Jadi vagina dilindungi oleh membran nipis seperti selaput. Ini membuatkan vagina sangat sensitif. Cecair jernih menyerap keluar daripada lapisan ini semasa aktiviti seksual atau apabila seseorang itu menjadi ghairah. Lapisan ini mungkin mempunyai benjolan sedikit, dan ia merupakan perkara biasa yang tak perlu kamu risaukan.
Adakah kita kencing melalui vagina?
Ia mungkin kelihatan seperti kita kencing melalui vagina kerana air kencing seakan keluar daripada pembukaan vagina apabila kita kencing. Sebenarnya, kita kencing melalui pembukaan yang dipanggil urethral meatus. Urethra ini merupakan sebahagian daripada pundi kencing. Pundi kencing menampung air kencing yang datang dari buah pinggang dan membebaskan air kencing ke urethral meatus apabila seseorang itu membuang air. Urethral meatus ini selalunya tersorok dari pandangan. Mengetahui lokasi sebenarnya akan menyebabkan kamu tahu yang bagaimana jangkitan urin boleh menyebabkan jangkitan pada vagina dan begitulah sebaliknya.
 Apa itu vulva? Adakah ia sama dengan vagina?
anatomy
P/S: Gambar hanya untuk rujukan sahaja. Tiada niat lain. Harap maklum.
Vagina berbeza dengan vulva. Sementara vagina terdapat di dalam tubuh, vulva termasuklah kawasan yang dapat kamu lihat dan bersihkan setiap pagi. Vulva merupakan istilah yang digunakan untuk menamakan semua struktur luaran dan menandakan organ seks wanita dan pembiakan. Untuk memudahkan kamu, cuma ingat saja yang vulva itu organ seks luaran dan vagina pula organ seks dalaman. 
Mons - Bahagian dasar segi tiga terbalik tu dipanggil mons pubis vulva. Ia lembut kerana diperbuat daripada tisu-tisu lemak. Semakin seorang perempuan meningkat dewasa, kawasan ini akan diliputi oleh bulu-bulu kasar.
Bibir - Mons membentuk dua lipatan kulit yang dipanggil labia atau bibir. Bibir luaran yang besar dipanggil labia majora. Yang di dalam dan lebih kecil dipanggil labia minora. Untuk gadis yang semakin matang dan wanita dewasa, labia majora mereka diliputi oleh bulu-bulu kasar.

Bahagian-bahagian Vulva
Kelentit - Merupakan stuktur kecil berbonjol yang terdapat di depan vulva di mana lipatan labia minora bergabung. Kelentit sangat sensitif kerana ia mengandungi banyak penghujung saraf.
Vestibul - Ini merupakan kawasan di antara labia minora. Di sinilah terdapatnya dua bukaan:
Urethral meatus di mana merupakan laluan air kencing.
Pembukaan vagina yang membawa kepada salur vagina.
Organ-organ Seks Dalaman
Vagina, ovari dan uterus, membuatkan seorang wanita itu boleh melahirkan anak. Organ-organ seks ini berfungsi bersama agar kematangan seksual dapat dicapai. Berikut merupakan cara bagaimana ia berfungsi bersama. Otak memproses dan mengawal signal-signal ini. Dengan bantuan signal tersebut, gadis dan budak lelaki mula merasai perubahan terhadap tubuh badan mereka. Perubahan ini disebabkan bahan kimia yang dibebaskan oleh otak yang memberitahu ovari pada wanita untuk mengeluarkan bahan yang dipanggil hormon. Hormon ini dipanggil estrogen dan progesteron dan ia menyebabkan perubahan terhadap tubuh kamu. Semasa tempoh ini, gadis mula mendapati terdapat bulu-bulu pada ketiak dan payu dara mereka semakin membesar. Gadis remaja juga mungkin merasa dan berkelakuan berbeza dalam tempoh ini.
Vagina hanyalah salah satu organ seks dalaman dalam tubuh. Organ seks dalaman yang lain termasuklah:
Uterus - Struktur berbentuk pear dalam tubuh wanita ini menampung dan memberikan zat pada fetus yang membesar semasa dalam kandungan. Ia mempunyai dua bahagian iaitu: badan dan serviks. Badan merupakan bahagian yang paling besar dalam uterus yang berfungsi untuk menampung bayi semasa dalam kandungan. Serviks pula merupakan bahagian bawah uterus. Ia mempunyai pembukaan untuk bayi keluar semasa bersalin. Sebarang lelehan atau darah haid juga keluar melalui serviks dan terus menghala ke vagina.
Tiub Fallopio - Ia terdiri daripada dua tiub nipis panjangnya kira-kira 12cm yang keluar dari sisi uterus kamu. Tiub ini mempunyai struktur seakan-akan jari di hujungnya di mana ia berfungsi untuk “menangkap” telur apabila dilepaskan oleh ovari. Dalam tiub ini terdapat rerambut halus yang membantu telur-telur ini untuk bergerak dalam tiub. Apabila persetubuhan dilakukan, sperma akan bersatu dengan telur dalam tiub fallopio.
Ovari - Ovari merupakan struktur berbentuk bujur yang terletak berdekatan tiub fallopio dan uterus. Ia sangat penting untuk kematangan seksual dan keupayaan untuk hamil bagi seseorang wanita. Ovari menghasilkan hormon seks wanita iaitu estrogen dan ia juga menghasilkan telur-telur kamu yang diperlukan untuk kehamilan berlaku. Beratus-ratus telur dihasilkan dalam ovari kamu tapi hanya satu telur sahaja yang dilepaskan setiap bulan.


Dipetik dari www.kotex.com.my

No comments:

Post a Comment

Please Visit