kondom


Kondom (condom) bukan sahaja khusus untuk tujuan merancang keluarga malah kondom boleh menjadi bahan dalam meningkatkan mutu hubungan seks pasangan suami isteri.

Terdapat pelbagai jenis kondom dipasaran. tujuan utama kondom adalah untuk mengelak air mani lelaki dilepaskan dalam faraj wanita. Selain dari itu cecair pelicin turut disalut sekeliling kondom yang bertindak sebagai pelincir bagi memudahkan batang dimasukkan dalam faraj wanita.

Kebiasaannya kondom dibahagikan kepada dua bahagian penting iaitu kondom untuk tujuan perlindungan daripada masalah kesihatan seksual dan kondom untuk meningkatkan mutu hubungan seks.

Bagi Kondom untuk tujuan perlindungan masalah kesihatan seksual, kondom menjadi semakin penting dalam usaha mengurangkan kadar sebaran virus HIV penyebab penyakit AIDS. Perlahan-lahan kadar jangkitan AIDS meningkat dan yang pastinya wanita yang paling berisiko.

Turut ada kajian sedang dibuat sama ada ia boleh mengurangkan kadar jangkitan penyakit-penyakit lain seperti hepatitis dan virus penyebab kanser pangkal rahim.

Untuk tujuan perlindungan penyakit, semakin tebal kondom maka semakin baik perlindungan. Sebenarnya kondom daripada pengeluar yang terkemuka adalah selamat dipakai senipis mana pun ketebalan kondom. Proses pengeluaran yang mementingkan kualiti akan memastikan kondom selamat digunakan bagi tujuan perlindungan kesihatan.

Kondom untuk meningkat mutu hubungan seks adalah pelbagai. Secara asas, Semakin nipis dinding kondom, semakin sedap ia digunakan. Rungutan biasa daripada wanita tentang kondom, batang lelaki seperti sarung plastik apabila menggunakan kondom. Kasar dan tiada keaslian batang lelaki. Bagi lelaki pula menggunakan kondom, kurang merasakan kenikmatan faraj dan kawalan melambatkan mani susah dilakukan.

Kemajuan teknologi membolehkan kondom semakin nipis dan masih mengekalkan keberkesanan kondom untuk mencecah kehamilan dan penyakit. Kondom yang nipis kini mendapat pujian yang baik. Wanita menyatakan kondom yang nipis dirasakan seperti tidak dipakai oleh lelaki.

Malah penggunaan kondom nipis oleh lelaki akan memberikan kesan pengawalan keluar air mani yang baik kepada lelaki. Kenikmatan faraj akan lebih dirasa tetapi kawalan air mani adalah lebih baik kerana cecair faraj tidak terkena batang zakar yang lagi menaikkan nikmat dan mencepatkan pengeluaran air mani. Dengan merasakan nikmat faraj akan memudahkan lelaki mengawal air mani daripada keluar dengan cepat.
Untuk menambahkan lagi nikmat hubungan suami isteri, terdapat kondom yang dindingnya ditambah dengan corak dan bonjolan khusus. Ada kondom dengan dindingnya mempunyai bentuk jalur-jalur mengeliling kondom dan juga kondom mempunyai bonjolan-bonjolan kecil sekeliling kondom. Bentuk-bentuk ini dikatakan dapat membantu dalam meningkatkan kenikmatan hubungan seks bagi wanita dan juga lelaki.

Ianya bergantung kepada individu. Kebanyakan yang ditanya menyatakan ada kelainan dan menambahkan lagi kenikmatan hubungan seks. Ada yang tidak merasakan sebarang perubahan. Tidak salah untuk mencuba.

Satu jenis kondom yang direka bentuk seperti cengkeram siput dikatakan paling mendatangkan nikmat hubungan seks. Terdapat pelbagai jenis kondom lagi yang bertujuan menimbulkan keseronokan dalam hubungan seks. Antaranya kondom dengan perasa dan pewarna.

Kondom dihasilkan dengan susu getah (latex). Ada wanita atau lelaki sensitif dengan latex. Terdapat kondom khusus untuk anda yang sensitif dengan latex atau bahan pembunuh sperma. Dapatkan nasihat ahli farmasi yang mana sesuai untuk anda.

Selain kondom, gel air sebagai pelincir turut ada dijual. Ini membantu kepada pasangan yang merancang untuk bersama berulang kali. Penggunaan gel air yang disapu sekeliling kondom dapat membantu batang masuk ke dalam faraj. Sifat gel air yang tidak mengering maka ia dapat mengelakkan bibir faraj melecet.

Perkara-perkara penting mengenai kondom :_

(1) Pakai kondom sebelum batang dimasukkan ke dalam faraj wanita. Jika dimasukkan dahulu selalunya rasa ingin memakainya akan dilupakan apabila kenikmatan hubungan seks sudah dirasa. Terutama kepada suami isteri yang merancang keluarga, hari-hari berikut perlu dijaga

(2) Berhati-hati jangan terkena kuku sewaktu memakai dan menggunakan kondom. Kuku yang tajam boleh membocorkan kondom. Kondom adalah anjal dan susah bocor tetapi kuku tajam boleh membocornya. Sebaiknya potong dan asah kuku. Kuku yang tumpul turut membantu dalam mencari G-spot dalam faraj wanita.

(3) Sekiranya menggunakan kondom yang ada perasa dan kondom itu dirasa dengan mulut, maka anda perlu tahu gigi boleh membocorkan kondom. Tukarkan dengan yang baru untuk tujuan berhati-hati.

(4) Pastikan hujung kondom dipicit sewaktu memakai kondom. Ini untuk mengelakkan wujudnya ruang udara. Adakala ruang udara ini akan menimbulkan rasa tidak selesa kepada lelaki.

(5) Selepas air mani dipancut. Pegang kondom di pangkal batang zakar dan tarik perlahan-lahan. Dengan cara ini kondom tidak tertanggal dari batang zakar dan tertinggal dalam faraj wanita.

(6) Jangan buang kondom dalam lubang tandas. Kondom tidak mudah mereput. Balutkan dengan tisu dan buang dalam tong sampah.

No comments:

Post a Comment

Please Visit