untuk pasangan baru


Jangka masa bersama hubungan seks adalah dalam jangkaan setengah jam. Foreplay atau pemanasan adalah 15 minit. 5 minit untuk suami berada dalam isteri dan baki masa selepas adalah untuk membelai, memuji, dan mengucapkan kasih sayang dan cinta.

Suami akan risaukan kemampuan yang 5 minit, sama ada boleh bertahan atau tidak.
Isteri pentingkan pemanasan dan yang paling penting selepas hubungan seks.

Bagi isteri, 5 minit itu juga penting akan tetapi bagaimana ia dicapai tidak berapa penting. Tidak semestinya batang zakar sahaja untuk memuaskannya. Sekiranya suami ada masalah untuk kekalkan kemampuan 5 minit, ada cara lain. Belaian lembut jari basah suami dan sentuhan lidah adalah antaranya.

5 minit itu pun adalah ukuran panduan. Pemanasan yang baik dan merangsangkan, lagi memendekkan masa isteri untuk mencapai klimak.

Daripada segi biologi manusia. Lelaki hendakkan seks untuk meneruskan zuriatnya dan gunakan kasih sayang dan cinta untuk mendapatkannya. Dan lelaki memerlukan wanita untuk mengandung dan membesarkan zuriatnya.

Wanita gunakan seks untuk mendapatkan kasih sayang dan cinta, dan juga untuk mendapatkan perlindungan dan sokongan. Zuriat yang lahir darinya itu adalah perlindungan dan sokongannya kemudian hari. Itu biologi.

Suami dan isteri perlu melihat perbezaan keperluan seks bagi lelaki dan wanita agar tidak timbul salah faham. Jangan nanti timbul krisis apabila

Suami tersinggung, isteri menolak seks kerana sakit kepala atau penat.
atau isteri berkata "suami hendak itu aje..."


Ambil jalan tengah, kompromi dan saling memahami. Jika suami hendak, dan isteri tidak sihat. Tidak salah suami lepaskan atas perut. Yang penting isteri dapat belai dan rangsang suami. Hisapan pada puting suami sudah merangsangkan. Suami pun terima dahulu air mani dilepaskan atas perut sehingga isteri sihat. Isteri jangan biarkan suami melancap sendiri puaskan dirinya. Isteri patutnya puaskan suami dengan tangan sendiri atau belaian tangan atau ciuman di tempat sensitif.

Dan isteri, bila suami hendak sahaja, bukan suami boleh tahan-tahan kehendaknya. Itu biologi lelaki, lagi-lagi selepas dia keluar rumah pergi bekerja dengan pelbagai godaan luar, suami pasti terangsang. Jika isteri bekerja, sibuk dan penat, Buat jadual tetap. Pilih hari yang sesuai. Dan bila tiba harinya. Puaskan kehendaknya cukup-cukup. Bila suami tahu ada hari yang dia pasti keperluan seks dapat dipuaskan, kawalan dirinya akan lebih teratur.

Suami pun perlulah memahami. Bagi isteri, seks ini memenatkan. Isteri memerlukan tenaga yang banyak untuk puas dan menikmati seks. Kesediaan dan keselesaan itu penting baginya. Isteri hendak berikan yang terbaik untuk suami, jika isteri bekerja, sibuk dan penat, dia tidak mahu tidak dapat berikan yang sepatutnya.

Suami buat jadual tetap dengan isteri. Kawal diri dan ikut jadual. Akan tetapi jadual boleh berubah-rubah. Pada hari minggu subur boleh minta lebih. Pada minggu datang bulan, memang tidak boleh lebih. Lepaskan sahaja atas perut isteri. :)

Awal perkhawinan terutamanya suami isteri muda, hubungan seks itu memang kerap, 2 atau 3 kali seminggu. Semakin lama usia perkhawinan sejajar dengan usia, terutama bila sudah ada anak-anak kekerapan berkurangan, mungkin seminggu sekali atau dua minggu sekali. Lagi lama usia perkhawinan dan membesarkan anak-anak semakin mencabar, mungkin sebulan sekali.

Jika suami atau isteri rasa kekurangan dengan perubahan yang memang wujud dalam mana-mana perkhawinan, bawalah berbincang. Bila melakukan hubungan seks, buatlah yang paling best dan paling diingat. Bak kata, untuk bekalan sebulan.

Hubungan seks memerlukan persediaan. Persediaan perlu bermula daripada awal hari membawa ke malam.

No comments:

Post a Comment

Please Visit