seks dan kesihatan


Dengan perasaan kasih sayang dan cinta, faedah hubungan seks akan meningkat dengan berganda. Dua puluh minit kepada lelaki umpama bermain golf dengan memikul beg sendiri atau bagi wanita umpama lebih dua puluh minit berjalan atau berbasikal saja. Malah ia boleh diumpama seperti bermain dua permainan tenis. Begitulah gambaran senaman atau pembakaran tenaga dalam badan hasil melakukan hubungan seks selama dua puluh minit.
Kajian yang dilakukan telah mengenal pasti, kepuasan atau Klimaks yang dicapai oleh lelaki atau wanita mampu mengurangkan atau menghilangkan rasa sakit. Maka alasan sakit kepala untuk mengelak seks tidak boleh digunakan lagi. Klimaks yang dicapai oleh wanita pula dapat menghindarkan kesakitan sakit bulan (Menstrual pain). Hormon hasil kepuasan dan klimaks (climax) mendatangkan banyak faedah kepada tubuh badan manusia.
Antaranya adalah proses penuaan dapat diperlahankan (awet muda) hasil hubungan seks yang memuaskan. Peningkatan aliran darah menjadikan kulit tegang dan ini melambatkan proses kedutan.
Terdapat juga kajian di US. wanita yang melakukan hubungan seks sekurangnya sekali seminggu akan mempunyai edaran haid yang tetap dan lancar, kurang masalah kesuburan dan proses putus haid yang mudah dan lancar. Perbandingan ini dibuat dengan wanita yang kurang hubungan seks atau tiada langsung.
Kepuasan dalam seks merupakan ubat penenang bagi mengurangkan tekanan. Tekanan dapat diredakan hasil hormon yang dirembeskan selepas mencapai klimaks.

No comments:

Post a Comment

Please Visit