Luahan hati seorang suami

30hb, suami dapat gaji RM3,000.00 dan terus buat internet banking bayar bil:
  • Bil air RM30.00
  • Duit rumah RM700.00
  • Duit kereta RM700.00
  • Bil telefon suami & isteri RM200.00
  • Bil elektrik RM170.00
  • Ansuran motor RM150.00
  • Yuran tuisyen anak RM150.00
  • Serta menukarkan RM150.00 duit pecah seringgit-seringgit untuk belanja sekolah anak² bagi tempoh sebulan.
Lalu berbekalkan duit baki RM750.00 balik ke rumah, jemput isteri dari tempat kerja dan terus disambut dengan isteri satu soalan:
“Hari ini hari gaji abang kan?? Jom pergi beli barang dapur, banyak dah habis, sambil tu boleh bawa bebudak makan luarlah. Malam ni, I tak laratlah nak masak. Bebudak pun esok hari sabtu cutikan?”
Suami mengangguk lemah, terpaksa setuju demi anak dan isteri.
Disambut pula dengan anak yang bongsu, “Ayah, cikgu adik cakap hari isnin, cikgu nak RM20.00 untuk beli baju sukan yang baru.”
Isteri spontan menyampuk “Minta kat ayah. Ayah baru dapat gaji”
Sambil anak yang sulung pula mencelah, “Ayah, kakak pun nak duit RM30.00. Hari isnin nak beli buku rujukan, dah dekat nak peperiksaan ni.”
Si suami terus mengeluarkan RM50.00 untuk anak bongsu dan anak sulung. Kemudi,an bila selepas magrib berangkatlah anak beranak ke kedai untuk makan dan berbelanja barang dapur dan sebelum itu suami singgah isi minyak kereta RM50.00 langsung ke kedai makan dan makanlah anak beranak tersebut dengan bil makan berjumlah RM50.00.
Setelah itu, langsung pergi berbelanja barang dapur dengan jumlah RM250.00 untuk barang kering dan RM50.00 untuk barang basah.
Setelah semuanya selesai, pulanglah keluarga tersebut ke rumah dengan suami hanya tinggal gaji yang baru dapat pagi tadi sebanyak RM300.00 sahaja. Maka tidurlah si suami dengan mata yang terkebil-kebil mengenangkan baki duit yang tinggal hanya dalam beberapa jam sahaja dapat gaji tadi.
Keesokkannya, pagi sabtu, isteri suruh si suami belikan roti canai untuk sarapan pagi. Suami pun pergilah beli dengan modal RM5.00 dan surat khabar RM1.50. Manakala menjelang petang, si isteri dan anak-anak ajak suami jalan-jalan di pasar malam Jalan TAR sempena malam minggu. Si suami ikutkan juga dalam keadaan dilema bagi menjaga hati isteri dan anak anak.Terpaksa tambahkan lagi minyak kereta sebanyak Rm30.00.
Sampai di jalan TAR, si isteri berkenan dengan tudung bawal berharga RM15.00, minta dibelikan. Suami pun keluarkan duit bayar. Kemudian bila ke depan sedikit bahagian pakaian kanak kanak pula, nampak baju tidur anak-anak yang berharga RM15.00 sehelai. Isteri pun selamba kata
“Bang baju tidur bebudak ni pun dah lusuh. Belikan diorang yang baru ni, murah jer RM15.00″.
Suami keluarkan lagi RM30.00 untuk baju tidur anak-anak.
Lalu terus pulang ke kereta untuk balik ke rumah bersama-sama. Tetapi dalam perjalanan nak pulang, anak-anak merengek dahaga dan lapar. Minta singgah di kedai makan untuk makan malam. Si ayah kesiankan dengan rengekan anak pun singgahlah di kedai makan tomyam dan makan dengan membayar RM30.00 lagi.
Jumlah keseluruhan baki yang tinggal selepas 48 jam dapat gaji ialah RM188.50.
Esok hari Ahad. Isteri suruh pergi kedai pagi-pagi untuk belikan santan dan sedikit ikan bilis untuk masak nasi lemak sebagai sarapan pagi. Suami bermodalkan RM7.00 dan RM1.50 untuk suratkhabar. Tinggallah duit gaji genap RM180.00.
Malamnya pula, beri pada isteri RM150.00 untuk belanja makan dia di pejabat atas dasar nafkah kepada isteri tercinta.
Maka bermulalah pagi hari isnin si suami dengan berbekalkan modal baki gaji hari jumaat kelmarin sebanyak RM30.00 untuk isi minyak motor dan makan di pejabat serta menghitung hari lagi untuk ke 30hb yang akan datang sama ada sampai atau tidak?
Selang seminggu selepas itu, pada hujung minggu, isteri ajak balik kampung melawat ibu ayah dia di kampung. Suami katakan tidak ada modal. Lalu isteri menjawab dengan sinis,
“Kalau ajak balik kampung saya jer, takde duit. Kalau ajak balik kampung saya jer, abang kata takde duit. Mana pergi duit gaji abang selama ni? Takkanlah seminggu gaji dah tak berduit? Abang ada perempuan lain ke?”
Terpinga pinga suami nak dijawab, jadi perang. Nak diceritakan yang sebenar, nanti disalahkan balik.
Itulah nasib seorang suami…

6 comments:

  1. >>>>>>>> Laman Malaysia Porn <<<<<<<<

    Klik salah satu yang tidak terblokir
    * cerita.malay3gp.com
    * ceritalucahteruk.blogspot.com
    * www.jawko.com

    ReplyDelete
    Replies

Please Visit