Isteri bosan, apa pendapat anda.


Aku seorang balu dan ada 2 ank. Telah berkahwin smula hampir 3 th dgn duda 6 ank yg berumur antara 13-23 thn. 1 laki2 dan 5 pempuan. Kami sama2 penjawat awam. Setelah berkahwin,mrk semua tlh berpindah  ke rumahku krn jaraknya yg dkt ngan tmp keje. Seblm ini mrk menyewa krn rmh mrk disewakan dan jauh dr tmp keje.Kami selalu berselisih pendapat krn suami terlalu memanjakan ank2nya dan ank2nya selalu memburuk2kan aku serta tidak hormati aku. Aku selalu menegur mrk spya solat,mengaji dan membantu kerja rmh bg meringankan beban krn ada antaranya yg sudah tidak bersekolah..mrk hanya tahu tido , mkn dan keluar berfoya2 shj. Aku jg terpaksa menyara persekolah dan perbelanjaan rmhtangga kami serta ank2nya.Malahan aku jg perlu melangsaikan hutang2nya. Suami x pernah bagi duit belanja walaupun aku memintanya. Kini kami telah dikurniakan seorg ank pempuan. Susu dan upah ank pun aku yg byr.
Setiap kali aku minta, dia cakap tidak ada duit. Gajinya hanya dihabiskan utk diri dan hobinya yg suka memancing. Kekadang dia ada melakukan keje sampingan dan modalnya dikeluarkan oleh aku. Tetapi  bila dpt hasilnya pasti disorok. Setiap kali pulng ke rmh, dia akan meninggalkan dompet dan telefon bimbitnya dlm kereta krn bimbang aku akan memeriksanya..memang aku curi2 melihatnya krn dia selalu menipu terutamanya ttng wang.Dia lebih utamakan belanja kwn2 drpd keperluan ank2. Masanya bersama kami juga tiada. Rumah umpama hotel baginya. Balik hanya utk mkn, mandi dan tidur. Semua urusan aku yg uruskan. Solatnya entah ke mana.Aku jg pernah semak smsnya dan dia melanggan nombor ..
Aku rasa tertekan dgn perangainya ..apabila ditegur dia akan merajuk dan tidak pulang ke rmh hampir 2 minggu..sehinggalah aku mengajaknya pulang. Kejadian ini sudah kerap berlaku.. rasa2nya sudah 5 kali dia buat hal merajuk dan x balik...kali terakhir pada 11 Mei lalu...dan aku sudah tawar hati dgn perangainya yg kebudak2kan.

1 comment:

Please Visit