Kuasa Memulih Seks

Kuasa Memulih Seks



Kajian mendapati seks yang memuaskan, bermula daripada hubungan intim,
kasih sayang, belaian sehinggalah kepada kepuasan dan kenikmatan dapat
mengurangkan risiko pelbagai jenis penyakit. Antaranya adalah sakit
jantung, sakit kepala dan migrain, kemurungan, sakit datang bulan dan
arthritis (sakit sendi). Ia turut meningkatkan sistem pertahanan
badan, yang boleh membawa kepada pemulihan kepada banyak penyakit. 
Kuasa pemulihan seks, bukan puncanya apabila mencapai klimak seks atau
orgasm, kuasanya datang daripada hasil hubungan intim dengan pasangan.
Kuasa pemulihan seks hanya sempurna apabila ia dilakukan dengan kasih
sayang dan cinta. 

Hubungan seks mampu mengurangkan kesan stres dengan menurunkan kadar
hormon-hormon tertentu. Stres menghasilkan hormon adrenaline dan
cortisol yang meningkat rasa cemas. Hasil sampingan tidak baik hormon-
hormon ini, ianya membunuh sel-sel sistem pertahanan badan kita.
Kajian mendapati wanita yang bahagia dalam perkhawinannya mempunyai
kadar cel-cel pertahanan badan yang tinggi apabila ia dibandingkan
dengan wanita yang sebaliknya.
Satu kajian yang dilakukan di Yale mendapati, 194 pesakit sakit
jantung, mereka yang tidak mempunyai pasangan hidup di rumah, dua kali
menghadapi risiko kematian awal berbanding mereka yang mempunyai
pasangan hidup.
Kuasa pemulihan seks, adalah ubat yang penting dalam isu pengasingan
sosial, atau mereka yang hidup bersendirian. Hidup bersendirian
dikaitkan dengan pelbagai penyakit serius dan kematian awal.
Kuasa pemulihan seks adalah jarang didapati. Ia adalah kerana pasangan
begitu cepat mengalah dalam hubungan antara satu sama lain. Kuasa
pemulihan seks hanya wujud dalam kemesraan hubungan selepas empat
tahun. Banyak pasangan hanya bertahan tidak sampai tiga tahun.
Tanpa kemesraan, sebuah hubungan tidak dapat bertahan lama. Kemesraan
tidak datang dengan sendirinya. Ia perlu diadakan dengan kasih sayang
dan daya tarikan yang sejati. Ia juga perlu datang dengan cara
mengambil masa dalam hubungan sama ada dalam perbualan ataupun
hubungan seks.
Tiga faktor membawa kepada kuasa memulih seks dan kemesraan ini :-
Commitment. Setia. "One night stand" atau hubungan semata-mata seks
sahaja, bukanlah seks yang memulihkan. Ia memerlukan satu hububngan
yang ada makna daripada segi kasih sayang dan cinta.
Consideration. Bertimbang rasa. Hubungan mesra perlulah dikembangkan
bukan sekadar hanya di bilik tidur. Ianya perlu terus diluahkan dengan
kemesraan dan belaian, sama da dengan senyuman, sentuhan, sopan santun
dengan pasangan, memberi pujian dan tunjukkan rasa hormat kepada
pasangan.
Honesty. Kejujuran. Tiada ada rahsia yang dirahsiakan dalam hubungan
(melainkan rahsia dalam kerja). Hubungan secara penuh dengan jujur dan
percaya.

No comments:

Post a Comment

Please Visit