Kesihatan Dengan Seks


Ramai mengetahui khasiat Tongkat Ali. Satu tumbuhan herba yang kini
semakin popular sebagai bahan tambahan dalam pelbagai produk minuman.
Tongkat Ali diambil untuk satu tujuan. Seks. Tahukan anda kebaikan
seks daripada segi kesihatan? 
Melakukan hubungan seks dapat membakar tenaga, meningkatkan edaran
darah, mengurangkan kesakitan, menguatkan otot dan mencegah kemurungan
dan akan nampak muda. 
Dengan perasaan kasih sayang dan cinta, faedah hubungan seks akan
meningkat dengan berganda. Dua puluh minit kepada lelaki umpama
bermain golf dengan memikul beg sendiri atau bagi wanita umpama lebih
dua puluh minit berjalan atau berbasikal saja. Malah ia boleh diumpama
seperti bermain dua permainan tenis. Begitulah gambaran senaman atau
pembakaran tenaga dalam badan hasil melakukan hubungan seks selama dua
puluh minit. 
Kajian yang dilakukan telah mengenal pasti, kepuasan atau Klimaks yang
dicapai oleh lelaki atau wanita mampu mengurangkan atau menghilangkan
rasa sakit. Maka alasan sakit kepala untuk mengelak seks tidak boleh
digunakan lagi. Klimaks yang dicapai oleh wanita pula dapat
menghindarkan kesakitan sakit bulan (Menstrual pain). Hormon hasil
kepuasan dan klimaks (climax) mendatangkan banyak faedah kepada tubuh
badan manusia. 
Antaranya adalah proses penuaan dapat diperlahankan (awet muda) hasil
hubungan seks yang memuaskan. Peningkatan aliran darah menjadikan
kulit tegang dan ini melambatkan proses kedutan. 
Terdapat juga kajian di US. wanita yang melakukan hubungan seks
sekurangnya sekali seminggu akan mempunyai edaran haid yang tetap dan
lancar, kurang masalah kesuburan dan proses putus haid yang mudah dan
lancar. Perbandingan ini dibuat dengan wanita yang kurang hubungan
seks atau tiada langsung. 
Kepuasan dalam seks merupakan ubat penenang bagi mengurangkan tekanan.
Tekanan dapat diredakan hasil hormon yang dirembeskan selepas mencapai
klimaks. 

No comments:

Post a Comment

Please Visit