Kes kecurangan pasangan

Statistik penceraian di Malaysia menunjukkan satu angka yang membimbangkan diaman setiap 15 minit akan ada 1 orang rakyat Malaysia yang akan bercerai. Mengikut data yang aried perolehi, statistik penceraian bermula dari tahun 2000 iaitu seramai 13k, dan terus meningkat sehingga tahun 2011 ini yang mungkin sudah mencapai hampir 30k kes penceraian.
Satu soalan mudah ialah kenapa ianya berlaku? Adakah kerana sudah tiada persefahaman, masalah kewangan atau apa lagi alasannya? Namun begitu satu kes yang unik dan biasa di dengar ialah kes KECURANGAN PASANGAN!

Lelaki Lebih Ramai Curang
Persoalan yang lebih baik yang perlu ditanya disini ialah “Kenapa ianya berlaku?” Adakah kerana memang lelaki jenis curang ini gatal atau adakah sebab-sebab lain? Secara peribadi, lelaki jenis gatal ini adalah sangat sedikit bilangannya dan kebanyakkan kes curang berlaku adalah kerana masalah layanan isteri dirumah.

Aried pernah mendengar beberapa kes dimana suami langsung tidak seronok berada dirumah kerana penampilan isteri yang membosankan dan jauh benar dari zaman percintaan mereka. Selain itu layanan isteri yang mungkin tidak memuaskan suami menyebabkan si suami terpaksa mencari pengganti dan berlaku curang di belakang isteri. Aried pernah membaca 1 artikel dimana ramai lelaki Kelantan kahwini perempuan melayu dari negeri jiran, Siam kerana kelembutan dan layanan mereka yang sungguh hebat pada suami. Benarkah?
Tepuk dada tanya iman, adakah anda suami yang curang atau adakah pernah anda ingin curang? Kenapa???

Perempuan Lebih Ramai Curang
Benarkah ramai isteri-isteri yang curang? Aried sebenarnya amat tertarik sekali dengan satu episode Imam Muda Musim Kedua baru-baru ini yang mana mereka telah menerima satu tugasan untuk menyelesaikan 1 kessuami isteri yang mana dikatakan si isteri telah berlaku curang dengan suaminya dan lebih teruk lagi apabila si suami menolak anak yang dilahirkan isterinya itu adalah bukan anak dari darah dagingnya tetapi adalah hasil hubungan sulit isterinya dengan sahabatnya sendiri.

Sungguh, konflik diantara  pasangan dalam episode itu sangat sukar untuk kita ketahui. Namun begitu, soalannya adalah “Adakah isteri curang kerana si suami curang?” Adakah dengan perbuatan balas membalas itu dapat menyelesaikan masalah?
Tidak. Itulah jawapan pastinya. Namun kenapa masih banyak kes yang berlaku sebegini?
Ada juga kes dimana si isteri curang apabila si suami mula bernikah dua. Baginya, kenapa jika suaminya boleh maka dia tidak boleh? Sudah tentu tidak boleh kerana suami anda boleh berkahwin 4 tetapi tidak bagi anda. Bagi aried, jika benar suami anda telah mengambil kebahagiaan anda itu, maka jalan yang terbaik ialah bercerai walaupun cerai itu adalah perkara Halal yang paling dibenci Allah swt. Namun begitu, jika jalan itulah yang terbaik maka pilihlah jalan itu daripada anda terus melakukan dosa. Sungguh, anda yang salah kerana tindakan suami anda untuk berpoligami tidak salah jika benar-benar mampu.
Tetapi, ingatlah wahai lelaki-lelaki budiman. Jika dengan seorang isteri sahaja anda tidak mampu untuk memberikan nafkah, tidak mampu memenuhi nafkah zahir dan batin, maka janganlah anda bermimpi untuk bernikah 2,3 mahupun 4!

1 comment:

  1. Seronok cerita2 ni. Tak salahkan mereka sebab setiap wanita normal memerlukan nafkah batinnya. Bagaimana pula kalau kekuatan lelaki bermasaalah @ isteri dingin seks / terlalu kuat nafsu seks? saya nak kongsi pengalaman sebab pernah beberapa kali kena tipu oleh pengamal perubatan traditional. Saya pernah hantar kawan2 berubat berhubung masaalah lemah syahwat. Alhamdulilah kata mereka semenjak berubat dengan ustaz tu ok malahan ada yg dah mengandung pun setelah lebih tujuh tahun menikah tidak dapat cahayamata. Pengamal perubatan traditional yg saya maksudkan ialah Ustaz Adi Wijaya, guru agama di daerah Pontian yang tinggal di kg Belahan Tampok, Rengit, Batu Pahat, Johor. Saya cerita ini ikhlas, sebagai tanda kesyukuran sebab keluarga saya telah sihat dan memang saya berjanji 'kalau dia sihat saya nak membantu sesama yang memerlukan khidmat perubatan traditional agar tidak tersilap langkah'. Sempat saya rakam beberapa foto ritual perubatan beliau pada malam Jumaat Keliwon:
    http://my.opera.com/saharaaban/albums/show.dml?id=14706102
    http://www.flickr.com/photos/100007933@N06/

    ReplyDelete

Please Visit