Isteri curang: balas dendam atau tidak puas?

Baru2 ini dalam paper diberitakan tentang seorang ustazah yang ditangkap kerana berasmaradana dengan lelaki yang bukan suaminya. saya takmengikuti kes itu tapi ia adalah satu perkara serous untuk dibincangkan.
Pertamanya kerana orang itu adalah ustazah, tak kirala dia cuma ustazah pada nama atau ustazah sandaran ke, ujian utk dia ke whatever tapi sedikit sbanyak golongan begini memberi imej buruk kepada mereka2 yang berperwatakan ustazah Dan ustazah yang sebenar.
“alah ustazah bukannya baik”
“Nama je ustazah ntah2 belakang kita lagi hantu dari yang tak tutup aurat”
etc.
Yang kedua ialah dia seorang isteri yang patut tahu tanggungjawab isteri.
Tapi saya tak salahkan dia. Bila seorang wanita tu curang dengan ekstrem, maksudnya sampai sanggup buat hubungan tidak halal dengan jantan lain (bukan sekadar calling2, keluar dating makan2 je), pasti ada sesuatu yang tak normal dalam rumahtangganya.
1. Suaminya menghadapi masalah batin.
2. Suaminya pun main perempuan so dia nak balas dendam.
3. Memang jenis tak reti bersyukur Dan tak sedar diri.
Kes pertama itu fenomena biasa sebenarnya. Ramai isteri yang pura2 puas bila bersama suami, mugkin tak reti nak cakap takut jatuh maruah suaminya. Yela kalau isteri kata dia lemah batin ada lelaki tak boleh terima.
Penting sebenarnya bagi suami untuk memuaskan isteri, kerana pesan Nabi supaya suami menggauli isteri dengan sebaik2nya. Dari segi adab, tempat, masa dan juga kepuasan isteri tak boleh diambil mudah. Mungkin pasangan perlu lebih bersikap terbuka untuk berbicara soal seksual dan tidak menerima ‘kelemahan’ sebagai sesuatu yang menjatuhkan maruah sebaliknya memperbaiki ‘kelemahan’ tersebut.
Sekarang pun ramai lelaki yang mengamalkan urutan, makanan kesihatan sepertitongkat ali Dan sebagainya untuk menjaga kesihatan batin. Tak kurang juga yang mengambil ubat moden seperti Viagra etc. Kebanyakan orang memandang ini sebagai taboo, kerana masyakat kita ala2 malu2 nak membicarakan soal seks secara terbuka. Tapi buat seks haram tak segan2 pula….
Lelaki mungkin anggap kepuasan wanita tak penting, sebab mereka tak jelas bila klimaknya. Kalau lelaki tu tahulah kan bila ada itu maka dah settle lah bahagian dia. Isyarat bila isteri dah puas tu perlu difahami oleh suami. Takkan nak tunggu isteri cakap “OK cukup! Dah!”. Mungkin perbualan selepas berhubungan boleh menyingkap pengalaman seksual isteri.
Bab membalas dendam, ya memang sakit bila diduakan. Apa lagi bila suami curang senyap2, dengan wanita itu ini. Seperti kata Rossa “hey ladies, jangan mau dibilang lemah, kita jua mampu permain dan menduakan.. Bila wanita sudah beraksi dunia hancur!”. Bila semua isteri fikir macam tu, harula jadinya kan.
Membalas dendam ni tak mendatangkan faedah kepada sesiapa, malah mungkin mudarat pula. Fikirkan macamana anak2 bila ayah dan Mak keluar dating, tapi pasangannya lain2. Si suami tu memang taragunapunyaworang kalau dalam keadaan berumahtangga tu sanggup buat skandal. Susah2 sangat pakat nikah jela dengan skandal masing2.

4 comments:

  1. Seronok cerita2 ni. Tak salahkan mereka sebab setiap lelaki dan wanita normal memerlukannya. Bagaimana pula kalau kekuatan lelaki bermasaalah @ isteri dingin seks / terlalu kuat nafsu seks? saya nak kongsi pengalaman sebab pernah beberapa kali kena tipu oleh pengamal perubatan traditional. Saya pernah hantar kawan2 berubat berhubung masaalah lemah syahwat. Alhamdulilah kata mereka semenjak berubat dengan ustaz tu ok malahan ada yg dah mengandung pun setelah lebih tujuh tahun menikah tidak dapat cahayamata. Pengamal perubatan traditional yg saya maksudkan ialah Ustaz Adi Wijaya, guru agama di daerah Pontian yang tinggal di kg Belahan Tampok, Rengit, Batu Pahat, Johor. Saya cerita ini ikhlas, sebagai tanda kesyukuran sebab keluarga saya telah sihat dan memang saya berjanji 'kalau dia sihat saya nak membantu sesama yang memerlukan khidmat perubatan traditional agar tidak tersilap langkah'. Sempat saya rakam beberapa foto ritual perubatan beliau pada malam Jumaat Keliwon:
    http://my.opera.com/saharaaban/albums/show.dml?id=14706102
    http://www.flickr.com/photos/100007933@N06/

    ReplyDelete
  2. setiap manusia normal memerlukannya. tidak dapat disangkal lagi. walaupun kadangkala mengelak dari menceritakannya bukan bererti tidak mahu tetapi malu. siapa yang tidak ingin merasakan kehangatan pelukan lelaki, kelazatan sentuhan anggota-anggota tertentu yang sensitif pada zon tubuh memang luarbiasa enaknya. tidak hairanlah ustazah tu tidak dapat mengawal keinginannya kerana dia juga manusia biasa seperti kita...

    ReplyDelete
  3. betullah tu, kita boleh hidup tanpa lelaki tetapi mana mungkin
    mendapatkan kepuasan hidup tanpa lelaki. memang kita dicipta
    saling memerlukan satu sama lain...

    ReplyDelete

Please Visit