Puaskan Isteri:G spot

Telah banyak ditulis tentang G-Spot tentu ramai suami bercadang dan ingin mencuba mencari g-spot isteri masing-masing. Sentuhan kepada kelentit wanita merupakan cara yang biasa dilakukan dengan menambah sentuhan G-spot menambah lagi cita rasa hubungan seks suami isteri.

Fakta yang suami perlu tahu.

- Kedudukan g-spot ini masih lagi secara teori dan kewujudannya masih dibahaskan. G-spot belum dapat dikesan melalui peralatan perubatan kerana ia mungkin hanya himpunan hujung saraf yang sensitif.

Namun begitu maklum balas dan kajian mendapati pusat nikmat wanita g-spot ini sememangnya wujud dan boleh dicari. Ia perlukan latihan dan kerjasama suami dan isteri bagi mencapai G-spot dan menikmati seks yang memuaskan hati.

- Tidak semua wanita menyatakan rasa nikmat atas sentuhan G-spot. Suami perlu mencuba jika isteri mendapati ia satu kenikmatan dan tidak menyakitkan maka ia boleh diteruskan. Jika tidak, masih ada lagi cara lain seperi sentuhan kepada kelentit yang tentunya lagi berkesan dan mudah.



Memuaskan isteri dengan G-Spot merupakan proses akhir dalam pemanasan sebelum hubungan seks. Sebelum itu isteri perlu dirangsangkan dan dibelai. Persediaan sesebelum hubungan seks perlu dibuat.

Perkara paling penting adalah kebersihan sebelum hubungan seks. Memuaskan isteri dengan g-spot dalam artikel ini adalah dengan memasukkan jari hantu dalam faraj wanita dan mencari g-spot dengan tekanan dan gosokan lembut dan kesabaran.

Adalah penting memotong kuku dan membersihkan jari-jari dan telapak tangan agar tidak timbul rasa tidak selesa dan mungkin luka yang tidak disengajakan.



Rangsangan awal perlu bagi memastikan isteri atau wanita anda basah, atau cecair faraj atau vagina membasahi farajnya. Ia akan memastikan keselesaan sewaktu jari dimasukkan.

Bagi melicinkan usaha merangsangkan g-spot, sarungkan kondom pada jari yang akan dimasukkan ke dalam faraj isteri. Cara ini lagi selesa buat isteri dan tambahan gel air khusus untuk hubungan seks boleh disapu dihujung kondom bagi memudahkan kemasukkan, miskipun faraj isteri telah berair.

Isteri perlu baring dengan selesa dan kangkangkan kaki seluas yang boleh. Dengan telapak tangan mengadap ke atas, perlahan-lahan masukkan jari yang dibaluti kondom tadi ke dalam faraj isteri. Jika perlu kuakkan bibir faraj agar tidak timbul rasa tidak selesa isteri.

Gerakkan jari ke dalam faraj separuh jari dan kemudian tekan dan gosokkan perlahan-lahan bahagian atas faraj menggunakan hujung jari. Biasanya kawasan Gspot adalah selaras dengan kedudukan kelentit. Kerja sama isteri adalah penting, suami perlu saling bertanya kepada isteri tekanan dan gosokkan mana yang sedap dan nikmat.

Apabila sudah dikesan maka, teruskan gosokan dan tekanan perlahan sehingga isteri anda puas. Pastikan sentiasa bertanya kepada isteri keselesaan tekanan dan gosokkan agar tidak timbul kesakitan. Kelentit jangan lupa dijilat dengan lidah untuk menambahkan lagi nikmat seks wanita. Untuk meningkatkan lagi tekanan pada g-spot, isteri boleh angkatkan badan sambil melihat apa yang suami lakukan.

No comments:

Post a Comment

Please Visit