Seks suami isteri |
Apa yang dimaksudkan disini ialah sekalipun kasih sayang yang diberikan melimpah ruah tetapi jika tidak disusuli dengan aktiviti seksual suami isteri maka tidak mustahillah hubungan yang dibna mulai hambar dan akhirnya membosankan.Kami akan memberikan beberapakan panduan berguna agar hubungan seks yang berlansung lebih bermakna.
Faham kepentingan seks dalam rumah tangga
Jangan ingat seks sesuatu yang enteng dalam rumah tangga.Hakikatnya ia mempunyai tujuan yang tersendiri iaitu memberi keturunan sekali gus menyalurkan kehendak biologi setiap pasangan yang telah memdirikan rumah tangga.
Sekiranya pasangan memahami objektif yang telah dinyatakan di atas maka secara tidak lansung mereka akan menyedari betapa pentingnya hubungan seks dalam sesebuah perkahwinan.Oleh itu,sekiranya timbul masalah maka segeralah mencari jalan penyelesaiannya.
Peranan 'pemanasan' dan 'penutup'
Bagi mencapai kepuasan yang diiginkan hubungan seks memerlukan sedikit 'pemanasan' dan 'penutup'.Pemanasan yang baik seakan membuka langkah yang lebih mudah untuk meneruskan asmara.Secara tidak langsung ia mewujudkan satu suasana yang intim dan romatic antara keduanya.
Selesai beraksi masih ada tugas yang perlu diselesaikan iaitu upacara penutup.Mudah dilakukan,hanya berikan sedikit sentuhan,ciuman dan rayuan penuh makna kepada pasangan sebagai tanda menghargai saat-saat manis yang dilalui bersama.
Berasmaralah sesuai dengan usia
Jangan sekali-sekali menharap sesuatu yang di luar kemampuan sendiri.Contohnya saat diri makin berusia maka pasti aktiviti seks sedikit lebih terjejas berbanding pasangan yang masih muda dan bertenaga.
Lantaran itu usah kecewa dengan apa yang berlaku.Seharusnya nikmati saat-saat bermakna anda bersama pasangan seadanya.Dalam masa yang sama usahakan untuk mempelajari teknik-teknik bercinta dan berasmara yang sesuai dengan usia anda dan pasangan.Tentu lebih menyeronokkan.
Komunikasi seks yang berkesan
Suami atau isteri perlu terbuka untuk membicarakan perihal seks.Inilah yang disebutkan sebagai komunikasi seks yang berjaya apabila keduanya menemui kesepakatan untuk melakukan aksi-aksi yang digemari.Dalam masa yang sama keduanya juga perlu bijak mencari jalan penyelesaian sekiranya ada masalah seksual yang timbul.
Jalinan kerjasama yang intensif
Hidup berumah tangga perlu ada kesepakatan dan sikap saling bekerjasama.Bukan setakat menyelesaikan kerja-kerja rumah malah 'aktiviti' di bilik tidur juga perlu ada kerjasama.Sebagai contoh,sekiranya nafsu syahwat suami sudah memuncak tetapi isteri masih terawang-awang maka suaminya sebenarnya bertanggunjawab untuk membuatkan isteri merasai sebagaimana yang dirasai ketika itu.
Elakkan bersikap ego atau terlalu memikirkan diri sendiri.Secara tidak langsung,cara ini memberi latihan kepada pasangan untuk mengetahui titik sensual masing-masing selain mempraktikkan teknik-teknik baru yang mungkin membantu untuk menambah kenikmatan ketika bersama.
No comments:
Post a Comment