Showing posts with label membelai batang lelaki. Show all posts
Showing posts with label membelai batang lelaki. Show all posts

Cerita : Lelaki yang tidak layak digelar SUAMI


1. Sepanjang pertunangan, dia tidak pernah ajak berbincang cara nak bentuk keluarga solehah. Tetapi, asyik fikir mana nak bulan madu. Nak buat teknik macam2. Saya putuskan pertunangan kerana merasakan dia tidak boleh bimbing saya soal agama.

2. Malam pertama saya berendam airmata kerana suami melarikan diri selepas akad nikah. Dia bergaduh dengan ibubapa saya kerana soal wang hantaran dan mas kahwin. Malam itu, dia keluar kononnya nak pergi beli rokok, tetapi sampai subuh tak pulang. Kami bercerai 3 bulan kemudian.

3. Selepas 3 bulan nikah baru saya berpeluang ikut suami yang bertugas di Sabah. Saya hairan tengok rumahnya nampak kemas dan berhias cantik.Apabila saya gelidah satu almari di bilik tetamu, penuh baju perempuan.Puas ditanya baru dia mengaku selama ini dia duduk serumah dengan kekasihnya. Saya lari balik Semenanjung. Dia tidak pujuk. Lepas pantang saya terima surat cerai. Dia tidak pernah tahu macam mana rupa anaknya.

4. Beli cincin pertunangan duit saya, belanja hantaran pun duit saya.Sekarang duit ansuran rumah, kereta, susu anak, belanja dapur semua di bahu saya. Dia cuma beri "benih" sahaja.

5. Suami mahu anak ramai dan tidak benarkan saya makan pil. Tetapi, belum pernah sekali pun dia mahu bangun malam buat susu anak/tukar lampin. Kalau alasan penat di pejabat, saya pun bekerja juga.

6. Bapa tak pernah mengajar saya sembahyang dan puasa. Suami pun sama juga. Terpulanglah kepada saya nak dalami ilmu agama sendiri.

7. Ramai menuduh saya jahat apabila bercerai dahulu. Bekas suami memang nampak warak, tetapi siapa pun tidak tahu saya merana kerana suami mahu seks tiap2 malam dan suka liwat saya.

9. Suami tetap 'mahu' walaupun ketika saya datang bulan. Jika tidak dituruti dia mengancam mahu cari perempuan lain.

10. Saya dipukul suami ketika mengandung anak kedua dahulu kerana saya tidak mahu beri dia duit yang saya kumpul untuk belanja bersalin. Dia penganggur dan gila main muzik sahaja. Duit tu dia nak beli gitar.

11. Bekas suami saya dahulu memang kacak, kaya dan berkedudukan. Namun, saya lebih rela bercerai kerana dia ketagih hubungan seks sesama jenis.

12. Saya rasa benar-benar terhina kerana suami mengabaikan keluarga apabila asyik bercinta dengan "maknyah".

13. Hancur hati saya apabila terserempak suami memakai coli dan seluar dalam saya... Rupa2nya dahulu dia "maknyah" dan berkahwin dengan saya kerana menuruti kehendak emaknya.

14. Suami tidak pernah azan atau qamatkan kedua-dua anak kami sebaik sahaja dilahirkan dahulu.

15. Suami tidak mengaku anak lelaki bongsu zuriatnya, walaupun muka si anak 99.9% muka dia. Semua kerana suami cemburu sangat pada bos saya. Biarlah dia terus menfitnah saya kalau itu memberi kepuasan kepadanya.

16. Saya dah tak larat menasihati suami supaya sembahyang. Bulan puasa dia suruh saya masak macam biasa. Anak2 keliru melihat gelagat bapa mereka. Saya didik lain, si bapa tunjuk "contoh" lain.

17. Apabila marah, suami suka mengungkit setiap sen yang dibelanjaa untuk saya, sampaikan tambang haji saya ke Makkah yang dia bayarkan 3 tahun dahulu masih terus diungkit setiapkali bergaduh..

18. Suami tetap mahu saya masak macam biasa, hubungan seks 2-3 x seminggu dan rumah tidak boleh bersepah... walaupun saya sedang sarat mengandung..

19. Setiap kali mengandung, pandai2lah saya berjimat cermat untuk belanja bersalin. Apabila dah sampai waktu nak beranak, kemas kain baju sendiri, tahan teksi, pergi hospital sendiri. Jika nasib baik, suami jemput, kalau tidak pandai2lah saya balik rumah dengan anak.

20. Memang saya bengkak kerana suami sanggup memaki hamun saya depan anak kerana tidak memandu berhati2 sehingga kemalangan dan merosakkan kereta kesayangannya.

21. Siapa tidak sayang emak. Tetapi, saya tidak boleh tahan kalau suami sanggup bergolok-bergadai semata2 mahu penuhi hajat emaknya yg berselera besar. Duit gajinya tak pernah cukup sebab bayar hutang kad. Terpaksalah saya menyara anak2.

22. Kalau anak nak minta duit beli buku sekolah, suami asyik kata 'takde duit'. Kalau nak beli joran dan umpan, ada pula. Saya perhatikan saja gelagat. Nak tengok sampai setakat mana 'lemaknya'.

23. Suami gila beli nombor ekor. Biasanya, dia suka tulis angka 1-10,letak di dalam mangkuk buat cabutan. lepas tu kalau ada nombor yg mengena, 2-3 hari tak keluar bawak teksi.

24. Tabiat suami saya memang pelik. Kalau ada masalah saja mesti cari bomoh, lepas itu tanam macam2 jenis tangkal, mesti dia nak pergi 'bersangkak' .

25. Sewaktu bercinta mmg saya tahu suami kaki judi tetapi dia berjanji nak berhenti lepas kahwin. Tak cukup gaji, barang kemas saya digadaikan. Orang datang tuntut hutang perkara biasa ~ pernah rumah kami dibaling tahi.

26. Ketika bapa meninggal dunia dulu, baru kami tahu dia ada 3 isteri lain dan anak masih kecil. Rupa2nya selama ini emak tahu arwah suka kahwin cerai di merata2 tempat. Emak tidak peduli, asal arwah tidak menganggu hidupnya.

27. 3-4 bulan suami 'hilang' itu perkara biasa. Kadang2 sampai setahun. Saya tak perlu cari kerana tahu mesti dia di Serenti. Biasanya, dia kena 'serkup' waktu tengah tarik ganja dengan kawan2.

28. Anak ke-3 kami terencat sedikit. Suami penagih kronik dan sekarang dah ada tanda2 HIV.

29. Suami saya memang warak. Sembahyang tak pernah tinggal. Tetapi, saya tidak boleh tahan panas barannya. Kalau marah, habis dibaling barang2 rumah. Kalau pukul, anak dibaling macam bola.

30. Pernah saya nasihat suami jangan suka terima rasuah. Dia degil. Mula2 cuma hamper, kemudian barang kemas. Akhir sekali duit berpuluh2 ribu. Apabila dia kena cekup polis saya nak kata apa? Terpaksalah saya sara anak sementara dia di dalam penjara.

31. Sejak berniaga, suami gila karaoke. Kononnya nak rai pelanggan. Kesudahannya dia yang sangkut dengan GRO Filipina di situ. Sekarang perniagaanya lingkup dan dia dah ikut perempuan Filipina tu balik negeri. Dengar khabar dah dapat anak luar nikah.

32. Dulu hidup kami senang juga. Tetapi, selepas suami kena buang kerja sebab ketagih dadah dan selalu ponteng kerja, terpaksalah saya kerja kilang nak sara anak2.

33. Kalau seronok beristeri muda, mengapa mesti nak banding2kan kehebatan si madu di ranjang dengan saya? Tak puas lagi menyakitkan hati saya selama ini?

34. Kami memang miskin. Saya buat macam2 benda untuk tambah pendapatan. Jualan langsung, buat kuih, jual nasi lemak, jaga anak orang, upah sembat baju kurung. Suami saya lain pula ceritanya. Malam jadi "jaga".. siang dia kerja tidur atau melangut di kedai kopi.

35. Bab duit ringgit saya tak nafikan suami memang bertanggungjawab. Saya dapat banglo besar, kereta besar, belanja mewah. Tetapi jiwa saya kering. Suami sayang anak, tetapi masih membiarkan saya melihat "gigitan cinta" perempuan lain di badannya.

36. Pakcik saya memang hebat sewaktu muda. Kacak, bijak dan kerja besar. Isteri 2-3 orang, kekasih keliling pinggang. Anak ramai. Tetapi selepas pencen, dia papa kedana sebab duit KWSP habis bayar hutang. Kesudahannya, semua isteri minta cerai dan anak lenyap. Akhirnya dia mati seorang diri di katil hospital wad kelas tiga. Jenazahnya di urus abang saya dan pihak hospital.

37. Saya bekerja, suami bekerja. Tetapi, apabila pulang dari pejabat, suami terus capai kunci motor besarnya, merambu dengan kawan2 macam orang muda... sampai tergadai Maghrib dan Isyak. Tinggallah saya di rumah sorang diri terkial-kial menguruskan anak.

38. Walaupun sudah lama masuk Islam... mandi hadas? Saya masuk Islam kerana mahu kahwin dengan suami. Tetapi dia tidak pernah sekali pun beritahu saya perlu mandi hadas selepas bersetubuh atau datang bulan. Dia sendiri pun tak pernah buat.

39. Bagi saya perkahwinan sebenarnya lebih menguntungkan lelaki kerana mereka dapat buktikan kejantanan kepada kawan2 apabila isteri hamil, dapat pengurus tetap menjaga kain baju mereka, dapat tukang masak percuma, dapat joli lebih sebab isteri juga bekerja dan bantu sara keluarga serta dapat seks halal. Isteri dapat apa? Tugas bertambah dan silap haribulan berendam airmata...

40.. Selepas 15 tahun berkahwin, rasa2nya gelaran saya sudah berubah. Dahulu 'isteri' sekarang 'pengurus anak-anak'. Hubungan dengan suami amat dingin. Kami hanya bercakap pekara penting sahaja. Hubungan seks hanya 2-3 bulan sekali. Itupun saya yang 'terhegeh-hegeh' . Saya pelik benar kerana dia bukan kaki perempuan dan memang confirm tiada isteri lain.

Seks dan Vagina



Fakta-fakta Seks dan Vagina

  • Vagina merupakan ruang yang dikelilingi oleh dinding. Biasanya, dinding-dinding ini bergabung bersama dan menghasilkan hanya satu ruang berpotensi. Ruang ini boleh memanjang dan mengembang semasa persetubuhan. Di akhir persetubuhan, dinding ini mungkin akan mengecil kembali. Sebab itulah sesetengah wanita mengadu yang mereka rasa sangat “ketat” selepas tidak bersetubuh untuk satu tempoh yang lama.
  • Beratus-ratus hujung saraf yang terdapat di vagina memberikan rasa sensasi. Tisu utama untuk sensasi rasa seksual merupakan kelentit yang berstruktur benjol yang dijumpai pada bahagian atas vulva. Ia sangat sensitif ketika dipegang dan dirangsang.
  • Vagina biasanya lembap kerana terdapatnya lelehan yang melalui serviks ke laluan vagina. Semasa terangsang, darah yang mengalir ke vagina semakin meningkat. Sensasi rasa kepenuhan mungkin dirasai di kawasan vagina. Ini disebabkan oleh kesesakan atau pengumpulan darah di kawasan tersebut. Kesesakan menyebabkan cecair meresap melalui dinding vagina. Kelenjar yang terletak di pembukaan vagina juga menghasilkan lelehan pekat yang menyediakan vagina untuk persetubuhan. Cecair dan lelehan dari kelenjar membuatkan vagina menjadi lembap dan menghalang sebarang kesakitan atau kecederaan semasa pertubuhan.
Selaput dara
Selaput dara merupakan istilah perubatan yang merujuk kepada membran vagina. Kamu mungkin telah membaca dalam novel-novel yang ia dipanggil sebagai selaput dara. Ia wujud sejak kamu lahir dan meliputi sebahagian atau sepenuhnya pembukaan vagina. Bayangkan selaput dara ini seperti penutup nipis yang menutupi sedikit mulut cawan. Biasanya akan terdapat satu lubang di tengah. Dalam beberapa kes, selaput dara mungkin menutupi keseluruhan pembukaan vagina dan mungkin memerlukan pembedahan untuk membolehkan darah haid keluar. Selaput dara biasanya elastik. Selaput dara yang masih belum pecah dikaitkan dengan kedaraan. Semasa persetubuhan buat kali pertama, selaput dara mungkin koyak dan ia akan menyebabkan pendarahan dan kesakitan.
Untuk sesetengah wanita, selaput dara mereka lebih elastik dan tidak koyak tetapi meregang hanya semasa persetubuhan. Dalam sesetengah kes, selaput dara masih kekal walaupun persetubuhan telah dilakukan. Bayangkan selaput dara seperti cincin yang boleh meregang sehingga tahap tertentu dan mungkin masih mudah koyak walaupun semasa perbuatan biasa seperti berbasikal dan ketika melakukan split. Gadis remaja mungkin cemas mengenai terkoyaknya selaput dara mereka dan kehilangan dara dalam proses tertentu tanpa melakukan persetubuhan. Ini tidak sepatutnya menghalang kamu daripada menjadi seorang yang menggemari aktiviti luar dan berseronok. Teruskan bersenam dan kekal aktif. Nikmatilah kehidupan!

Cinta Vs Nafsu


Apakah perbezaan antara cinta dan nafsu?
Tubuh kita kadangkala boleh menipu kita, menyebabkan kita rasa seolah-olah kita jatuh cinta dengan seseorang itu, walau yang sebenarnya kita cuma meminati si dia.
Apabila kita mula “jatuh cinta”, kita rasakan ia seperti cinta sebenar. Cinta memberikan maksud yang lebih mendalam yang biasanya datang dengan perhubungan lebih matang. Memanglah ada kes macam cinta romantik di mana tarikan fizikal berada di kemuncak. Kamu dan pasangan semakin gemar bersentuhan fizikal dan mula bereksperimen dan menjadi lebih ingin tahu mengenai seks. Hormon seks dan kimia dalam otak yang membuatkan kamu rasa begini. Bila ia berlaku, kamu mula merasa dorongan seksual dan mula menjadi obsesi dengan pasangan kamu.
Waktu inilah nafsu mula terasa. Kamu bernafsu bila kamu mula memikirkan untuk terlibat secara seksual dengan seorang yang lain. Nafsu memfokuskan terhadap fizikal dan seks, tidak seperti cinta di mana ia memerlukan komitmen dan keserasian yang mendalam. Apabila nafsu berkurangan, saat inilah ujian cinta sebenar akan bermula. Jika kamu menyayangi seseorang itu, tiada sebab kenapa kamu perlu terburu-buru terlibat secara seksual dengannya.

membelai batang lelaki


Batang zakar lelaki perlu dibelai bukan setakat untuk menimbulkan berahi lelaki malah untuk menjaga kesihatan dan kekuatan batang zakar lelaki.

Jangka masa seks adalah sekitar 5 minit lelaki perlu keluar masuk batang zakarnya dalam faraj wanita sehingga wanita mencapai nikmatnya. Lima minit itu adalah selepas 30 ke 45 minit belaian, foreplay dan rangsangan.

Belaian batang zakar lelaki boleh dilakukan dengan pelbagai cara.

Belaian batang zakar melalui makanan dan minuman

Yang pertama adalah, batang zakar lelaki adalah berkait dengan seluruh badan lelaki. Sihatnya tubuh badan maka sihatlah batang zakar. Batang zakar bukanlah satu anggota yang perlu dilayan berlainan. Satu badan lelaki juga perlu dibelai.

Kesihatan batang zakar lelaki bergantung kepada kesihatan. Kesihatan banyak bergantung kepada apa yang dimakan dan diminum. Jaga kesihatan agar tidak hadapi masalah kencing manis (diabetes). Diabetes boleh menyebabkan mati pucuk (impotent). Mati pucuk atau impotent bagi penghidap diabetes tidak secara mendadak. Ia mengambil masa antara 10 ke 15 tahun untuk berlaku.

Kurangkan gula dalam minum dan makanan. Makanan dan minuman sekarang terlebih manis. Jika anda tidak mahu kecewa atau hadapi masalah mati pucuk, maka jaga kesihatan dengan kurangkan gula sekarang. Mintalah air kurang manis dan gantikan kek dan kuih manis dengan buah-buahan.

Bagi penghidap diabetes. Jangan rasa tertekan. Kurangkan pengambilan gula, jangan tinggalkan rawatan perubatan, kurangkan berat badan kepada yang bersesuaian dengan usia, makan makanan yang sihat dan bersenam mampu mengawal kemungkinan mati pucuk. Bertindak awal.

Penyakit tekanan darah tinggi juga boleh mengurangkan kemampuan batang zakar lelaki untuk bertahan lama. Ini adalah kerana kemampuan batang zakar mengeras adalah berkaitan dengan aliran darah. Kencing manis dalam jangka masa panjang mengecil salur darah dan merosakkan salur darah halus. Darah tinggi pula mengganggu aliran darah yang baik ke batang zakar lelaki. Ia merupakan perkara buruk kepada batang zakar lelaki kerana tanpa aliran darah yang baik akan mengganggu kerasnya batang zakar lelaki.

Begitu juga dengan kegemukan. Lemak terutama dalam salur darah akan mula menyumbatkannya. Terutama sekali salur-salur jalur darah sekitar jantung. Ia bukan sahaja meninggikan risiko penyakit jantung, malah meninggikan risiko kemampuan lelaki bertahan lama diranjang. Nafas semakin pendek dan aktiviti biasa seks, umpama aktiviti lasak akibat jantung terlalu bekerja keras.

Bermula sekarang, kurangkan pengambilan makan berlemak terutama lemak tepu yang biasa digunakan untuk membuat makanan segera dan ringan. Lemak tepu ini yang sukar dihadamkan dan selalu menyumbatkan salur darah.

Rahsia membelai batang zakar lelaki agar sentiasa sihat adalah kesihatan lelaki itu sendiri. Makan makanan yang berkhasiat dan rendah lemak tepu. Lakukan senaman ringan setiap masa.

Tingkatkan pengambilan sayur-sayuran dan buah-buahan. Kurangkan gula dan pengambilan garam.

Sebagai penambahan asparagus dan buah pisang boleh meningkat libido lelaki. Amalan makan tongkat ali dan turut membantu dalam mengembalikan paras hormon lelaki yang hilang akibat penambahan usia. Namun begitu tongkat ali yang dimaksudkan disini bukanlah daripada minuman tongkat ali yang diwar-warkan dalam iklan. Isinya terlalu sedikit untuk mendatangkan perubahan.

Belaian batang zakar melalui senaman

Cara mudah mengetahui anda seorang lelaki mampu atau tidak bertahan lagi diranjang adalah dengan menaiki tangga satu tingkat ke atas. Sekiranya rasa mengah dan nafas sesak bermaksud anda perlu berubah dengan cepat. Jumpa doktor dan mulakan aktiviti senaman.

Senaman bagi yang tidak biasa lakukannya tidak boleh dilakukan dengan mengejut atau cepat. Ia akan menimbulkan stres yang tinggi dan mengejut. Mulakan dengan senaman mudah dan ringan.

Berjalan setiap hari selama setengah jam baik untuk jantung bermakna baik untuk kesihatan batang zakar lelaki. Ya berjalan mampu membuat jantung anda sihat dan membuat batang zakar anda pun sihat. Berjalan menambahkan lagi aliran darah dikaki. Apa yang ada antara dua kaki anda?

Senaman Kagel yang biasanya untuk wanita turut mendatangkan manfaat kepada lelaki. Ada kajian mendapati, senaman Kagel boleh menguatkan otot kawalan batang zakar yang mengawal keluarnya air mani. Ia sesuai untuk lelaki yang menghadapi masalah kawalan air kencing dan juga yang cepat pancut awal ketika melakukan hubungan seks.

Berhenti merokok dan jangan ambil arak. Kedua-dua ini merupakan perosak utama tubuh badan dan bahagian penting bagi lelaki. Batang zakar.

Jangan kebersihan sekitar batang zakar malah satu tubuh badan lelaki. Pencuci alat kelamin wanita bukan sahaja untuk wanita, malah ianya sesuai untuk lelaki. PH yang sesuai dan tindakan yang lembut membuat selepas cucian kawasan batang zakar lelaki selesa dan tidak berbau akibat peluh.

Jangan segan belilah pencuci kelamin wanita untuk kesegaran dan kesihatan batang zakar anda. Sehinggalah pihak pengeluar mahu mengeluarkan produk ini khusus untuk lelaki.

Tekanan perasaan akibat masalah batang zakar akan menekan lagi perasaan seorang lelaki. Bawa bertenang dan terima hakikat. Masalah dengan batang zakar adalah masalah semua lelaki. Mati pucuk, cepat pancut, tidak subur dan kurang nafsu seks antara masalah-masalah yang semua lelaki. Malah batang terlalu lama mengeras juga adalah masalah, lebih daripada 24 jam akan merosakkan batang zakar. Seks yang sangat kerap dan kasar juga boleh merosakkan batang zakar.

Hanya lelaki tidak mahu berkongsi sahaja dengan sesiapa. Jumpa doktor dan berceritalah dengan doktor. Kebanyakan kes boleh diselesaikan dengan mudah hanya dengan mendapatkan rundingan doktor. Buangkan rasa malu dan berjumpa dengan doktor.

Please Visit