Showing posts with label 10 Perkara yang harus dirahsiakan dari wanita. Show all posts
Showing posts with label 10 Perkara yang harus dirahsiakan dari wanita. Show all posts

Seks dan Vagina



Fakta-fakta Seks dan Vagina

  • Vagina merupakan ruang yang dikelilingi oleh dinding. Biasanya, dinding-dinding ini bergabung bersama dan menghasilkan hanya satu ruang berpotensi. Ruang ini boleh memanjang dan mengembang semasa persetubuhan. Di akhir persetubuhan, dinding ini mungkin akan mengecil kembali. Sebab itulah sesetengah wanita mengadu yang mereka rasa sangat “ketat” selepas tidak bersetubuh untuk satu tempoh yang lama.
  • Beratus-ratus hujung saraf yang terdapat di vagina memberikan rasa sensasi. Tisu utama untuk sensasi rasa seksual merupakan kelentit yang berstruktur benjol yang dijumpai pada bahagian atas vulva. Ia sangat sensitif ketika dipegang dan dirangsang.
  • Vagina biasanya lembap kerana terdapatnya lelehan yang melalui serviks ke laluan vagina. Semasa terangsang, darah yang mengalir ke vagina semakin meningkat. Sensasi rasa kepenuhan mungkin dirasai di kawasan vagina. Ini disebabkan oleh kesesakan atau pengumpulan darah di kawasan tersebut. Kesesakan menyebabkan cecair meresap melalui dinding vagina. Kelenjar yang terletak di pembukaan vagina juga menghasilkan lelehan pekat yang menyediakan vagina untuk persetubuhan. Cecair dan lelehan dari kelenjar membuatkan vagina menjadi lembap dan menghalang sebarang kesakitan atau kecederaan semasa pertubuhan.
Selaput dara
Selaput dara merupakan istilah perubatan yang merujuk kepada membran vagina. Kamu mungkin telah membaca dalam novel-novel yang ia dipanggil sebagai selaput dara. Ia wujud sejak kamu lahir dan meliputi sebahagian atau sepenuhnya pembukaan vagina. Bayangkan selaput dara ini seperti penutup nipis yang menutupi sedikit mulut cawan. Biasanya akan terdapat satu lubang di tengah. Dalam beberapa kes, selaput dara mungkin menutupi keseluruhan pembukaan vagina dan mungkin memerlukan pembedahan untuk membolehkan darah haid keluar. Selaput dara biasanya elastik. Selaput dara yang masih belum pecah dikaitkan dengan kedaraan. Semasa persetubuhan buat kali pertama, selaput dara mungkin koyak dan ia akan menyebabkan pendarahan dan kesakitan.
Untuk sesetengah wanita, selaput dara mereka lebih elastik dan tidak koyak tetapi meregang hanya semasa persetubuhan. Dalam sesetengah kes, selaput dara masih kekal walaupun persetubuhan telah dilakukan. Bayangkan selaput dara seperti cincin yang boleh meregang sehingga tahap tertentu dan mungkin masih mudah koyak walaupun semasa perbuatan biasa seperti berbasikal dan ketika melakukan split. Gadis remaja mungkin cemas mengenai terkoyaknya selaput dara mereka dan kehilangan dara dalam proses tertentu tanpa melakukan persetubuhan. Ini tidak sepatutnya menghalang kamu daripada menjadi seorang yang menggemari aktiviti luar dan berseronok. Teruskan bersenam dan kekal aktif. Nikmatilah kehidupan!

10 Perkara yang harus dirahsiakan dari wanita


10. Dia tidak disukai keluarga anda

Anda hanya memarakkan api yang sedang menyala. Sebaiknya anda
diamkan sahaja perkara itu daripada diketahui pasangan. Sementara
menunggu masalah reda, anda boleh memujuk keluarga untuk menerimanya
dengan memberitahu perkara baik tentang wanita pilihan anda itu.

9. "Saya rasa hubungan kita tidak terjamin lagi"

Wanita tertarik dengan lelaki yang penuh karisma dan keyakinan.
Andai anda sendiri berasa kurang yakin malah sesekali berasa cemburu
dengan status kerjayanya dan gajinya yang tinggi, pasti mereka mulai
menghindari anda. Jika ada perasaan sebegitu sebaiknya anda kawal
hati dengan sebaiknya. Tidak salah andai gaji mereka lebih besar
daripada anda.

8. "Saya suka dengan (nama wanita lain)"

Jangan beritahu mereka tentang isi hati anda ini lebih-lebih lagi
jika anda seorang lelaki yang mudah tertarik dengan mana-mana wanita
cantik.

7. Simpan rahsia kelemahan anda

Jika anda jenis lelaki yang takutkan labah-labah mahupun cicak,
simpan rahsia itu sebaiknya. Biarkan mereka tahu rahsia anda secara
natural iaitu sepanjang berhubungan dengan anda.

6. Bandingkan dirinya dengan teman wanita terdahulu

Wanita tidak suka dibandin-bandingkan dengan perempuan lain terutama
hal yang buruk-buruk. Jika anda berbuat begini anda sebenarnya
menempah satu hubungan yang singkat.

5. Jangan jadi `anak emak'

Beberapa kali dalam sehari anda menghubungi ibu anda? Jika
jawapannya kerap kali, sebaiknya anda kurangkan sedikit. Wanita
tidak suka merasakan seperti sedang berebut anda daripada ibu anda.
Jadi simpan rahsia diri sekemas-kemasnya.

4. Anda punyai hobi yang pelik

Anda mungkin pengumpul barangan `Transformer' atau jam antik tegar
dan menjadi teruja apabila melihat telur-telur cicak. Tetapi anda
perlu sedar, apakah mereka dapat menerima hobi pelik anda itu?
Jangan pula berlagak baik dengan memberitahu perkara sebenar kepada
mereka. Peluang untuk anda ditinggalkan adalah lebih tinggi
sebenarnya.

3. "Saya tidak berkenan awak berkawan dengan..(kawan perempuannya) "

Jangan sesekali merendah-rendahkan atau memperlekehkan teman-
temannya. Sebaiknya beritahu perkara yang baik-baik sahaja tentang
mereka. Anda baru sahaja bersama dengannnya sedangkan teman-teman
mereka telah mengenali teman wanita anda sejak sekian lama. Siapakah
yang lebih mengenali teman-teman kekasih anda itu? Pastinya anda
tidak dalam senarai di atas.

2. Anda telah melakukan sesuatu yang memalukan sebelum ini

Anda fikir inilah masa yang sesuai untuk membuktikan kejujuran
dengan mendedahkan perkara sebenar. Sebenarnya pasangan anda tetap
tidak dapat menerima bahawa diri mereka pernah diduakan. Wanita
walaupun menyatakan mereka tidak berasa apa-apa sebenarnya mereka
tebal dengan sifat dendam dan akan terus mengingati perkara itu
sampai bila-bila. Berhati-hati apabila mahu melepaskan beban yang
anda tanggung sekarang ini.

1. Anda tertarik dengan teman baiknya yang sangat seksi

Jika anda fikir teman baiknya itu kelihatan seksi, jangan beritahu
perkara sebenar walau dengan nada bergurau sekalipun. Tidak mungkin
pasangan anda berasakan itu satu gurauan, malah mereka akan berasa
marah dan terluka. Dan dalam jangkamasa panjang kepercayaan mereka
terhadap anda sedikit terhakis. Jangan sesekali fikir mereka kuat
menghadapi kenyataan anda. Hakikatnya mana-mana perempuan tidak
sekuat itu. Jadi jangan ambil risiko.

Please Visit