Showing posts with label sakit. Show all posts
Showing posts with label sakit. Show all posts

Sakit Ketika Hubungan Seks


SAKIT? Hubungan seks tidak sepatutnya menyakitkan. Seks sepatutnya menjadi hubungan batin suami isteri yang menyeronokkan, bukan sebaliknya.
Jika anda mengalami kesakitan ketika bersama suami, berhentilah kerana ia mungkin memberikan isyarat bahawa ada sesuatu yang tidak kena.
Dispareunia (dis-pa-run-ya) merupakan terma yang digunakan oleh para doktor secara eksklusif untuk wanita bagi menggambarkan masalah kesakitan ketika melakukan persetubuhan.
sakit ketika seksBagaimanapun, lelaki jangan terlalu gembira kerana ia juga boleh berlaku kepada mereka.
Walaupun anda mungkin merasakan bahawa anda sahaja yang mengalaminya, jangan terkejut! Berdasarkan kajian, lebih dua pertiga wanita mengalaminya pada satu ketika dalam hidup mereka.
Namun demikian, seperti biasa, tidak ramai wanita yang berjumpa doktor mengenai perkara ini meskipun banyak yang boleh dilakukan untuk merawatnya, sekali gus mengembalikan semula keintiman pasangan yang sebelum ini mungkin dilema.
Rasa takut dan malu menghalang wanita daripada mendapatkan bantuan perubatan.
“Aku tak normal, tiada apa yang boleh dilakukan,’’ mungkin itu yang wanita fikirkan sekalipun hakikatnya, ia sama sekali tidak benar.
Harus ditekankan di sini bahawa sakit semasa melakukan hubungan seks bukanlah sesuatu yang boleh dianggap normal. Anda juga tidak perlu hidup dengannya.
Usah bimbang. Pakar Perbidanan dan Sakit Puan, Hospital Universiti Sains Malaysia, Dr. Shah Reza Johan Noor cuba mempermudahkan kesakitan anda.
Pertama sekali, kita perlu memahami organ reproduksi kaum Hawa. Faraj merupakan satu laluan dari pangkal rahim ke permukaan luaran badan. Pangkal rahim adalah satu bahagian anatomi rahim yang sempit yang berhubungan dengan faraj.
Kawasan luaran jantina perempuan dinamakan vulva. Dua pasang lipatan berdaging dinamakan bibir luar (labium major) dan bibir dalam (labium minor) mengelilingi bukaan faraj dan uretra dan menjulur ke depan hingga ke klitoris.
Klitoris adalah bahagian atas bibir-bibir ini yang hampir sama dengan penis lelaki, mengandungi tisu erektil yang menjadi tegak apabila menerima rangsangan seksual – memberikan keseronokan dan kenikmatan semasa hubungan kelamin.

Mengapa Kesakitan Berlaku?

Kesakitan boleh dikaitkan sama ada secara fizikal mahupun emosi. Wanita akan mengalami empat fasa semasa hubungan kelamin yang secara ringkasnya dinyatakan seperti di bawah:
  1. Fasa keinginan nafsu berahi: Perasaan yang berkehendakkan kepada aktiviti hubungan kelamin.
  2. Fasa kebangkitan nafsu berahi: Perubahan fizikal terjadi di mana faraj dan vulva menjadi lembap, otot-otot faraj menjadi bertambah longgar, klitoris mengembang serta membengkak, rahim meninggi dan faraj menjadi bertambah dalam serta panjang dan melebar. “Fasa kebangkitan ini penting untuk persediaan faraj semasa menerima alat sulit lelaki (penis),’’ kata Dr. Shah Reza.
  3. Fasa puncak syahwat: Satu rangsangan kemuncak aktiviti. Otot-otot faraj dan vulva mengembang mengecut – menimbulkan keseronokan tidak terkira. Klitoris juga boleh menimbulkan rasa kemuncak
  4. Fasa resolusi/ketetapan: Faraj, rahim serta klitoris kembali ke struktur asal.
Tambahnya, jika fasa-fasa di atas tidak berlaku, hubungan kelamin menjadi satu aktiviti yang menyakitkan, tidak memberangsangkan serta mendatangkan ketidakselesaan.

Jenis-Jenis Kesakitan & Langkah-Langkah yang Perlu Diambil

Menurutnya, kesakitan semasa hubungan kelamin boleh dirasai sama ada di bahagian vulva, pembukaan faraj, di dalam faraj dan juga jauh ke dalam faraj.
Kesakitan vulva dirasai semasa tusukan penis, di permukaan luaran faraj. Kesakitan faraj pula dirasai di bahagian dalam manakala kesakitan yang jauh ke dalam boleh dirasai di belakang, pinggul, rahim dan juga pundi kencing.
Kesakitan vulva
Kesakitan dirasai apabila bahagian luar vulva disentuh yang mungkin berpunca daripada sabun, pencuci faraj, bedak ataupun penyembur sanitasi faraj yang digunakan.
Parut dan infeksi/jangkitan mungkin turut berperanan dalam menimbulkan kesakitan ini di mana vulva luka, deria rasa pula menjadi berlebihan.

Kesakitan Faraj

Kekeringan faraj: Kata Dr. Shah Reza, ini berlaku apabila faraj kering, mungkin dari kesan sampingan ubat-ubatan yang dimakan, mungkin juga kerana isteri tidak bersedia, maka fasa keinginan tersebut tidak berlaku.
Kehamilan, penyusuan badan dan awal menopaus turut mempengaruhi kelembapan semula jadi di dalam faraj.
“Pada permulaan menopaus, hormon wanita – estrogen mengurang. Akibatnya, tisu faraj menipis dan relatifnya menjadi lebih kering, menyebabkan kesakitan semasa hubungan kelamin,’’ ujar beliau.
Hormon gantian boleh diambil bagi mengurangkan penyeksaan itu.
Wanita harus berbincang dengan suami. Suami penyayang, boleh bertolak ansur serta memahami harus juga memainkan peranannya kerana hubungan sepatutnya dua hala.
Kekeringan ini boleh diatasi dengan penggunaan pelincir berasaskan air. Lubrikasi yang berasaskan minyak boleh merosakkan kondom yang mungkin dipakai sebagai kaedah mencegah kehamilan kerana lapisannya boleh melarut dan akhirnya pecah.’
Keradangan faraj seperti kegatalan, pedih, keluarnya rembesan dari faraj serta rasa panas membakar yang lazimnya disebabkan oleh kulat seperti kandidiasis, mungkin juga kerana infeksi oleh bakteria
Vaginismus: “Vaginismus diakibatkan oleh kekejangan otot-otot pada bahagian luar faraj. Kesakitan yang amat sangat berlaku pada masa permulaan tusukan yang bakal menambahkan lagi kekejangan otot-otot tersebut.
“Bagi sesetengah wanita, vaginismus biasanya berlaku pada pengalaman pertama atau malam pertama pengantin baru,’’ Dr. Shah Reza.
Antara penyebab-penyebab vaginismus:
  • Luka serta parut lama di faraj akibat kecederaan, proses kelahiran, pembedahan.
  • Kerengsaan serta keradangan dari penggunaan bahan-bahan pencuci faraj, spermisid dan alahan getah kondom.
  • Jangkitan vulva dan faraj.
Kesakitan serius di bahagian dalam faraj merupakan masalah dalaman yang serius, berlaku apabila keseluruhan organ reproduktif suami berada di dalam faraj.
  • Penyakit keradangan pelvis.
  • Masalah dengan rahim.
  • Endometriosis.
  • Ketumbuhan di kawasan pelvis.
  • Penyakit yang melibatkan pundi kecing dan juga usus.
  • Organ-organ di bahagian pelvis yang melekat-lekat sesama sendiri, mungkin angkara jangkitan atau pembedahan lampau.
  • Ketumbuhan telur reproduksi.
Pemeriksaan lanjutan fizikal perlu dijalankan manakala pemeriksaan lain seperti ultrasound melalui faraj dan juga laparoskopi, mungkin disarankan.


Berikut antara soalan-soalan yang mungkin diajukan oleh doktor semasa pemeriksaan:
  • Ciri-ciri kesakitan contohnya, darjah kesakitan, berapa lama dan di bahagian tubuh mana ia berlaku?
  • Bilakah anda berasa sakit?
  • Lain-lain simptom yang mungkin ada seperti sakit kepala, loya atau lemah, tidak bermaya?
  • Sejarah perubatan?
  • Sejarah keluarga.

Pilihan Rawatan

  • Bagi kes-kes jangkitan, rawatan dengan ubat-ubatan selalunya tidak mengecewakan.
  • Penggunaan krim atau jel membantu dalam kes-kes di mana pelincir semula jadi tidak mencukupi.
  • Latihan relaksasi berupaya mengembalikan semula kawalan otot-otot faraj.
  • Sekiranya ujian diagnostik mengesahkan kewujudan masalah fizikal seperti endometriosis, pembedahan mungkin dicadangkan oleh doktor anda.

Peranan Emosi

Ketakutan untuk mengandung boleh menghasilkan vaginismus atau mungkin timbul perasaan bersalah kerana melakukan hubungan jenis.
Ada yang takut pada penyakit tularan seks, trauma akibat kecederaan atau pengalaman berorientasikan seks sama ada rela atau paksa seperti penderaan seks kanak-kanak, diperkosa dan sumbang mahram.
Kesemua ini mengurangkan kelembapan serta lubrikasi faraj termasuklah daya keinginan,’’ Dr. Shah Reza menarik perhatian.
Nasihat beliau: “Wanita tidak harus berseorangan terseksa dengan pengalaman ini. Berbincanglah dengan para doktor, jururawat serta kaunselor bertauliah.
“Suami pula, sebagai teman hidup wanita, sepatutnyalah menunjukkan sikap memahami akan masalah yang dihadapi oleh si isteri, peka pada kesakitan tersebut dan bersama-sama mencari jalan penyelesaiannya.’’
Misal, tunggu sekurang-kurangnya enam minggu sebelum melakukan hubungan kelamin dengan isteri yang baru lepas bersalin. Kelembutan dan cumbuan yang memadai dapat memastikan kelinciran semula jadi faraj.

Cara Mengenali Penyakit Tersembunyi


1.  MATA. Bertindak balas dengan keadaan hati.
 i) Mata menjadi merah: Hati mengandungi paras toksin yang tinggi. Mata menjadi merah menandakan badan kita sedang dalam proses pembuangan toksin.
 ii) Mata menjadi kabur: Sering   berlaku   pada  waktu   pagi.Menandakan   proses penyeimbangan hati sedang berlaku.
 iii) Keluar tahi mata: Fungsi hati lemah, pembuangan toksin sedang berlaku. Ini juga menunjukkan badan mengandungi asid berlebihan.
 iv) Keluar air mata: Gangguan emosi yang bersangkut dengan hati atau bebanan kerja v)  Ketegangan mata dan kelopak . Tekanan perasaan kerana tidak puas hati atau bebanan yang berat.



2. HIDUNG. Hidung mempunyai hubungan rapat dengan paru-paru dan kerongkong.
 i) Selsema
 a. Proses pembuangan toksin di bahagian kerongkong.
 b. Badan mengandungi asid berlebihan (biasanya suhu badan meningkat).
 ii) Hidung  sebu
 a. Paru-paru mengandungi toksin yang berlebihan.
 b. Proses menyeimbangkan masalah alahan hidung.
 iii) Bersin
 a. Proses membuang toksin di bahagian kerongkong.
 b. Proses menyeimbangkan masalah alahan hidung.
 iv) Batuk
 a. Batuk keluar kahak: Proses membuang toksin di bahagian kerongkong.
 b. Batuk tanpa kahak: Paru-paru mengandungi toksin yang berlebihan.Biasanya kahak pekat keluar setepas beberapa hari memakan RG.
 c. Batuk dan berasa gatal di kerongkong: Proses membuang toksin di bahagian kerongkong dan paru-paru, biasanya berlaku pada orang yang banyak merokok atau terdedah kepada udara yang tercemar
.



3. KERONGKONG
 i) Kerongkong  kering . Proses membuang toksin sedang berlaku di seluruh badan. Ini adalah tanda bahawa  badan kita memerlukan banyak air untuk membuang toksin.
 ii) Sakit kerongkong . Seperti di atas. Paras keracunan lebih serius.



4. BIBIR . Berkaitan dengan fungsi sistem penghadaman.
 i) Bibir pucat
 a. Sistem penghadaman yang lemah.
 b. Perut mengandungi angin.
 c. Kurang darah yang disebabkan oleh sistem penghadaman yang kurang sempurna dan mengakibatkan kekurangan zat besi. Sepatutnya diperkuatkan fungsi penghadaman dahulu dengan RG sebelum memakan zat besi.
 ii) Bibir kering dan pecah Perut mengandungi banyak bahan toksin.



5. MULUT DAN LIDAH: Berkaitan dengan fungsi jantung dan sistem pengedaran darah.
 i) Lidah  atau  gusi  bengkak, sakit: Menunjukkan jantung mempunyai masalah, seperti lemak yang berlebihan, injap menjadi lemah, saluran koronari tersumbat dan lain-lain lagi.
 ii) Lidah, tisu mulut atau gusi menjadi pecah-pecah (ulser): Menandakan darah mengandungi asid berlebihan.
 iii) Mulut berbau busuk. Proses penyeimbangan fungsi perut untuk pembuangan toksin.



6. TELINGA: Berkaitan dengan buah pinggang.
 i) Telinga terasa tersumbat: Buah pinggang mengandungi toksin berlebihan.
 ii) Telinga  berdengung: Sedang merawat buah pinggang yang lemah.Biasanya tapak kaki terasa sakit ketika bangun pagi dan sakit itu hilang setelah berjalan-jalan.



B. KULIT
 1. PELUH
 i) Peluh masin : Badan mengandungi lebihan asid urik.
 ii) Peluh berbau: Badan menyingkirkan toksin melalui perpeluhan.



 2. RUAM DAN BISUL: Badan menyingkirkan toksin yang berlemak dan toksin yang tidak larut dalam air.


3. KULIT GATAL DENGAN RUAM: Proses menyingkirkan toksin melalui kulit akibat terlalu banyak memakan ubat yang mengandungi bahan kimia.


 4. KULIT PECAH DAN BERAIR: Proses pembuangan toksin yang larut dalam air.Sapukan serbuk Ganoderma pada kulit berkenaan.


5. RAMBUT GUGUR: Menandakan fungsi buah pinggang yang lemah. Selepas proses gugur, rambut akan tumbuh semula dengan lebih sihat dan subur.


C. SENDI-SENDI, TANGAN DAN KAKI
 1. SENDI SAKIT
 i) Rasa panas. Menunjukkan terdapat luka di bahagian sendi berkenaan dan tanda- tanda penyakit pirai (gout).
 ii) Tidak rasa  panas Tanda-tanda sakit lenguh (rheumatism) .
 iii) Sakit di bahagian bahu. Menandakan saluran darah telah menjadi keras dan fungsi metabolisme tidak seimbang.



 2. KEBAS TANGAN. Pengaliran darah di bahagian atas badan tidak lancar.


3. KEBAS TANGAN KIRI DAN LENGAN. Tanda-tanda lemah atau sakit jantung.Jika rasa kebas menjadi sakit di bahagian lengan dan kekal di sana, ini menandakan serangan sakit jantung mungkin berlaku.


4. KEBAS KAKI. Pengaliran darah di bahagian bawah badan tidak lancar.


5. SAKIT TAPAK KAKI. Menandakan buah pinggang lemah.  Biasanya disebabkan oleh kekurangan senaman dan duduk terlalu lama.


6. SAKIT TUMIT KAKI. Menunjukkan kelemahan fungsi alat kelamin.


7. RASA PANAS DI TAPAK KAKI. Penyeimbangan fungsi buah pinggang akibat lemah tenaga batin.


8. GATAL DI CELAH-CELAH JARI KAKI. Menunjukkan tanda awal penyakit kaki busuk (Hong Kong Foot).

2. TANDA-TANDA DALAMAN
 A. KEPALA . Secara amnya, segala tindak balas yang berlaku di bahagian kepala mempunyai kaitan dengan sistem pengaliran darah, jantung dan saraf otak.



PENING/SAKIT DI BAHAGIAN DEPAN KEPALA
 Menandakan sakit tekanan jiwa (neurosis) akibat bebanan mental dan banyak berfikir.



PENING/SAKIT DI BAHAGIAN BELAKANG KEPALA
 i) Bahagian  atas . Menunjukkan penyakit tekanan darah tinggi.
 ii) Bahagian  bawah  (tengkuk) . Menunjukkan penyakit tekanan darah tinggi atau tekanan darah



SAKIT KEPALA DAN RASA GAS KELUAR DARI TELINGA
 Menandakan penyakit migrain.



BISUL TERJADI DI KEPALA
 Tanda pembuangan toksin sedang berlaku. Kadang-kadang dikaitkan dengan penyakit migrain.



RASA PENING YANG MEMUSING
Tanda kurang darah atau pengaliran darah tidak lancar.



LOYA/MUNTAH . Tanda penyakit lelah. Pembuangan bahan toksik dari bahagian perut.


MUNTAH DARAH
 i) Darah  merah : Pembuangan tisu yang sudah rosak di bahagian kerongkong dan
 ii) Darah  hitam: Pembuangan tisu yang sudah rosak di bahagian perut;misalnya penyakit ulser.



LIDAH RASA TEGANG DAN PENDEK . Tanda sakit jantung.


KELUAR AIR LIUR YANG PEKAT . Proses pembuangan toksin dari kerongkong akibatjangkitan kuman


KENCING KERAP : Menunjukkan  buah  pinggang  mengandungi kotoran


AIR KENCING BERKAPUR : Menunjukkan penyakit batu karang dalam buah pinggang.


AIR KENCING BERMINYAK : Menunjukkan buah pinggang mengandungi kotoran berlemak.


AIR KENCING PEKAT BERWARNA COKLAT : Menandakan proses pembuangan toksin sedang berlaku.


AIR KENCING BERDARAH : Penyakit batu karang atau buah pinggang luka.


CIRIT-BIRIT/ KERAP BUANG AIR BESAR : Membersihkan kotoran/ keracunan dari usus besar. Cirit-birit dengan serta merta selepas memakan RG,
menandakan penyakit barah di bahagian usus besar.



SEMBELIT: Membersihkan toksin dari usus kecil.


 NAJIS BERDARAH
 i) Darah  merah : Masalah penyakit buasir atau barah di bahagian usus.
 ii) Darah hitam: Masalah penyakit ulser perut.



NAJIS BERWARNA HITAM: Menunjukkan proses pembuangan toksin di bahagian usus


 BADAN RASA SAKIT: Secara amnya, segala kesakitan badan adalah disebabkan saluran
 i) Sakit menyucuk : Proses menyeimbangkan urat saraf.
 ii) Sakit sengal: Menandakan luka di dalam badan.
 iii) Sakit menyentap: Proses menyeimbangkan urat saraf yang berkaitan dengan organ- organ badan.
 iv) Sakit menegang : Proses melancarkan pengaliran darah.



BADAN TERASA BERAT/ MALAS/ LENGUH . Badan mengandungi asid yang berlebihan. Proses penyeimbangan


BADAN TERASA PANAS. Badan mengandungi asid yang berlebihan. Ini menandakan badan memerlukan banyak air untuk menjalankan proses pembuangan toksin.


BADAN TERASA RINGAN: Menandakan badan segar dan proses awet muda sedang berlaku.


RASA TAKUT MENGEJUT: Lemah fungsi buah pinggang. Tenaga batin lemah.


CEPAT NAIK DARAH/MARAH: Fungsi hati lemah. Tekanan darah tinggi.


RASA BIMBANG DAN TAKUT: Sistem paru-paru yang lemah.


RASA SERONOK ATAU BIMBANG TANPA SEBAB:
 i) Sistem jantung yang lemah.
 ii) Sistem saraf otak yang lemah.
 iii) Masalah pengaliran darah.

Please Visit