Showing posts with label cabaran hubungan seks diawal perkahwinan. Show all posts
Showing posts with label cabaran hubungan seks diawal perkahwinan. Show all posts

Hubungan seks yang hebat

Terdapat pelbagai cara untuk menghangatkan lagi hubungan seks antara suami isteri. Jadi dibawah saya senarai 10 cara untuk menghangatkan lagu hubungan seks kamu dan pasangan kamu. InsyaALLAH.
  1. Suami: Seks yang hebat bermula didapur :-). Bantu isteri kamu membasuh pinggan, buang sampah dan biarkan isteri kamu berehat. Buat agar dirinya terasa seperti dihargai. Hubungan seks akan lebih romantik jika si dia tidak kepenatan.
  2. Isteri: Beritahu pasangan kamu apa yang kamu inginkan. Kebanyakkan lelaki tidak pandai membaca fikiran dan kemahuan wanita. Jadi beritahu si dia dengan lemah lembut dan penuh godaan :-).
  3. Suami: Ambil masa! Seks adalah keseronokkan, relaks, kegembiraan dan cinta. Seks bukanlah pertandingan lumba lari 100 meter. Cepat mula dan cepat habis. Bermula dengan perlahan, perlahan-lahan mendaki bukit dan habiskannya dengan satu kenikmatan yang sentiasa diingati oleh si dia. Pasangkan lagu berentak perlahan dan perlahan-lahan mengurut belakang badan si dia. Panas!!!
  4. Isteri: Cari masa! Adakah hubungan seks adalah perkara terakhir yang kamu lakukan pada waktu malam? Pada waktu kamu keletihan setelah penat berkerja? Atau hubungan seks pada waktu pagi, sewaktu nafas kamu berbau, dalam keadaan masih mamai? Jika hubungan seks penting pada kamu, maka buat satu jadual khas untuk hubungan seks kamu. Malam sabtu dan malam ahad mungkin sesuai kerana kamu mungkin tidak bekerja pada waktu itu.
  5. Suami: Cuba kenang kembali saat kamu bercinta dengan isteri kamu. Manis bukan? Ayuh, buat tempahan direstoran kegemaran si dia untuk makan malam atau belikan hadiah buat si dia. Buat sesuatu yang romantik sebagaimana kamu buat pada isteri sewaktu kamu bercinta.
  6. Isteri: Jika kamu mahukan hubungan seks yang hebat, goda suami kamu! Kebanyakkan lelaki amat mudah teransang dengan apa yang mereka lihat. Beli lingerie atau pakai baju dalam yang suami kamu sukai dan goda dia. Usah malu, si dia adalah suami kamu. Goda dan goda sehingga suami kamu menerkam kamu. Aum…
  7. Suami: Beri kejutan pada isteri kamu. Sesuatu yang romantik. Bunga atau kad yang mengandungi ayat-ayat romantis. Mungkin juga kek kegemaran si dia. Atau masak makanan kegemaran si dia.
  8. Isteri: Ingat, lelaki mempunyai imiginasi yang amat tingi mengenai seks. Jadi gunakan imiginasi kamu. Cuba korek imiginasi si dia, mungkin dia inginkan kamu memakai lingerie berbentuk sekian sekian atau si dia inginkan kamu memakai seragam jururawat atau polis? Penuhi fantasi si dia. dan luahkan juga fantasi kamu pada si dia.
  9. Suami: Saya baru sahaja memberitahu wanita yang kamu mempunyai imiginasi yang hebat. Lepaskan imiginasi kamu pada si dia. Seks dalam kereta? Mahu isteri kamu menjadi jururawat? Ayuh, lakukan sahaja. Si dia adalah isteri kamu.
  10. Isteri: Ambil masa membaca majalah kewanitaan untuk mendapatkan tips memikat dan mengoda suami kamu. Jika kamu terlihat produk yang mampu membantu menghangatkan hubungan seksual, usah teragak-agak untuk mencuba. Krim ketat? Lingerie seksi? Baju tidur yang jarang? Usah malu, si dia suami kamu.

Cabaran Hubungan Seks Diawal Perkahwinan


Menjadi lumrah lelaki yang berkahwin untuk memberi layanan nafkah zahir dan batin kepada isteri dan begitu juga sebaliknya. Namun perlu diingatkan, layanan itu hanya sebahagian daripada tanggungjawab kerana perkahwinan merangkumi banyak perkara lain.
Dalam aspek hubungan seksual, lelaki dan wanita yang pertama kali melakukan persetubuhan pasti menempuh pelbagai cabaran.
seks awal perkahwinanSaya menerangkan proses ini secara terperinci kerana banyak pasangan sekarang gagal dalam hubungan seks pada awal perkahwinan tetapi malu untuk mendapatkan rawatan perubatan, sebaliknya mengambil jalan mudah dengan bercerai.
Ada juga yang berjumpa tukang urut dan pengamal perubatan tradisional, mengakibatkan masalah menjadi lebih kronik.
Nasihat saya, dapatkan rawatan moden. Berjumpalah doktor keluarga dan jika tiada perubahan positif, rujuk kepada pakar Urologi yang pakar dalam rawatan syahwat lelaki.
Berbalik kepada cabaran seksual pada awal perkahwinan, dalam melaksanakan hubungan itu, suami perlu memasukkan ereksi kepada anggota sulit pasangan dan pasangan pula memainkan fungsi dengan menyenangkan kemasukan itu.
Kadangkala keadaan menjadi kelam kabut apabila suami mencapai klimaks sebelum memasukkan ereksi atau isteri terasa ‘seriau’ dan kaku sehingga pembukaan faraj tertutup (vaginismus).
Apabila pasangan mengenal pasti masalah yang berlaku dan cuba mengatasinya, keadaan menjadi lebih tenteram dan hubungan kelamin menjadi sempurna. Namun, ada masanya suami belum sampai ke tahap pemulihan walaupun pasangan wanita sudah bersedia.
Ini mungkin berlaku apabila suami kurang keyakinan diri. Perasaan gementar dan kurang yakin akan mengakibatkan pencapaian ereksi tergendala. Oleh itu, ereksi menjadi kurang tegang dan daya kawalan ejakulasi hilang. Ini bermakna cepat klimaks boleh berlaku.
Perasaan gementar mengakibatkan pengeluaran hormon adrenalin yang mengganggu perjalanan darah ke dalam otot anggota sulit lelaki dan mengurangkan tahap ereksi. Perasaan berdebar mengakibatkan kawalan ereksi hilang dan klimaks berlaku cepat.
Hubungan seksual ialah satu-satunya hubungan yang menyeronokkan pasangan kelamin, sekali gus meningkatkan lagi hubungan mesra antara mereka.
Bersentuhan secara intim meningkatkan keyakinan diri dan dalam keadaan terangsang, perjalanan darah ke dalam anggota syahwat menjadi bergelora.
Bagi lelaki, ereksi tercetus dan menjadi lebih padat, manakala bagi wanita pula otot anggota kemaluan menjadi lega, terkawal dan corong kemaluan lembab serta licin.
Suami boleh mengekalkan ereksi dengan ‘mengemut’ untuk memantapkan otot lantai pelvik dan memastikan pergerakan ereksi dalam kawalan otot kemut. Wanita pula perlu melegakan otot kemut supaya jalanan corong faraj lega dan selesa untuk kedua-dua pasangan.
Mereka tidak perlu terburu-buru dan lakukan gerakkan badan mengikut keselesaan dan ketenangan. Lelaki yang ereksinya sukar kekal lama mungkin mengalami masalah gangguan ereksi dan perlu berjumpa doktor.
Apabila lelaki itu tahu cara mengekalkan ereksi ke tahap padat, terutama melalui senaman kemutan atau dengan memakan ubat yang dapat membantu kemasukan darah yang banyak ke dalam otot zakar, mungkin masalah lemah syahwat dan cepat klimaks dapat diatasi.

Please Visit