Isteri curang : Antara faktor dan penyebab

Mula aku ingat nak letak title "Kenapa Isteri Ku Curang"
tetapi takut nanti ada yang salam faham ingat isteri aku yang curang. 

1. Kena Sihir Pemisah 
Memang ada kes Isteri curang disebabkan kena sihir pemisah atau sihir pembenci. Pengupah tidak semestinya dari ex boyfriend dia, mungkin dari ex girlfriend kita. Kalau kes macam ni mudah nak settle.

Amat malang kalau pengupah dari kalangan ahli keluarga sendiri seperti ibu atau ibu mentua. So far aku belum pernah dapat kes ayah atau ayah mentua yang jadi pengupah. Aku pun tak tahu, ibu jenis mana yang sanggup menyihirkan anak dan menantu. Hati orang perempuan ni memang payah utk difahami.


Memang ada ibu yang brutal, suruh anak ceraikan isteri kalau anak tidak mahu diganggu oleh jin-jin yg dihantar olehnya. Kes ini masih berterusan sampai la ni. Tak kan nak baca Yassin 7 mubin. Karang sakit atau mati mak sendiri. Yang pasti bomoh saling berganti le. Tumbang satu, dia cari bomoh lain. Bila dah bergaduh dgn mak maka anak-anak mak yg lain sure sokong mak mereka. Panjang ceritanya.


Ada juga mak sihir anak supaya anak jantan dia tak lupakan diri dia kat kampung. Akibatnya anak tu kalau kat balik rumah sendiri (rumah anak bini dia), akan jadi zombie. Kalau ada perawat dah pulih, mak akan datang kerumah anak dgn barangan dapur dan masak utk anak. Lepas tu anak jadi zombie balik. Never ending punya story la...

Kalau pengupah tu adalah ex-girlfriend atau ex-boyfriend mudah aje settle. Kasi mati aje. 

2. Abang dah tak bermaya 
Tahun lepas diadakan kursus Suami Perkasa di Bangi, buat pertama kali dewan tak muat, tak boleh letak meja, semua duduk atas kerusi aje. Aku yang ditugaskan sebagai cameraman tak boleh nak bergerak. So video cam kat satu tempat aje. Jauh disudut kiri bilik, kalau letak camera depan mereka, mesti terhalang pandangan para peserta. Silap-silap kena jurus kerusi terbang. Dalam kursus tu di ajar senaman dan urutan aje. Tak ada melibatkan jampi-jampi. Bab senam tu yg malas.

Pada lelaki ukuran menjadi perkara utama tetapi tidak bagi wanita (aku rasa le, korang tanya isteri masing-masing le). 

Suami ni selalunya tahu lepas hajat dia aje, lupa nak tanya isteri puas atau tidak. Bagi suami tu dia ingat dia dah settlekan tuntutan nafkah batin. Isteri pulak, beritahu le suami tu, suruh dia pi berubat. Jangan simpan dlm hati. Luahkan aje. Tak beritahu macam mana nak tahu. Betul tak.

Pergi urut, beli gelang dan makan ubat. Pasal ubat, pastikan doktor yg betul, jangan beli ubat kuat kat tepi jalan. Buat tindakan dgn segera. Jangan sampai isteri cerita ketidakpuasannya dgn rakan setugasnya. Sure ada yang offer utk memberi nafkah batin secara percuma. Aku kenal satu group yg dikenali sebagai womanizer, depa ni memang suka main dgn bini orang. Syarat mereka mudah aje, kalau anu keras, maknanya Allah izinkan. Hampeh.


Once Isteri merasa batang yg lain, payah le. Dia akan start bertukar pasangan macam tukar tikar getah aje. Yang susah untuk ZINA kali pertama, lepas tu, dia akan buat tanpa rasa bersalah. Bab ni bukan salah isteri tu 100%, salah suami lambat bertindak.

3. Kurang perhatian dari suami 
Kita ingin memberikan yang terbaik untuk isteri dan anak-anak. Maka kita kerja siang malam kumpul harta.
Kita keluar pagi, pagi baru balik. Keluar pagi balik pagi.
Masa aku tengah kemaruk kerja tu, bila nak keluar kerja jam 7.00 pagi, anak aku siap tanya:
"ayah balik malam ke balik pagi"
Kalau balik malam tu maknanya aku sampai rumah dlm jam 7.30 mlm, kalau pagi tu aku sampai rumah dlm jam 2 atau 3 pagi. Balik aje, terus cium dahi anak aku, cepat-cepat dia peluk aku, lepas setengah jam, baru le aku dapat 'lepaskan' diri. Lepas tu giliran isteri la pulak. he he he. Sebab itu sibuk macam mana pun, sabtu dan ahad aku tak akan terima sebarang job. Kebanyakkan job utk mengajar kat universiti sure kena hari sabtu dan ahad. 

So sesibuk mana kita, pastikan kita ada masa untuk anak dan isteri. Kalau tidak nanti pasti ada yang sudi menemani isteri dan anak-anak kita.

Tunjukkanlah kasih sayang kat anak dan isteri. Setakat harta benda tak kemana perginya. Kena peluk dan cium mereka. Bawa mereka berjalan-jalan kat Taman dan sebagainya.

Janganlah dah penat kerja 5 hari, hari sabtu dan ahad kita dok tidur kat rumah aje.

4. Kawan ONLINE 
Surat khabar semalam ada berita awek-awek terkulai dgn pak we yg dikenali di Internet. Walaupun sudah acap kali suratkhabar berita macam ni, masih lagi ada yang terperangkap dengan cinta Internet ini.

Facebook, MySpace dan berbagai social networking website adalah cara paling mudah untuk mendapatkan pasangan atau menghilangkan keboringan duduk seharian di rumah. So sesekali check le Facebook isteri tu. Hari Rabu baru ni, sempat le aku tengok facebook isteri aku, check semua inbox dan comment. Tak ada cubaan mengoda bini aku, kalau tidak sure mamat tu punya anu aku ikat. He he he. Aku cakap kat isteri aku semua OK. Lepas tu isteri sound aku "abg punya facebook hari-hari mesti ada awek yang nak jadi friends."

Aku pun click le rozaimy kat facebook isteri aku, tengok semua clear, tak ada unsur kecurangan... he he he. Selamat. Nasib baik isteri tidak jadi friends kat facebook aku yang satu lagi. 

Aku ada beberapa kes isteri bercinta dgn kawan online dia. Kalau tak berjumpa lagi masih ada harapan. Kalau pernah berjumpa dan berkenan, harapan tipis sebab cinta atas kerelaan diri sendiri. 

Maka berhati-hatila kalau isteri jenis jelik IT.

No comments:

Post a Comment

Please Visit