info zakar dan seks

Ramai mempunyai anggapan bahawa dalam segi seks, lelaki lebih
cenderung untuk memuaskan diri mereka sendiri saja. Tapi dalam realiti,
lelaki biasanya amat tertekan dan ambil berat tentang ciri-ciri zakar mereka
untuk membolehkan pasangan benar-benar merasa nikmat. Kebimbangan
berkaitan seks ini boleh menyebabkan berlakunya masalah lain seperti mati
pucuk dan ini boleh diubati dengan memakan ubat. Bagaimana pun dalam
banyak keadaan, ubat tidak perlu. Yang penting untuk dilakukan ialah
berhenti dari merasa bimbang tentang saiz zakar.

Lelaki patut redha menerima saja apa yang dikurniakanNya, namun jika
saiz zakar masih jadi kebimbangan, mereka boleh mempraktikkan berbagai
teknik berbeza untuk meningkatkan mutu seni jimak. Memang mudah
melakukan jimak, hanya masukkan zakar ke dalam faraj dan ianya selesai.
Tapi biasanya ianya tidak semudah itu. Maka jika anda mahu jimak yang
memuaskan tanpa ada kebimbangan serta mahu berkongsi perasaan
bersama pasangan anda, anda mestilah gunakan apa yang anda ada secara
optima.

Inilah masanya untuk belajar bagaimana menggunakan senjata anda untuk
manfaat diri anda. Setiap ciri zakar lelaki mempunyai kelebihan dan
kekurangan, kerana itu belajarlah cara yang betul untuk memuaskan isteri
anda.

BESAR KECILNYA ZAKAR

Lilitan lebih dari 5.18 inci. Jika anda mempunya zakar yang lilitannya lebih
dari 5.18 inci dan lubang faraj isteri anda terlalu kecil, ia mungkin akan
menyebabkan isteri merasa sakit bila berjimak. Kerana itu, perlulah berhatihati
bila bergerak dari fasa istimta ke jimak. Anda perlu berikan masa yang
lebih lama untuk melakukan istimta kerana lebih tinggi tingkat keghairahan
isteri anda akibat istimta, maka lubang farajnya akan jadi lebih kembang.
Kemudian adalah lebih baik untuk menyuruh isteri anda memasukkan zakar
anda ke farajnya. Gunakan air liur atau pelincir jika perlu dan sila
berdayung dengan perlahan-lahan di peringkat awal jimak.

Kurang dari 5.18 inci. Jika anda terasa tenggelam dalam faraj isteri, maka
ada petua yang boleh membantu. Pilih posisi yang mana isteri baring
terlentang di atas katil, angkat betisnya ke atas hingga hampir ke
payudaranya. Ini akan menyebabkan bibir faraj bertemu dan menyebabkan
lebih geseran serta kenikmatan. Pastikan bahawa posisi-posisi yang anda
pilih adalah yang mana lutut isteri dirapatkan dan farajnya diregang dari
belakang ke depan, bukan dibuka lebar.

PANJANG PENDEKNYA ZAKAR

Sama ada zakar anda panjang seperti galah atau pendek seperti buntat, ada
petua-petua tertentu untuk diamalkan:
Panjangnya 4.4 inci atau kurang. Semasa fasa pertama keghairahan, lubang
faraj isteri mengembang lebih dari perlu bertujuan untuk menerima zakar

yang tidak diketahui saiznya. Kemudian setelah beberapa ketika, lubang
faraj itu menguncup kembali dan mencengkam zakar yang kini sudah
diketahui saiznya. Ciri ini boleh anda gunakan untuk manfaat anda.
Caranya ialah berada di atas isteri anda tanpa menusukkan zakar anda.
Gosokkan zakar anda ke tundunnya, usah berdayung dulu. Langkah
berikutnya ialah memasukkan satu jari ke farajnya bagi membolehkan
lubang faraj itu mengembang dengan perlahan. Ia akan mengembang
bersesuaian dengan saiz jari anda untuk beberapa minit. Maka masukkan
zakar anda. Oleh kerana lubang faraj itu mengecil sebesar jari anda, maka
anda akan menikmati lubang faraj yang lebih sempit dan isteri anda
pula akan merasa seolaholahzakar anda besardan panjang. Dan jika
anda mahu zakar andakelihatan lebih panjang,anda boleh memotong
bulu ari-ari yang berada di pangkal zakar. Ia akan
kelihatan 1 inci lebihpanjang.Panjang 4.4 hingga 6.5
inci.
Seorang lelaki yangtahu mengawal tahaptusukan dayungan dan
juga rentaknya dianggap mengetahui bagaimana
untuk merangsang isterinya dengan baik. Kebanyakan dari urat-urat perasa
faraj berada di bahagian luar lubang faraj, yang mana lelaki yang zakarnya
bersaiz sederhana mampu mensasarkan lubuk-lubuk ghairah ini dengan
menjimak isterinya dari atas sementara isteri pula baring terlentang dengan
meluruskan kakinya dan merenggangkan pehanya. Ini akan meningkatkan
rangsangan dan kenikmatan buat anda dan isteri.

Panjang lebih dari 6.6 inci. Anda mungkin fikir bahawa anda punya
kelebihan berbanding lelaki lain tapi ramai wanita bersetuju bahawa dasar
faraj (Batu Meriyan) yang ditumbuk (ditusuk) ketika berdayung sebenarnya
adalah agak menyakitkan. Kadangkala, kesakitan yang dirasakan oleh isteri
anda itu serupa dengan rasa sakit bila buah zakarnya dipukul. Dalam
ertikata lain, usahlah menusuk ke faraj isteri hingga terlalu dalam.

Orangorang Melayu dahulu ada berpesan ‘jangan beri habis’. Posisi yang baik
ialah suami baring terlentang dan biarkan isteri di atas anda dengan
lututnya berada di atas katil. Ini akan membolehkan isteri mengawal
kedalaman tusukan dan juga rentak dayungan dan dengan cara itu dapat
menentukan tahap yang paling dia merasa selesa.

Tidak semua lelaki atau wanita dijadikan serupa, tapi itu tidak bermakna
bahawa anda tidak boleh berkongsi saat-saat mesra ini tanpa anda sendiri
merasa seronok. Setiap pengalaman adalah memuaskan kedua belah pihak.

No comments:

Post a Comment

Please Visit