Punca Isteri Curang



Isteri curang : sanggupkah anda melihat isteri anda seperti ini?

Kes isteri curang mungkin berlaku satu daripada 30 kes, tetapi kebelakangan ini kes isteri curang boleh berlaku antara lima hingga enam daripada 10 kes.Perlu ada penerangan khusus tentang maksud curang. Sejauh mana curangnya pasangan? Adakah ia sekadar berkawan, bercinta atau sudah bersama di tempat tidur?
Bagi suami atau lelaki, kalau sekadar berkawan atau bercinta, ia  belum boleh merujuk  sebagai curang. Berbeza dengan isteri atau wanita, syarak mengharamkan isteri menyimpan rasa suka apatah lagi rasa cinta kepada lelaki selain suami.Jika isteri bercinta dengan lelaki lain, isteri itu boleh dikategorikan sebagai curang tidak kira apa pun sebabnya termasuk kegagalan suami menunaikan tanggungjawab.
Kalau suami gagal melaksanakan tanggungjawab menyebabkan isteri beralih kasih, isteri perlu keluar daripada perkahwinan dan bukan dengan bertindak curang kepada suami.Islam menentukan, isteri perlu hormatkan suami walau dalam apa juga keadaan. Jika tidak mampu menghormati suami, keluarlah daripada perkahwinan secara terhormat. Berdasarkan kes yang berlaku, tiga punca berlakunya isu pasangan curang, tidak kira di pihak isteri atau suami.
Cuba-Cuba
Ada individu yang sekadar mahu cuba-cuba, kerana ingin tahu sama ada dirinya masih cantik dan laris di kalangan kawan-kawan di tempat kerja. Bermula hanya cuba-cuba dan apabila sudah berjaya, maka hati akan berbunga. Kemudian hubungan kawan akan mula berpanjangan dan bertukar menjadi pasangan istimewa.
Simpati Berlebihan
Ada pula yang bermula dengan simpati terutama apabila saling berkongsi ujian hidup masing-masing atau berkenalan di tempat kerja.
Simpati bertukar kasihan hingga sanggup berkorban apa saja demi kawan dan akhirnya menjadi kekasih hati hingga lupa status sebenar diri yang telah mempunyai insan yang wajib dikasihi dan diberikan perhatian.
Balas Dendam
Ada juga kes berpunca daripada balas dendam.Ada satu kes awal tahun ini. Seorang isteri dibelasah oleh suami dengan getah paip hingga melecur seluruh badan (bagai terkena air panas) gara-gara terbongkar rahsia si isteri tidur dengan lelaki lain. Bagaimanapun apabila diselidiki si isteri berbuat demikian disebabkan sakit hati dengan sikap suami yang suka bertukar-tukar pasangan.
Di samping tiga faktor pendorong ini, sebab-sebab lain termasuklah kerana tiada niat yang ikhlas ketika mendirikan rumah tangga. Niat yang ikhlas bermaksud bersedia untuk menerima pasangan seadanya, susah senang bersama-sama dan sama-sama juga perbaiki diri demi keharmonian rumah tangga.
Niat yang ikhlas ketika berkahwin perlu kerana keikhlasan yang wujud boleh mendorong seseorang menerima kelemahan pasangan dan berusaha untuk memperbaiki kelemahan tersebut bersama-sama dan bukannya dengan melakukan kesilapan yang sama.
Seorang yang ikhlas dalam hubungan perkahwinan akan reda dan percaya, kesilapan yang dilakukan oleh pasangannya adalah sebagai ujian daripada Allah dan perlu berusaha untuk membetulkan kesilapan pasangan.
Bab membalas dendam, ya memang sakit bila diduakan. Apa lagi bila suami curang senyap2, dengan wanita itu ini. Seperti kata Rossa “hey ladies, jangan mau dibilang lemah, kita jua mampu permain dan menduakan.. Bila wanita sudah beraksi dunia hancur!”. Bila semua isteri fikir macam tu, harula jadinya kan.
Membalas dendam ni tak mendatangkan faedah kepada sesiapa, malah mungkin mudarat pula. Fikirkan macamana anak2 bila ayah dan Mak keluar dating, tapi pasangannya lain2. Si suami tu memang taragunapunyaworang kalau dalam keadaan berumahtangga tu sanggup buat skandal. Susah2 sangat pakat nikah jela dengan skandal masing2.
Komunikasi berkesan sgt2 penting dalam hubungan suami isteri. Ini isteri ke laut suami ke bukit. Sorang nak Vios sorang nak BMW, last2 gaduh. Cakap pun nak marah2 je, macamana nak bahagia? Kalau suami tak curang pun, isteri yang terluka mungkin berlaku curang sebab geran dengan suami atau nak tunjuk yang “aku tak heran setakat Vios kau tu!”.
Apa ya sebab lain pasangan boleh curang?
1. Landasan Hubungan Rapuh
Dulu dia bercinta dengan kamu atas landasan yang tidak kukuh seperti dicabar teman- teman dan dipaksa keluarga. Mungkin juga dulu dia beranggapan hendak main-main atau cuba- cuba saja dengan kamu. Tak sangka pulak kamu terus melekat! Mungkin juga kerana wajah kamu yang cantik membuat si dia rasa ingin bercinta dengan kamu dahulu. Kemudian, pasti dia rasa tertekan bila jiwanya tidak betul- betul cinta dengan kamu, sebaliknya terpaksa berpura- pura. Oleh itu dia pasti berlaku curang apabila bertemu dengan seseorang yang benar- benar membuat dia jatuh cinta!

2. Hidup Terkongkong
Siapa yang suka jika hidupnya diatur pasangan atau dikawal ketat kebebasannya? Ruang kebebasan yang diingini dihimpit ketika berpasangan dengan kamu. Sikit-sikit kamu menelefonnya seolah-olah tidak percaya kejujurannya. Akibatnya dia berlaku curang untuk membuktikan kepada kamu bahawa dia masih berharga di mata orang lain dan memberi pengajaran berguna kepada kamu!

3. Rasa Tidak Dihargai
Lelaki memiliki sifat ego. Mungkin kamu sering menyakiti hatinya, membebel dan melemparkan kata-kata yang tidak manis. Dia mungkin diam dan tidak membalas, tapi perasaannya terhiris. Bila si dia rasa tidak dicintai dan dihargai, egonya terluka. Ego yang terluka mengakibatkan kesan yang buruk. Biasanya dia akan "membalas" dengan mengambil tindakan luar dugaan seperti berlaku curang di belakang kamu! Dia berlaku demikian kerana ingin merasa diterima dan dicintai iaitu perasaan yang tidak dapat dirasakan bila bersama kamu.

4. Sering berjauhan
kamu dan si dia sering berjauhan. Contohnya kamu belajar di universiti dan sering bekerja di kampung halaman kamu. Kamu hanya pulang sekali sekala berjumpa dengannya ketika cuti semester. Mungkin juga kamu atau si dia asyik kerja out-station, dihantar kursus sehingga berhari-hari, berminggu- minggu atau mungkin bertahun lamanya. Sudah pasti kesetiaan tercabar apabila sering berjauhan. Mungkin dia akan mencari pengganti yang dapat mengisi kekosongan di saat kamu tiada. Niat dia mungkin sekadar suka- suka tetapi akhirnya terjebak dengan cinta!

5. Mahu Lebih Bahagia
Bila si dia merasa tidak bahagia bersama kita, boleh jadi dia akan mencari pengganti lain untuk mendapatkan kebahagiaan, yang definisinya kadang- kadang tidak jelas.

6. Rasa Marah
Percaya atau tidak, rasa marah dapat mengundang kecurangan. Kamu mungkin tidak sedar, rasa marah sering terpendam dalam diri pasangan. Dia mungkin tidak meluahkan kerana tidak mahu sengketa atau ketika itu tidak mahu melukakan hati kamu. Kamu juga sering abaikan perasaannya dengan mengambil mudah dengan tidak mahu meminta maaf. Mungkin kamu juga sering menimbulkan kemarahannya dengan melakukan perkara- perkara yang tidak disukainya seperti merokok, berpakaian terlalu seksi dan mencabar keegoannya. Oleh itu, cara membebaskan diri yang dianggap paling mnyenangkan ialah dengan melakukan kecurangan. Iyalah, marah buat jiwa tertekan dan fikiran tidak lagi berfikir secara rasional.

7. Ada Orang Cemburu
Si dia setia dengan kamu dab kamu juga begitu. Tapi tanpa sedar, ada pihak tertentu yang begitu cemburu atau tidak puas hati dengan perhubungan kamu. Mereka akan membuat cerita, memfitnah dan melaga-lagakan kamu. Si dia mungkin terpengaruh dan akhirnya melepaskan geram dengan kecurangan!

8. Komunikasi Hambar
Masalah komunikasi sering membuatkan percintaan menjadi hambar. Mungkin kamu terlalu pendiam dan tak pandai berbicara. Hambatan komunikasi seperti perbezaan kematangan dan pengetahuan juga membuat komunikasi seperti berlawak jenaka, bercerita masalah atau peristiwa dan mengucap kata- kata cinta. Bila bertemu, kamu dan dia lebih banyak mendiamkan diri dan kematian idea untuk di bincang bersama. Oleh itu, si dia mungkin berlaku curang dengan seseorang yang dapat mengisi kekosongan hati ini dengan pandai berbicara, mengambil hati, berlawak dan berkongsi idea dan pendapat.

9. Rasa Rendah Diri
Dia sayangkan kamu tetapi jauh di sudut hatinya betapa rendah diri pada diri sendiri. Kamu mungkin terlalu cantik, lebih pandai, lebih kaya dan berharta, lebih tinggi taraf pendidikan dan lebih berjaya dalam karier berbanding dirinya. Dia berasa tersisih apabila kamu membawanya di majlis- majlis sosial yang dilingkungi orang- orang yang berjaya. Dia cintakan kamu tapi pada waktu yang sama tidak percayakan kamu. Dia mungkin beranggapan kamu hanya ingin mempermain-mainkannya dan akan meninggalkannya di waktu kamu berjumpa dengan orang yang setaraf dengan kamu. Oleh itu, dia mengambil langkah terburu-buru dengan menerima cinta orang lain yang lebih menyanjungi dirinya berbanding kamu!

10. Ketidakpuasan Dalam Kasih Sayang
Si dia mungkin merasakan kamu tidak memberi perhatian dan kasih sayang yang secukupnya. Kamu sibuk ke sana sini dan kerjaya kamu membuat kamu tidak cukup masa bersamanya. Akibatnya dia rasa kesunyian dan diabaikan. Oleh itu, dia tergamak mengkhianati cinta kamu dengan keluar dengan orang lain yang lebih menghargainya dan sudi meluangkan lebih waktu dengannya.

11. Hubungan Terlalu Rutin
Bila hubungan menjadi terlalu rutin sehingga si dia dapat menjangka apa yang akan terjadi seterusnya, pasti timbul kebosanan. Contohnya, malam minggu pasti kamu akan mengajaknya menonton wayang. Tempat makan pun asyik- asyik restoran yang sama. Kamu tidak pernah mengajaknya keluar dari aktiviti rutin seperti berkelah, melawat tempat- tempat menarik dan sebagainya. Kadang- kadang aktiviti seperti melawat zoo, pameran dan muzium juga dapat memecahkan kebosanan dalam perhubungan.

12. Sikap Playboy
Ahh..... si dia memang patut kamu jauhi sekiranya playboy sikapnya. Jangan menyesal jika si dia meninggalkan kamu kerana mungkin itu sebagai penyelamat bagi kamu sebelum kamu lebih menyesal di hari kemudian. Dia pantang bertemu perempuan cantik. Pasti dia akan berlaku curang kepada kamu. Lelaki hidung belang.

13. Sikap yang mengada- ngada
Asyik merengek bagai budak kecil bila inginkan sesuatu. Kadang- kadang si dia tidak mampu untuk memberikan sesuatu yang kamu minta. Malah kadang- kadang hampir keseluruhan wang gajinya dihabiskan untuk kamu! Malah kamu terus mendesak seolah- olah dia anak jutawan. Kamu juga terlalu manja dan tak pandai berdikari. Asyik bergantung kepadanya sehingga pergi ke kerja pun perlu dijemput dan dihantar. Lainlah kalau kamu sudah menjadi suami isteri. Si dia mungkin muak dengan sikap kamu dan mencari pengganti yang lebih memahaminya.

No comments:

Post a Comment

Please Visit