Seks dan Vagina



Fakta-fakta Seks dan Vagina

  • Vagina merupakan ruang yang dikelilingi oleh dinding. Biasanya, dinding-dinding ini bergabung bersama dan menghasilkan hanya satu ruang berpotensi. Ruang ini boleh memanjang dan mengembang semasa persetubuhan. Di akhir persetubuhan, dinding ini mungkin akan mengecil kembali. Sebab itulah sesetengah wanita mengadu yang mereka rasa sangat “ketat” selepas tidak bersetubuh untuk satu tempoh yang lama.
  • Beratus-ratus hujung saraf yang terdapat di vagina memberikan rasa sensasi. Tisu utama untuk sensasi rasa seksual merupakan kelentit yang berstruktur benjol yang dijumpai pada bahagian atas vulva. Ia sangat sensitif ketika dipegang dan dirangsang.
  • Vagina biasanya lembap kerana terdapatnya lelehan yang melalui serviks ke laluan vagina. Semasa terangsang, darah yang mengalir ke vagina semakin meningkat. Sensasi rasa kepenuhan mungkin dirasai di kawasan vagina. Ini disebabkan oleh kesesakan atau pengumpulan darah di kawasan tersebut. Kesesakan menyebabkan cecair meresap melalui dinding vagina. Kelenjar yang terletak di pembukaan vagina juga menghasilkan lelehan pekat yang menyediakan vagina untuk persetubuhan. Cecair dan lelehan dari kelenjar membuatkan vagina menjadi lembap dan menghalang sebarang kesakitan atau kecederaan semasa pertubuhan.
Selaput dara
Selaput dara merupakan istilah perubatan yang merujuk kepada membran vagina. Kamu mungkin telah membaca dalam novel-novel yang ia dipanggil sebagai selaput dara. Ia wujud sejak kamu lahir dan meliputi sebahagian atau sepenuhnya pembukaan vagina. Bayangkan selaput dara ini seperti penutup nipis yang menutupi sedikit mulut cawan. Biasanya akan terdapat satu lubang di tengah. Dalam beberapa kes, selaput dara mungkin menutupi keseluruhan pembukaan vagina dan mungkin memerlukan pembedahan untuk membolehkan darah haid keluar. Selaput dara biasanya elastik. Selaput dara yang masih belum pecah dikaitkan dengan kedaraan. Semasa persetubuhan buat kali pertama, selaput dara mungkin koyak dan ia akan menyebabkan pendarahan dan kesakitan.
Untuk sesetengah wanita, selaput dara mereka lebih elastik dan tidak koyak tetapi meregang hanya semasa persetubuhan. Dalam sesetengah kes, selaput dara masih kekal walaupun persetubuhan telah dilakukan. Bayangkan selaput dara seperti cincin yang boleh meregang sehingga tahap tertentu dan mungkin masih mudah koyak walaupun semasa perbuatan biasa seperti berbasikal dan ketika melakukan split. Gadis remaja mungkin cemas mengenai terkoyaknya selaput dara mereka dan kehilangan dara dalam proses tertentu tanpa melakukan persetubuhan. Ini tidak sepatutnya menghalang kamu daripada menjadi seorang yang menggemari aktiviti luar dan berseronok. Teruskan bersenam dan kekal aktif. Nikmatilah kehidupan!

No comments:

Post a Comment

Please Visit